Monday, March 7, 2011

Bahasa Halus

Merupakan satu perkataan lain yang lebih lembut yang digunakan untuk menggantikan perkataan yang dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain. Misalnya meninggal dunia untuk menggantikan perkataan mati.

Orang-orang dulu banyak gunakan bahasa halus ni dalam ungkapan tentang kematian. Misalnya mak cik saya pernah cakap dah sampai hukum. Saya yang pertama kali dengar boleh pulak tanya balik...”Ha? Hukum apa?” Rupanya, maksudnya dah meninggal. Mungkin maksudnya dah sampai hukum Allah kot.

Ada juga yang cakap, “Bila habisnya?” Maksudnya, bila(waktu) meninggalnya?

Kalau ada yang cakap, “Bila simpan?” Maksudnya, bila nak dikebumikan.

Kita yang muda-muda ni memang jarang-jarang sekalilah cakap macam ni. Kadang-kadang hairan juga bila yang bukan Islam meninggal, kita cakap dah mati. Tak pula cakap dah meninggal. Misalnya, “ Tadi jalan sesak, ada Cina mati (berarak).” Tak taulah saya je atau orang lain pun cakap macam tu tapi automatik mesti cakap dah mati bukannya meninggal untuk bukan Islam.

Al-Fatihah buat pak cik saya, Achik Harith yang meninggal Jumaat lepas kerana serangan jantung. Agak terkejut sebab baru je sepupu pergi ke rumahnya bagi kad kahwin dan diaorang memang cerita macam-macam masa tu. Ahadnya pula dua pupu meninggal kerana kanser. Al-Fatihah juga buat Kak Huzaimah.

Teringat ada ustaz berceramah, kita kalau nak buat baik, jangan ditangguh-tangguh. Misalnya, nak baca al-Quran, “Alah, tunggulah Ramadan nanti, sekarang tak ada masa!” Ntah dapat atau tak bertemu Ramadannya ya tak? Dalam mengejar kemewahan dunia kena pastikan juga bekalan cukup atau tak untuk akhirat kelak. Ingatan untuk diri sendiri juga.

2 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam,takziah utk pakcik & sepupu zarina..semoga roh nyer ditempatkan disisi org2 yg beriman.

zarina said...

thanks BSB