Friday, October 21, 2011

Pajeri Nenas

Didedikasikan kepada Mek Su di Sect 14 dan Cik Lea di PJU dengan ucapan semoga berjaya membuat pajeri. Kawan saya suka sangat bertanya perihal masak-memasak ni dekat saya, padahal 2 x 5 je ngan dia. Mungkin kelebihan saya rajin mengkhatam buku resepi, menyalin resepi dan menengok tv rancangan masak dan makan. Ya itulah gunanya membaca dan tengok tv sebab boleh berlakon macam tau semuanya padahal kalau disuruh praktikal mahu hancus juga jadinya tu hehehe.


Mula-mula, pilih nenas. Pilih yang hijau kekuning-kuningan. Bukan yang kuning...tu namanya dah masak sangat..masak apa pun tak sedap sebab dah benyek. Bukan juga yang hijau sebab tu namanya muda sangat..camne nak masak pajeri.

Potong mata nenas tu macam buat inti tart. Dan potong lah nak tebal mana pun. Oppss jangan lupa buang empulurnya. Ha yang kat tengah-tengah tu.

Bahan-bahannya: Halia, bawang merah dan bawang putih tumbuk dan campur dalam rempah kari daging (sepeket kecil) yang sudah dibancuh dengan air. Bawang merah dan bawang putih hiris yang ni untuk tumis. Kulit kayu manis sikit, bunga lawang dan bunga cengkih, minyak sapi, santan, kerisik, udang kering, gula Melaka yang dibeli di Perak..hehe..Perak terkenal dengan gula kabungnya, takde la pulak nak promote kat sini. Kerisik dan air tu untuk membasahkan tekak. Tetiba termasuk pulak dalam gambar.

Sebelum ditumis bahan-bahannya. Nenas dimasak dengan gula dalam 2 sudu dan masuk air sikit. Ni petua nak bagi rasa lagi sedap. Kalau nenas tu masam, jadilah sedap bila dah buat macam ni. Masak sampai dah layu sikit dan ketepikan.

Pakai minyak sapi memang baunya sedap lagi, minyak biasa pun boleh, biasanya campur dua-dua. Tumis bawang merah dan putih yang dihiris tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Bila dah kuning masuk rempah tadi. Biar hingga bangkit bau dan kering sedikit rempahnya. Lepas tu masuk nenas dengan air gula tadi sekali, gula Melaka, udang kering-Pah saya cakap orang Perak je taruh ni. Santan pekat dan air sikit, dan kerisik. Pajeri mesti kuahnya pekat. Garam jangan lupa nanti jadi masak pengat pulak. Biar masak sampai pecah minyak.


Makan pajeri ni sedap lawan dengan ikan masin. Hmm ikan masin yang rasa sedap atau pajeri yang jadi sedap..hmmm ha korang cubalah sendiri.

Tetiba hari ni, jiran datang bagi lauk. Sekali pajeri nenas jugak. Hahaha antara jiran pun ada chemistry bukannya orang bercinta je tau.



Thursday, October 20, 2011

Gulai Rempah Biji Nangka

Walaupun nangka ditanam di belakang rumah, tapi biasanya tak pernahnya dapat makan sebab kera dah rembat dulu. Entah macam mana, kali ni dapat pulak makan, kera tak nampak gamaknya. Mungkin dia terlepas pandang. Yeay!! lama tak makan. Besar nangkanya sampai boleh buat 3 jenis masakan. Mula-mula makan mentah, lepas tu buat pengat, kemudian buat puding. Akhirnya, biji dimasak kari.


Puding Nangka, sedap dimakan ketika sejuk.


Biji nangka yang sudah direbus sehingga empuk. Dibuang kulitnya.


Bahan-bahannya: Santan, Ikan bilis untuk perencah, halba campur, asam keping, daun kari, bawang merah, bawang putih dihiris untuk tumis. Bawang merah dan bawang putih tumbuk dan rempah kari ikan.


