Wednesday, May 30, 2012

Meja VIP

 
Selain meja pengantin, meja untuk VIP juga penting kerana saudara -mara rombongan pengantin yang datang bertandang akan duduk di situ. Mak dan bapa pengantin pastinya duduk di meja pengantin. Di meja VIP juga makanannya istimewa berbanding tetamu biasa.  Biasanya dua  atau tiga meja disediakan untuk rombongan yang datang.  


 
Cenderamata untuk tetamu VIP ini juga berbeza dengan tetamu biasa. Jom kita lihat apa yang ada dalam goodie bag ni.


Bunga pahar, muffin, coklat, gula-gula, kek, sapu tangan dan bakul dari surat khabar. Sesuai sekali untuk makan dalam perjalanan balik nanti. Kalau tetamu biasa dapatlah muffin yang di dalam kotak aja. Bila kita sediakan meja VIP ni juga, senanglah nak bagi goodie bag sebab semua rombongan duduk di satu tempat yang sama.

2 comments:

Gadis Kampung said...

cantiknyer pelamin...

zarina said...

Kalau nak tengok banyak lagi, kat sini, http://simplycipta.blogspot.com/