Tuesday, March 22, 2016

Bangkok 16-20 Mac 2016 – Bahagian 1

Thailand sentiasa dekat di hati sebab dulu ambil bahasa Thai 3 tahun. Walaupun susah sebab tulisannya lain (bahasa Vietnam dan Filipina huruf biasa) tetapi sebab 1st year tu pensyarahnya best dan baik, seronok nak belajar. Itu la satu-satunya pelajaran yang meningkatkan CGPA kalau tidak entah apa jadi grednya. Dah dekat 16 tahun tinggalkan bahasa ni tapi baru ni ada masa nak ke sana, study semula dalam masa dua minggu je sebab mula-mula tak jadi pergi, lepas tu jadi pergi pulak. Kiranya tak berapa sempurna juga plannya tapi enjoy je.

Tangkal azimat semasa kat sana
 Masa ETS mulakan operasi ke Padang Besar, ketika di stesen Butterworth saya nampak di skrin tulis Bangkok. Wah boleh pergi Bangkok dari sini sahaja, lepas tu nampak kereta apinya di stesen Padang Besar. Terus Google, rupa-rupanya memang ramai yang dah pergi naik kereta api. Selama ni lalu Bangkok Bank je nunggu bas metro no 12 hehe. Perjalanan sahaja dah 22 jam tak termasuk delay lagi tapi pengalaman yang menarik. Kalau naik flight dah sampai US ni.
Krungthep @ Bangkok
 Perjalanan naik kereta api, macam Malaysia juga pemandangannya, pokok getah, sawah padi. Panas dan kering, pokok pun macam terbakar je. Tapi dekat Thailand, laluan kereta apinya melalui jalan-jalan raya utama. Kita dekat sini mana ada dah jalan-jalan yang kena tunggu kereta api jalan dulu, kan. Dah lah tu tak ada pagar, orang boleh je lalu-lalang dekat rel. Kalau yang duduk rumah macam setinggan tu pun adakan dekat sejengkal je bumbungnya dengan kereta api. Rapat bebenor.

 Masa singkat je jadi pilih-pilih tempat sahaja. Sesampainya di sini melawat di sekitar hotel sahaja. Duduk depan pasar raya MBK Center, Siam Paragon, Siam Discovery memang senang lah nak ke sana tanpa naik pengangkutan awam. Pergi malam pun tak apa. Bila cakap pasal Bangkok tentu ramai yang kata tak selamat kan? selamat je, setiap kali naik lrt, ada polis (kot?) check beg. Masuk pasar raya pun sama. Kalau hand bag biasanya jalan terus je. Leceh juga, setiap kali nak masuk kena berhenti check beg sandang.

Kereta api Thai.
 Oleh kerana tak jumpa nasi lagi, malam tu makan besar dengan tom yam, kerabu betik, ikan masak halia, mak aii kebulur tu dekat RM60. Akhirnya tak habis. Baru je tunjuk dekat lauk tu , dia dah tau, bungkus? Ni mesti orang Malaysia selalu buat gitu hehe. Mahal makan dekat restoran tapi sedapnya tom yam. Puas hati. Buah-buahan pun sedap, nenas manisnya, comel-comel je buahnya. Air kelapa, jambu, air bunga telang, air  limau yang sedap memang pior sebab nampak dia buat kat situ.

Restoran di MBK Center
Air limau ni dijual dengan THB 20 dan THB 40. Minum ni rasa macam menggigit limau yang sebenar. Jus mercik ke dalam mulut.

Amphawa
 Hari kedua, pelan asal nak pergi pagi tu Maeklong Railway Market - pasar di atas landasan kereta api. Menarik, dalam Majalah 3 pernah disiarkan. Malangnya tengah renovate. Pasarnya ada tapi kereta apinya tak ada. Tengok dekat internet katanya 6 bulan ditutup, dari tahun lepas lagi, patutnya dah ada masa saya pergi ni tapi katanya masih renovate. Jadinya terus pergi ke Amphawa Floating Market. Ikut kan di Amphawa ni mula pukul 12 tengah hari dan malamnya lagi meriah. So tak dapatlah tengok sangat Floating Market. Cuci mata di gerai-gerai kat situ. Melegakan urat-urat yang dah sengal ni sebab naik turun lrt-subway mengusung beg dengan Thai massage untuk relax kan bahagian bahu. Sedap. THB 150 setengah jam.


  Balik dari situ jam gila, perjalanan yang patutnya 1 jam setengah berlarutan 3, 4 jam untuk ke Bangkok semula. Van berhenti di Victory Monument. Sebenarnya pergi naik van lain, balik naik van lain sudahnya berhenti dekat tempat lain. Tercangak-cangak juga, tapi apa susah, kan mulut ada untuk bertanya. Rupanya jauh nak menapak ke stesen. Orang pulak baru balik kerja jadi memang sesak dan padat. Dekat sini kebanyakan laluan pejalan kaki dekat atas, sambung menyambung antara tren lalu kat atas, kurang sangat orang yang melintas jalan raya. Di stesen BTS Victory Monument ni tengok dari jauh macam happening je macam-macam jual, tapi rupanya biasa-biasa je, kasut, selipar, baju. Beli nasi dekat 7Eleven THB 15. Lauk dah ada bungkus semalam. Hehe kena cover bajet balik.

Suasana malam

No comments:

Related Posts with Thumbnails