Setelah menginap di Port Dickson dan melawat Muzium Tentera
Darat, kami menuju ke Lukut.
Sejarah awal Lukut berkait rapat dengan sejarah Selangor dan
Negeri Sembilan. Pada awal kurun ke-19
Masihi daerah Lukut termasuk dalam jajahan takluk Selangor. Raja Busu
iaitu anak raja Melayu dari Selangor bersama-sama pengikutnya dari Selangor dan
Kedah telah membuka Lukut sebagai sebuah tempat perlombongan bijih timah. Pada
tahun 1834, satu pemberontakan orang-orang Cina telah berlaku kerana tidak berpuas
hati dengan cukai bijih timah yang terlalu tinggi. Raja Busu dan keluarganya
telah terbunuh dalam peristiwa itu.
|
Mungkin ini kolam air yang diceritakan.(Tiada penerangan di situ) |
Tidak lama kemudian, seorang anak raja Melayu Bugis dari
Riau bersama Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Ali telah datang ke Lukut bersama-sama
dua orang puteranya iaitu Raja Jumaat dan Raja Abdullah. Raja Jaafar telah
membuka perusahaan melombong bijih timah sehingga kawasan tersebut menjadi
maju.
Kota Lukut telah dibina oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar
kira-kira pada tahun 1847 terletak di atas bukit yang bernama Bukit Gajah Mati
atau disebut Bukit Raja. Kota ini berbentuk empat segi dan dikelilingi parit
dan parit ini dipasang ranjau (benda tajam) untuk menghalang musuh daripada
menyerang kota tersebut.
|
Ada dua cara untuk nak tengok Kota Lukut ni iaitu dengan menaiki tangga ni, atau jalan kereta. |
|
Jalan ni tak rata. |
Longgokan tanah yang digali telah dijadikan kubu dan 4 buah
meriam yang dibeli dari pihak Belanda di Melaka telah ditempatkan atas tembok
kota ini.
Istana Besar Raja Jumaat telah
didirikan di tengah-tengah kota dan sebuah istana kecil dibina di bahagian tepi
untuk puterinya iaitu Raja Wok. Sebuah gelanggang tempat bermain sepak raga
dibina di hadapan istana. Terdapat beberapa kolam untuk menyimpan air. Juga
terdapat “Perigi Beracun” yang digunakan untuk menghukum pesalah berat dan juga
Perigi Raja di tengah-tengah kota Lukut khusus untuk raja dan permaisuri
sahaja. Jalan yang mengelilingi bukit ini diperbuat daripada batu yang disusun
tanpa menggunakan simen.
|
Mungkin ini perigi yang diceritakan. |
|
Parit. |
2 comments:
tak nak lukut,,,, nak osaka
step by step, ni takde penutup lagi :)
Post a Comment