Tuesday, May 7, 2013

Jom belajar sejarah

Siap peta lagi tuh, untuk memahamkan orang. Nasib baiklah tour guidenya sedap mata memandang idak la lena dalam bas hehe.


Turki dikelilingi laut – Laut Mediterranean, Laut Hitam, Laut Aegean dan Laut Marmara.
Ia bersempadan dengan Greece, Bulgaria, Georgia, Armenia, Iran, Iraq dan Syria. Pulau Cyprus yang terletak ‘di bawah’ Turki mempunyai dua pentadbiran iaitu kerajaan Turki dan Greece. Semasa lalu di Kusadasi, bas melepasi Laut Aegean dan Greece hanya di seberangnya sahaja. Di sini ada Mediterranean Cruise. Siapa banyak duit bolehlah cuba.



Bursa- Makam Osmangazi dan Orhangazi

Kerajaan Turki Uthmaniyah (Ottoman Empire) diasaskan oleh Uthman bin Ertoghrul. Sebagai sultan pertama, Uthman lebih menumpukan usaha untuk memantapkan kekuasaan dan melindungi wilayah dari serangan musuh tentera Byzantine. Uthman berjaya menewaskan tentera Byzantine pada tahun 1301. Ramai tentera yang menyertai Uthman. Selepas Uthman meninggal dunia, pemerintahan di teruskan oleh anaknya Orhan dan beliau memperkukuhkan kekuasaan. Ibu kota terawal bagi Empayar Uthmaniah ialah Bursa. Kita dapat melihat makam Uthman (Osmangazi) dan Orhan (Orhangazi) di sini.
*gazi – pahlawan tentera
Kiz Kulesi ni pun ada sejarah tersendiri

Kerajaan Rom terbahagi kepada dua menjadi Rom Barat dan Rom Timur. Setelah Kerajaan Rom menurun, wilayah Timur menjadi wilayah Byzantium. Setelah Kerajaan Rom Barat runtuh pada 476M, wilayah Byzantium semakin luas. Di bawah Maharaja Justinian I, Byzantium berkembang pesat dan berjaya menakluk Afrika Utara, Itali dan Balkan. Di puncak kejayaannya, wilayah Byzantium meliputi dari Sepanyol di Barat hingga Syria di Timur. (Sumber: Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar ; Era Visi Publication)
Istanbul pernah menjadi ibu kota bagi 3 buah empayar agung: Empayar Rom (330M-395M), Rom Timur (395M-1453M) dan Uthmaniah (1453-1923M)

*terpaksa guna sumber ensiklopedia sebab tak reti nak terangkan secara teratur.

Nama lamanya Constantinople.  Percubaan menakluki Constantinople pernah dilakukan olah Busr bin Artat, kemudian Yazid bin Muawiyah dari Bani Umaiyah. Mereka mengepung Constantinople beberapa kali, tapi gagal.  Kota ini hanya berjaya ditawan pada 1453 oleh Sultan Muhammad II dari Empayar Turki Uthmaniah (Sultan Mehmet the Conqueror) setelah berjuang selama 2 bulan. Beliau  telah diberi gelaran Al-Fatih (Si Penakluk). Strategi yang diterapkan ialah mengadakan perjanjian damai dengan para pemimpin di sekitar Constantinople dan mendirikan kubu raksasa di tepi Selat Bosporus (Sumber: Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar; Era Visi Publication). Namanya diganti kepada Istanbul yang bermaksud ‘kota Islam’. Oleh itu kita dapat melihat pengaruh kedua-dua Empayar Agung ini dari segi binaan bangunan.
Istanbul terkenal sebagai kota atau pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan antara Timur dan Barat dan juga antara ‘dunia Islam’ dengan ‘dunia bukan Islam’.

















Setiap kawasan yang disinggahi mempunyai keistimewaan tersendiri. Ada yang terkenal kerana pertanian, industri dan juga pelancongan. Misalnya ada tempat yang banyak ditanam dengan buah zaitun. Jadi dekat situlah kita dapat beli barangan yang berasaskan buah zaitun dengan lebih murah. Kusadasi banyak keluarkan Turkish Delight. Bursa terkenal dengan sutera asli dan bandar chestnut(berangan??). Kalau sesiapa yang mengumpul magnet / baju-t, elok beli kalau singgah di setiap kawasan tu. Misalnya di Bursa, hanya di situlah kita dapat beli magnet yang ada tulis Bursa, kalau nak tunggu beli di Istanbul belum tentunya ada sebab kat Istanbul, banyak tulis Istanbul sahaja. Begitu juga di Cappadocia, elok beli kat tempatnya, baru jumpa yang cantik-cantik iaitu yang ada bentuk belon udara panas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails