Pengunjung setia Puduraya sebelum ini. Kini namanya telah
bertukar kepada UTC KL iaitu Pusat Transformasi Kuala Lumpur. Ia sangat-sangat
selesa berbanding dulu. Ada Kedai Buku 1Malaysia di sini untuk menghabiskan
masa dan duit uwaaaa. Buku di sini murah sikit dalam RM2, RM3 daripada harga
asal. Kat sini boleh pakai credit card tanpa ada limit. Beli satu buku yang belas-belas ringgit pun
boleh pakai credit card kalau takde cash. Ada kedai buku yang agak besar ni
dengan tema yang pelbagai sama macam kedai buku lain, tak kisahlah
berlama-lamaan di sini. Ada kedai kain 1 Malaysia juga di sini bolehlah nak
jamu mata
Dulu, kalau tunggu bas transnasional tu mesti tunggu orang tu tukar papan yang beritahu bas dah sampai, no plat dan tunggu kat platform mana. Sekarang ni canggih sikit, tengok kat tv je macam kat airport. Tapi satu yang masih sama, ada orang yang suka tanya, “balik mana kak, penang, kedah,” sepanjang-panjang kita jalan ke kaunter tu. Saya risau ulat tiket je, selalunya memang tak jawab dan terus je jalan. Tetiba boleh pulak dia marah kita balik, “ingat saya tipu ke?” Ikut suka orang la, orang tau lah nak cari kaunter kat mana. Lain la kalau kita tercangak-cangak kat situ. Lagipun orang tua-tua kan dah pesan don’t talk to strangers.
30 minit tidur, 10 minit makan roti. 3 jam baca buku. Habis
satu.
|
5 comments:
udah tukar nama ghuper nyerrr..
haah bsb, jalan-jalanlah ke sana nanti
Jpj ada tak kat pudu central ni?
Jpj ada tak kat pudu central ni?
Maaf, saya dah lama tak ke sini. Jadi tak pasti ada atau tidak.
Post a Comment