Bandar Diraja Kuala Kangsar rancak dengan
pelbagai aktiviti sempena Istiadat Pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
sebagai Sultan Perak yang ke-35. Istiadat berlangsung mulai 3-17 Mei 2015.
Jeti Kuala Kangsar |
Masa dulu-dulu memang suka baca cerita dongeng
berkisarkan raja-raja. Cinderella kan popular dengan gaun kembang. Sukanya
tengok. Masa sekolah pula semakin dekat dengan realiti bila belajar tentang
kesultanan Melayu melalui subjek Sejarah dan Kesusasteraan Melayu. Sejarah
Melayu menjadi teks wajib. Bukit Siguntang, Sang Sapurba siapa tak kenal. Oleh
itu, istiadat pertabalan ini menarik untuk dilihat lebih-lebih lagi bila
berlangsung depan mata. Tak perlu ke muzium atau baca buku.
Istiadat mengambil air bersiram tabal tujuh kuala
Sungai Perak untuk kegunaan ke bawah Duli Berdua Bersiram.
- Kuala Sungai Perak
- Kuala Sungai Chepias
- Kuala Sungai Sayong
- Kuala Sungai Hitam
- Kuala Sungai Chermin
- Kuala Sungai Buaya
- Kuala Sungai MenoraKenapa tujuh? Signifikan tujuh kerana dulu tiada pembahagian daerah. Oleh itu tujuh kuala sungai ini simbolik kuasa Sultan ke atas 7 daerah ini.
Rombongan berangkat pulang ke jeti Kuala Kangsar yang terletak berdekatan padang kanak-kanak. Berlatarbelakangkan signboard Persisiran Sayong Kuala Kangsar
Gambar dari Jabatan Penerangan. |
Acara bermula awal pagi tapi saya sempat tengok
ketika rombongan ini balik kira-kira jam 12 tengah hari. Setelah selesai
istiadat kesemua 16 geluk akan dijaga dengan baik dan semua rombongan kembali
dan kemudian menaiki jip (?) ke Istana Iskandariah.
Rombongan menaiki jeti membawa geluk |
Barisan jip ini memang khas untuk petugas istiadat, jip pertama yang berbaju merah ni tak pasti jawatan apa, jip kedua jejawat berlembing, jip ketiga kumpulan nobat yang bermain nobat sepanjang perjalanan ke Istana Iskandariah, jip keempat menempatkan 16 geluk mas perak dihiasi dengan daun-daun nyiur muda berjari lipan.
Setelah sampai di istana untuk kegunaan acara pada malam hari. Gambar dari Jabatan Penerangan. |
p/s : cuti sekolah yang lalu meneman anak saudara
tengok tv cerita Princess Sofia setiap
hari. Udah tersangkut pulak minat dengan
Sofia ni nyaris takde channel Disney kat kampung ni. Kalau tak mahu saya yang
lebih-lebih.
2 comments:
udah lama teman idok balik kuale..
Pulanglah :)
Post a Comment