Konya
merupakan ibu negara Empayar Saljuk Anatolia sebelum ini. Konya terkenal
sebagai pusat pengajian golongan sufi. Di sini juga terkenal dengan pengeluaran
kaca dan besi.
Kelihatan
‘tugu’ Mevlana yang berpakaian putih dan tangan didepa. Tangan kiri menghala ke
bawah dan tangan kanan menghala ke atas, ia bermakna dunia ini hanya sementara
dan semuanya akan kembali kepada Tuhan.
Masa
tour guide cerita fasal Mevlana, dia tanya pernah belajar tak? Semuanya
mengeleng kecuali tour guide Malaysia, dia kata ada. Kalau Maulana tu tau la
juga. Balik Malaysia terus cari fasal Mevlana ni dan nama sebenarnya Jalaluddin
Rumi. Rasanya ada la belajar kot masa form 6 dalam Tamadun Islam. Ai nama sunan
di Indonesia semua belajar, mesti yang ni pun ada.
Kami dibawa ke Muzium Mevlana. Di dalam ni terletaknya makam dan kitab beliau. Antara mesej yang dibawanya tentang kasih sayang Tuhan dan keamanan. ‘Jangan mencintai Allah hanya kerana takut kepada Allah tapi kerana Islam di dalam hati’.
Semua agama juga boleh datang dan belajar tentang Islam di tempat pengajiannya. Turut ditempatkan di sini al-Quran paling kecil yang bertulis tangan dan janggut Nabi Muhammad SAW yang diletak di dalam cermin kaca. Terdapat lubang kecil di bawahnya dan kita akan tercium bau wangi seakan setanggi.
Kebanyakan tempat-tempat yang dilawat mesti ada official museum shop. Jadi jangan lupa beli cenderahati sebab tempat lain memang tak jual magnet dari Mevlana Muzesi ni. |
Rumi
meninggalkan banyak karya yang sebahagian besarnya bertemakan tasawuf. Karyanya
yang paling terkenal dan dianggap sebagai karya agung ialah Masnawi. Buku ini
berbentuk kumpulan puisi yang terdiri daripada 20, 700 bait syair. Beliau bukan
sahaja berjasa menjadikan kesufian dalam Islam lebih bersistem tetapi juga
menubuhkan tarekat terbesar. Ayahnya Bahaudin Walad Muhammad bin Husin, ialah
seorang ahli sufi yang agung pada
zamannya. Dengan ayahnya inilah Rumi mula-mula belajar tentang tasawuf.
(Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar, Era Visi Publication S/B)
*tasawuf
– ajaran untuk mengenal Tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan diri dengan
Tuhan
No comments:
Post a Comment