Perkahwinan di Johor berbeza dengan negeri lain kerana
konsep keluarga sakinah ini. Ia lebih detail, lama dan menyentuh perasaan.
Menjadi keluarga sakinah mawaddah wa-rahmah. Sakinah
bermaksud tenang dan tenteram. Mawaddah
bermaksud bahagia dan wa-rahmah
bermaksud mendapat rahmat atau bahagia.
Sebelum ini semasa sepupu perempuan di Johor kahwin, saya
sibuk di dapur jadi tak tengok upacaranya. Baru-baru ni ke Kluang mengiringi
rombongan dari Kajang barulah dapat tengok perbezaannya dengan negeri lain.
Biasanya bila nak akad nikah kita akan lihat pengantin
perempuan duduk sekali tapi yang ni, pengantin perempuan hanya keluar dari bilik selepas selesai akad nikah. Saya
pula yang excited nak tengok bila pengantin perempuan ni nak keluar.
Semasa membaca taklik pengantin lelaki dan pengantin
perempuan duduk berhadapan dan akan menyebut, adalah saya .... suami kepada ...
telah menerima tanggungjawab dengan ini menyerahkan kepada isteri dengan mas
kahwin sebanyak 22.50 tunai. Oleh itu hendaklah kamu isteriku menunjukkan taat
setia kepadaku sebagai suami.
Kalau tak silap masa nilah pengantin lelaki memegang
ubun-ubun pengantin perempuan. Ada setengah yang buat ada setengah yang tak.
Selesai akad dan solat sunat. Bapa akan melafazkan
penyerahan tanggungjawab beliau sebagai bapa kepada menantunya agar dapat
menjaga anak perempuan dengan baik. Dan pengantin lelaki akan menerima. Manuskrip disediakan.
Selepas itu ibu pula akan melafazkan kepada anak
perempuannya, lebih kurang berbunyi begini:
Anakku, hari ini kamu akan berpindah dari tanggungjawab
bonda ke satu alam yang baru. Selama ini bonda telah mendidikmu menjadi anak
yang solehah .... Jadikanlah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah. Anaknya
ini akan membalas ucapan ibunya tadi. Manuskrip juga disediakan.
Ia diakhiri dengan bacaan selawat. Kesemua tetamu yang ada
di situ akan membentuk bulatan berdiri
dan berselawat sambil pengantin lelaki dan perempuan bersalaman dengan tetamu.
Masa ini juga pengantin lelaki mengambil kesempatan memperkenalkan kepada
isteri, bapa saudara, mak saudara dan sepupu. Menarik sekali secara
keseluruhannya.
Orang-orang Johor yang baca ni. Sila betulkan kalau ada
penerangan yang salah ya.
Hayati lirik dari Kumpulan Far East ini
No comments:
Post a Comment