Penulis: Lydia Teh
Penerbit: MPH Group Publishing, Cetakan Pertama 2007
ISBN: 983-3698-12-3
Harga:RM 20.00
Sinopsis: Anekdot tabiat orang Malaysia.
Komen: Mula kenali penulis ini masa buku pertama, Congratulations! You Have Won. Walaupun sesetengah perkataannya kena buka kamus tetapi secara keseluruhan senang faham. Sinis. Kelakar. Best. Dah 4 atau 5 tahun beli buku ni, tapi baru jumpa balik dan sambung baca balik. Beli semasa jualan gudang MPH di area sect 13,pj. Kat kawasan ni memang best sebab banyak kilang-kilang jadi sentiasa ada jualan gudang or murah-murah. Alat solek, pinggan mangkuk, buku Times ngan MPH, susu, jus. Tapi yang susahnya kat sini nak park. Pusing 5 kali pun bukan tentu dapat park tempat yang kita nak tuju tu. Sesak dan padat.
Dalam buku ni ada cerita pasal When The Lights Turn Red, apa yang dilakukan semasa menunggu lampu bertukar hijau: baca SMS, make up, makan, baca tajuk utama akhbar dan banyak lagi. Ya semuanya pernah kita lakukan. Kawan saya pernah makan nasi lemak dalam kereta masa lampu merah. Seriously??? Letak nasi berdaun pisang atas riba. Hebat-hebat orang KL ni. Maklumlah pagi-pagi dah gerak untuk elak jam dan rebut parking.
Bayangkan orang makan dalam kereta sebab tak sempat. Tapi ada orang yang jadual makannya pukul 10 sedangkan sebelum masuk kerja pun dah makan. Dalam jadual memang dah ada ke? Tak de kan. Ia budaya dari orang-orang sebelum ni. Saya pun pernah buat macam tu, tanpa rasa bersalah letak notis kat pintu ‘ Sila Datang Pukul 10.30 untuk urusan’. Mungkin budaya masa kursus yang makan 6 kali sehari tu terbawa-bawa sekali kot. Bos pun buat, apalagi orang bawah pun ikutlah.
Paling bengang juga bila kerja melibatkan organisasi lain. Telefon orang ni pukul 3. “Puan Y pergi solat, boleh telefon 10 minit lagi?” 3.10 berlalu, bagi masa tambahan 5 minit lagi manalah tau dia nak lipat-lipat telekung, naik turun tangga, nak make up lagi. Tapi bila telefon, “Puan Y tak balik lagi tempat dia, nanti saya suruh dia telefon Puan balik.” Tunggu punya tunggu punya tunggu 3.30 baru call balik. Huh. Bengang. Melambatkan kerja orang lain. Waktu solat antara 1-2 takkan tak boleh celah kat situ. Kalau makan, sempat pulak cari waktu. Orang yang bukan muslim tentu pandang negatif, kan? Tak kira lah kalau sebelum ni orang tu kerja overtime so dia ada hak waktu rehat time tu, tapi ada aku kisah? Kerja tak siap, bukan dia yang kena marah.
Opps panjang pulak cerita. Selamat Hari Pekerja. Tingkatkan produktiviti masing-masing.
1 comment:
janji melayu lah katakan... biasa ler...lepas solat, sembang2 dulu...memulo...haha
Post a Comment