Friday, May 17, 2013

Ephesus



Setelah melawat rumah Virgin Mary,  kami dibawa pula ke bandar purba terbesar dari Kerajaan Byzantium iaitu Ephesus yang terletak di kaki gunung. Merupakan salah satu keajaiban dunia zaman purba walaupun sudah berusia beberapa ratus tahun binaannya masih tegap. Kota ini dibina dari batu marmar kerana batu ini lebih tahan lama kerana ia menyerap air. Lagipun ia terletak dekat pelabuhan. Buktinya ia masih kekal hingga sekarang. Kerja-kerja pemuliharaan masih tetap dijalankan sehingga kini.

Kota yang luas menempatkan gimnasium tempat gladiator berlatih dan bilik mandi, tandas, kedai, tempat beribadat, perpustakaan dan amfiteater.


Hairan, di setiap stesen mesti ada kucing. Dan sangat mesra pelancong, tak takut pun bila orang ajak bergambar. hehehe. Tour guide kata memang ada banyak kucing di sini, dulu-dulu dia ada juga datang sini dan bagi kucing-kucing ni makan.

Asal usul logo Nike diambil bersempena dewi Nike. Dalam mitos Greek kuno, Nike ialah dewi kemenangan. Oleh itu sesuai dengan konsep Nike dalam bidang sukan yang mementingkan kemenangan dan kejayaan.. Nampak tu tanda Nike dari sayap ke hujung tangan. Nike merupakan orang tengah antara Tuhan dan manusia. Masa nilah ada disebut-sebut fasal Athena, Zeus dll. Siapa yang minat cerita-cerita macam ni memang tahulah kisah dewa dewi dalam mitos Greek ni.

Ini merupakan barisan lot kedai. Pembahagi antara kedai sebelah menyebelah adalah melalui mozek ni. Kalau tengok betul-betul ia berbeza. Jadi kalau pembeli masuk di kawasan mozek kedai ni, pekedai sebelah tak boleh tarik pembeli tu masuk ke kedai dia.

Medusa (di bahagian atas sekali dan di tengah - tak nampak sangat dalam gambar ni), wajah wanita yang berambutkan ular berbisa juga merupakan mitos Greek yang bermaksud pelindung. Ada cerita yang menarik juga kenapa lambang medusa ni ada di sini tapi seperti biasa lupa ceritanya. Tak bawa nota nak salin.  Tapi lebih kurang ceritanya, ada raja dari negara luar datang tapi nak bagi dia hormatkan raja yang ada di Ephesus ni. Jadi mereka meletakkan lambang medusa di atas ni jadi raja yang datang dari luar tu tak beranilah angkat muka sebab sesiapa yang tengok mata Medusa secara terus akan jadi batu. Nampaknya berjaya helah pembesar ketika itu.

Ada model menunjukkan cara penggunaan tandas ni. hehe. Public toilet zaman dahulu.

Bayangkan camne dulu-dulu. Masa ni takdelah dinamakan 'bilik termenung' sebab kalau bosan sementara menunggu pelaburan tu bolehlah menyembang.. hahaha.. tak dapat dibayangkan.

Perpustakaan Celsus dibina oleh Consul Gaius Julius Aquila pada 135SM. Nama Celsus diambil sempena bapanya Celsus Palemaenus seorang gabenor. Celsus merupakan antara dua belas perpustakaan terbesar di Asia.

Amfiteater merupaka tempat untuk menyaksikan perlawanan antara gladiator dengan singa. Ada 3 pintu di sini, di kiri dan kanan merupakan pintu gladiator  dan di tengahnya singa akan keluar. Di sini juga penyanyi Sting pernah membuat persembahan tanpa menggunakan pembesar suara kerana di sini suaranya bergema. Kami sempat menyanyikan lagu “Allah selamatkan kamu!” untuk salah seorang ahli rombongan yang sambut hari lahirnya pada hari tu. Memang  bergema bunyinya.

Lepas ni akan mula minat cerita-cerita yang menggunakan latar zaman ni

Singa akan keluar dari pintu ni


2 comments:

PrettyTrekker said...

Nice photos there, Zarina.
Good shots.

zarina said...

thank you

Related Posts with Thumbnails