Tengah harum semerbak. Tapi jangan tertipu, ni bukannya saya yang masak...hehe.. walaupun dalam seminggu mesti ada masak kari tapi kalau saya yang masak mesti tak cantik warnanya. Kena minyak yang banyak, baru nampak menyelerakan.


Masakan ala kampung. Biji nangka rasa macam ubi je. Boleh gak buat dengan biji cempedak. Taklah suka sangat tapi rezeki jangan ditolak, kan?

Saturday, October 15, 2011

Ayat-ayat Syifa (penyembuh) dan Adab Menziarah Orang Sakit

Baru-baru ini, menziarahi mak cik yang sedang sakit. Semoga Wan cepat sembuh. Ketika inilah kami benar-benar menggunakan fb group. Tanpa perlu kita bertelefon bertanya apa khabarnya, kami menggunakan fb untuk meletakkan status terkini. Mujurlah saudara mara memang majoritinya pengguna fb. Maklumat dapat disampaikan dengan lebih mudah dan cepat.

Di saat ini rasanya ramai ibu bapa yang bersyukur mempunyai anak sekurang-kurangnya sepasang (lelaki & perempuan) untuk menjaga/menunggu di hospital. Kesian warga emas di rumah orang-orang tua. Memanglah ada orang yang menjaganya tapi kalau ada anak di sisinya tentu lebih bahagia. Betul tak?

Ayat-ayat syifa boleh dijadikan amalan untuk menyembuhkan penyakit. Antara ayatnya:

Menziarah orang sakit pun ada adab-adabnya:

  1. Jangan duduk terlalu lama di sisinya kerana duduk terlalu lama itu membawa kepada jemu si pesakit itu.
  2. Zahirkan simpati kepadanya seolah-olah kita juga berasa sebagaimana ia merasakannya.
  3. Doakan untuknya seperti dikatakan, "Ya Tuhanku, afiatkanlah / sihatkanlah sahabatku ini," atau dikatakan baginya, "Semoga Allah menyembuhkan saudara dengan segera."
  4. Nasihatkan supaya bersabar kerana dengan sakit itu mendapat pahala yang banyak dan ini sebagai dugaan semata-mata.
  5. Jangan makan makanan yang dihadiahkan orang kepadanya atau makanan yang disediakan untuknya kerana apabila dimakan maka hilanglah pahala ziarah itu.

Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat, Dato’Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid, Telaga Biru, Kuala Lumpur.

Bagi saya sendiri, saya suka hadiahkan majalah sebagai buah tangan kerana ramai orang dah bawa makanan. Pilihan majalah pun ada kriterianya. Masa kawan saya demam denggi, tak teruk sangatlah keadaannya, boleh gelak-gelak lagi. Jadi saya hadiahkan Gila-gila untuk hilangkan bosan. Untuk yang baru dapat baby, biasanya saya bagi majalah Pa&Ma, Keluarga atau yang jenis keibubapaan. Bagi orang yang berkerjaya selalunya Jelita, Wanita atau Nur. Untuk orang yang suka memasak/makan, pilihan terbaik Rasa, Saji dan Sedap. Buah tangan pun bukan untuk orang sakit aja tapi untuk orang yang menjaganya. Tapi dinasihatkan beli dulu kat tempat lain sebab bila dah sampai hospital, ada kedai yang tak jual majalah yang kita nak tu.

Saya suka pilih hadiah untuk birthday, kahwin atau apa-apa ajalah. Nak bagi hadiah pun bukan main beli aja, kena letak ‘hati’ dalam tu. Jadilah hadiah kita tu bermanfaat. Tapi agak susah nak pilih hadiah untuk orang yang bergaji besar. Semua barang rasanya dia mampu beli. Kalau macam tu terpaksalah beri hadiah yang dibuat sendiri. Barulah ada keistimewaannya. Tapi yang tu kena tengok kerajinannya pulak... hehehe.