Thursday, May 17, 2012

Bengkel Memasak Saji di Ipoh 12 Mei 2012

Dulu-dulu rajin pergi macam-macam kelas jadi bila dah lama tak pergi tu, gian tu datang.  Nak nak pula bayar tak mahal dan dapat macam-macam. Goodie bag!! Sentiasa teruja walaupun tau bukannya ada intan berlian dalam tu tapi sebab benda misteri tu yang excited. Sesiapa yang pergi dapat 3 bulan langganan majalah Saji. Bengkel tahun lepas bersama Chef Ismail & Florence Tan dengan Nestle, kali ini bersama Chef Kamarul menggunakan rempah Mak Dara.

Bahan-bahan untuk resepi istimewa Ayam Masak Kelapa Muda, Beriani Ketam dan Bruschetta Makanan Laut.
Chef Kamarul sekarang ni duduk Australia. Ambil phd rasanya tapi dah habis belajar. Berulang alik ke Malaysia kalau ada program. Tabik dengan chef ni tak da langsung cakap omputih siap cakap Perak lagi. Maklumlah chef orang Perak gak.
Haiza pengacara pada hari itu. Memang nampak berseri-seri sejak mengandung ni.
Mak Dara bercerita tentang petua-petua. Pinggang kerengga ni, 25 inci wei.  Saya punya jeans pun saiz 28, itu dululah, beberapa tahun yang lalu. Sekarang ... malu nak cakap, rasanya macam tak nampak pinggang dah.

Selepas siap-siap masak tu ada sesi make over oleh Joey.
Usaha bawa buku ni nak minta autograf. Kenalah bagi sokongan dekat chef supaya buat buku lebih banyak lagi. Siapa yang tak beli buku lagi boleh dapatkan kat sini. Tiga-tiga buku ada dijual di sini dan percuma e-book.  Jadi sesiapa yang ikut bengkel ni nanti sila bawa duit banyak-banyak.

Editor Saji sebelum ni, Encik Joha pun ada. Memandangkan dia satu-satunya editor lelaki yang ditugaskan di Saji memang senanglah nak ingat. Lagipun ruangan dia pun best, selalu cerita pasal makanan kat tempat-tempat yang dilawati dan selalu buat hidangan mudah untuk orang bujang main campak-campak je. Lupa pulak nak mintak autograf atau sembang ngan dia. Tentu boleh dapat banyak petua lagi. Dengan chef kamarul pun lupa nak tanya pasal ayam boxing yang dalam ala carte tu. Argh dah balik baru lah teringat banyak nak tanya.
Cabutan bertuah dapat ni, buffet dinner dekat hotel tu. Ada orang dapat dapur dua tungku-healthy kitchen. Dengar cerita harganya lebih RM1000, uish dengki habis. Itulah manusia, bukannya nak bersyukur dapat juga hadiah dari orang lain yang tak dapat. Aik tazkirah diri sendiri.
Foto berkumpulan
Ini maknanya baucar dah ditunaikan masa Hari Ibu hari tu. Makan sedap. Thanks Utusan Karya dan Hotel Impiana

Bengkel seterusnya:
Grand Riverview Hotel  Kota Bharu – 16 Jun
Katerina Hotel Batu Pahat-14 Jul
Kelana Resort Seremban-8 Sept
Klang (tempat tak tau lagi) – 29 Sept
KL (tempat tak tau lagi)- 14 Okt


No comments: