Terletak di perkampungan nelayan persisiran pantai utara di
dalam Daerah Kerian di negeri Perak. Kira-kira 50km dari barat laut bandar
Taiping. Ia merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang
terdiri daripada hutan bakau dan kawasan berlumpur. Kuala Gula mempunyai
pelbagai jenis habitat tanah lembap yang terdiri daripada dataran lumpur, hutan
paya bakau, muara sungai dan sistem-sistem sungai. Kuala Gula juga dikenali di
mata dunia sebagai ‘Kuala Gula Bird Sanctuary’ kerana ia menjadi tempat
persinggahan burung-burung hijrah dari seluruh dunia dari bulan Ogos hingga
April pada setiap tahun. –Sumber pamflet Kuala Gula Sanctuary Resort
|
Pemandangan dari restoran terapung JS muara restoran |
|
Kuala Gula Sanctuary Resort |
|
JS muara restoran terapung |
Sebenarnya nak makan di restoran terapung ni, sampai awal
jadi tukang masak pun tak sampai lagi. Elok datang pukul 12.30 tengah hari. Kat
sini, kalau lepas bot lalu, mulalah restoran bergoyang, hehehe. Bolehlah makan kat sini kalau nak merasa. Akhirnya
kami ke Resort, makan di Restoran Cenderawasih, lebih kurang 1km dari kedai tu, menu utama pun sama gak.
|
Restoran Cenderawasih di Kuala Gula Sanctuary Resort |
|
Pemandangan dari Kuala Gula Sanctuary Resort |
Mula beroperasi sejak April 2010. Boleh merasakan suasana
persekitaran kehidupan kampung nelayan. Terletak berhampiran Sungai Gula.
Antara kemudahan yang disediakan Dorm, Restoran, Dewan Seminar, Surau dan
aktiviti menyusuri hutan paya bakau dengan menaiki bot.
Kalau dari Kuale keluar tol Kamunting, kiri, terus lagi
nampak sign Kuala Gula. Terus je lagi. Kat sini barulah tau banyak bendang
rupanya. Sampai ke penghujung jalan ada sign ke kiri. Ikut je sign. Sebelum
Kuala Kurau.
Specialnya
ketam kulit lembut.
Makan semua sekali. Tak perlu nak buang kulitnya. Sedia untuk dimakan.
Sedap, ketam masak mentega. Kalau goreng biasa RM5, kalau masak lain tu RM7.
Berbaloi jugaklah.
|
Ketam kat dalam tu ya. |
4 comments:
ketam kulit lembut...menarik.tq
antara resepi yg disyorkan kalau datang sini ikan masak tiga rasa iaitu rasa marah menyesal dan melugai. Restoran apa ntah, dah la mahal, x sedap. semedang je xde ketam lembut nya. Dah la serve lambat, bukan ada orang pon, Tak payah pergi la restoran ni. The worst service ever.Like really really bad. I will never recommend this place to my family or close friends and even anyone.
ohh..ya ker..so saya bertuah la maksudnya walaupun orang ramai masa tu tapi servis cepat dan masakan sedap..
Alhamdulillah
Mst awk g yg js muara tuh. Tak sedap langsung. Ketam lembut mcm dh busuk. Kari lak mcm rempah tak masak. Mmg menyesal gle masuk jauh2 mcm nk smp hujung dunia dpt makan mcm tuh where tmpt dkt luar lg sedap! Huhuhu. Insaf dh nak g.
Post a Comment