Selamat Hari Ibu tetapi;
Ibu bangun awal pagi menyiapkan sarapan, si anak tidur lena
diulit mimpi kadangkala hingga melepasi siang hari. Celik-celik mata buka oven
buka almari mencari juadah supaya perut diisi.
Selamat Hari Ibu tetapi;
Setiap pertanyaan ibu diabaikan apabila leka melihat ipad
yang dibeli. Di meja makan masih melayari blog, tweet sana tweet sini dan FB yang dibuka setiap hari. Ibu bertanya soalan dibalas kerlingan namun fikiran masih
tertumpu di Galaxy.
Selamat Hari Ibu tetapi;
Ibu dari kampung yang sering bertelefon bertanya khabar
diri. Anak acuh tak acuh menjawab katanya sedang ‘buzy’. Akhirnya telefon
diputuskan sendiri. Ibu belum sempat bercerita tentang apa yang terjadi.
Selamat Hari Ibu tetapi;
Anak dihantar kepada ibu untuk diperhati. Dengan harapan
nenek tentu sayang cucu sendiri tapi sebenarnya tak mahu bayar tinggi kepada
tadika mahupun orang gaji. Sudahlah dipesan itu ini, ibu ingin menghabiskan
hari tua dengan mencari ilmu di masjid terpaksa menarik diri. Maklumlah pujuk
dan rayu anak sendiri.
Selamat Hari Ibu tetapi;
Hadiah diberi, belanja dimakan di hotel lima bintang lagi.
Semuanya kerana terikut-ikut dengan Barat kerana Happy Mother’s Day Mummy.
Sedangkan itu semua tidak diingini oleh ibu. Harapan mereka anak-anak ada di
sisi. Mendengar keluhan ibu setiap hari. Itulah kasih sejati, yang lain hanya ‘kosmetik’
untuk menutup kelemahan diri.
Mak suka bunga, jadi kalau hari lahir atau hari ibu selalunya beli bunga lagi senang supaya boleh tambah koleksi lagi.
Ini boleh dimakan ya, selalu orang makan nasi ayam claypot dalam periuk, ni terbaru makan dalam pasu pulak. Bawahnya kek, tengah aiskrim dan atasnya yang menyerupai tanah itu adalah oreo. Hari tu baca-baca kat sini tapi dah lupa la pulak pages yang mana. So sesiapa yang internet laju tu boleh la cari kat situ ek. Tak sempat dah saya nak cari balik.
No comments:
Post a Comment