Monday, September 8, 2014

Nama Kucing Bahagian 2

Kat rumah ni ada sahaja kucing gelandangan yang datang. Mungkin tersesat atau dibuang orang dekat kawasan ini. Yang ni masa datang dulu kurus sahaja. Muka sakit mata pun macam juling. Oleh sebab banyak sangat kucing yang datang sekejap sekejap jadi  pemberian nama ikut ciri-ciri fizikal sahaja. Teringat ketua murid masa sekolah dulu namanya Joon Ling so jadi la kucing ni namanya Joonling kalau nak manja-manja sikit namanya Uling. Sekarang ni dah berisi. Muka pun dah comel dan takde nampak juling dah tapi masih belum jinak.
 
Uling
Yang ni tak tau jantan betinanya. Ekornya panjang dan menghalang nak tengok jantinanya. Kalau tengok muka nampak lembut macam betina. Dekat sebulan masa bergaduh dengan kucing lain, barulah nampak jantan rupanya. Namanya si Ekor Panjang. Ni kes dah tak tau nama yang nak diberi. Ada seekor lagi warna putih dan tompok hitam jadilah Si Tam Tih. Seekor lagi warna kelabu, jadilah Si Kelabu.

Ekor Panjang
 Sebelum ini saya ada ceritakan fasal kucing mak cik yang namanya Tiger. Dah besar sekarang, memang macam rimau le perangainya. Tak tahu nak simpan kuku. Habis tuannya pun calar balar dibuatnya. Saya pun memberi nasihat, tukarlah nama. Alah sama macam budak-budak yang asyik nangis sebab nama tak sesuai tu,kan.  So tuannya tukar nama Intan.  Kadang-kadang Intan Tiger, last-last jadi Tan Tiger. Haha siap ada surname tu.

Yang ni baru datang gak. Tersesat gamaknya. Anak kucing. Bernasib baik sebab mak cik nak bela. Tapi dah lah si Tan Tiger asyik nak memukulnya. Kesian. Nasib baik dia ada kawan bermain, Si Ekor Panjang. Nanti boleh bergabung bersama buli si Tan Tiger. Ok!
Comel

Nama kucing ni sebenarnya sama sahaja macam nama orang, ikut peredaran masa. Zaman mak saya dulu,

Bontar – bahasa Mandailing yang bermaksud warna putih

Aswad – bahasa Arab yang bermaksud hitam

Luxsoap- dulu-dulu sabun Lux hanya ada warna putih jadi kucing tu warna putih. Kreatif tak? Haha. Siap boleh tahu sejarah lagi, sekarang ni sabun Lux dah ada macam –macam warna.

Babu- sebenarnya kucing tu namanya Abu. Tapi pembantu rumah pula bertunang dengan seorang yang bernama Abu. Untuk mengelakkan orang tu tersinggung le pulak bila panggil kucing tu,kan jadilah tambahlah satu huruf dan dipanggil Babu.

Masdor-sempena nama Kassim Masdor

Tony- sempena nama Tony Kassim hero filem dulu-dulu.

Biar apa pun namanya kadang-kadang nampak macam kucing ni faham namanya tapi rasanya dia ikut nada suara kita panggil namanya tu. Cer cuba panggil nama lain tapi dengan nada suara yang sama, datang juga dia. 

Friday, September 5, 2014

Rumah Full House



Kebiasaannya ramai yang memilih Winter Sonata sebagai cerita yang membuatkan mereka terjebak dengan gelombang K-Pop ni. Tapi saya lebih suka kepada drama Full House dan itu satu-satunya drama yang tengok berulang kali pun tak jemu.  

Di TV3 sekarang ada disiarkan FullHouse versi Filipina,  ha yang tu pun tengok juga. Rasanya tinggal satu episod lagi je. Still rasa menarik walaupun cerita yang sama. Tapi kalau Malaysia yang buat rasanya mesti tak tengok. Awal-awal mesti dah kritik, apalah meniru je. Tak de identiti langsung. Sedangkan drama petang Sabtu dan Ahad yang guna sedikit dialog Korea pun saya tak suka.  Memang lah watak tu nak buat minat sangat K-pop tu. Tapi melebih-lebih je rupanya. Dengan gaya konon-konon comel tu. Menyampah le pulak jadinya. Sebelum ni minat juga tengok lakonan Nad Zainal..tapi cerita ni tak berminat langsung nak tengok.. 3 episod je boleh tahan.. lepas tu menyampah dah. Sorry kepada fans cerita ni.

Eh sebenarnya nak cerita, rumah drama Full House yang saya pernah pergi semasa di Korea dulu, dikhabarkan dah rosak. Ada orang yang nak pergi dan dia tanya KTO…tapi diberitahu rumah tu rosak kerana ribut.  Bagi sesiapa yang nak pergi juga mungkin boleh tanya sendiri kepada Korea Tourism untuk maklumat lanjut.


Wednesday, September 3, 2014

Pujuklah Hati


Zaman baca buku cerita/novel dah berlalu. Sesuai dengan pertambahan usia, pemilihan buku lebih kepada motivasi yang mendidik jiwa. Lagipun dulu-dulu dah puas baca novel dan cerpen.


Di Kuala Kangsar sekarang ni sedang berlangsung Pesta Buku Habibi di Arena Square sehingga 7 September. Walaupun tak besar mana, lebih satu jam jugalah nak membelek-belek buku yang nak dibeli. Sambil-sambil tu lagu-lagu nasyid/kerohanian turut dipasang. Kalau rasa tertarik dengan lagu-lagu tu bolehlah dapatkan juga CDnya yang turut dijual di situ.

Tajuk: Pujuklah Hati
Penulis: Bonda Nor
Penerbit: Galeri Ilmu, Petaling Jaya        Cetakan Pertama 2014
ISBN: 978-983-097-495-8
Harga:RM 22 tetapi ada diskaun di pesta buku ini jadilah RM19.80
Muka surat: 320 halaman

Sinopsis:
Bukan setiap masa kita diuji. Ada masa-masanya, keadaan tenang sahaja. Kita sempat menarik nafas lega. Kita sempat ketawa dan tersenyum gembira. Cuma, sudah tentu putaran itu akan terus berulang. Lagu yang tenang, sudah pasti akan kembali dipukul gelombang. Namun, antara sela gelombang yang menghempas dan rasa damai yang bertunas, ternyata hingga ke hari ini, kita terus menghela nafas.

Komen: 
Sesuai dengan judulnya memang dia ‘mengajar’ kita memujuk hati di dalam setiap ujian yang dilalui. Benda yang tidak pernah kita terfikir untuk bersyukur baru ni tersedar. Kalau orang menasihatkan biasanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan tapi bila baca ni ia seakan menegur dalam diam tapi memberi kesan.
Permulaan setiap bab dimuatkan bait-bait puisi yang tersusun ayatnya, mudah difahami dan memberi kesan. Dari puisi tersebut kita boleh mengagak sketsa yang diterangkan berikutnya. Ia lebih banyak dari pengalaman penulis sendiri dan disuntik elemen mendidik jiwa. Ingatkan hasil tangan penulis yang berusia sebab pengalaman macam banyak je..rupanya baru 37 tahun.
Seminggu dah beli tapi tak habis lagi baca. Sengaja dilewat-lewatkan sekurang-kurangnya sehari 2 cerita, pagi dan petang. Bukannya apa, kalau baca sebab nak cepat habis rasa macam tak beri kesan sangat kepada jiwa. Kalau baca sikit-sikit kita akan ambil masa untuk berfikir.  Layout buku pun menarik, ada corak-corak di dalam, pemilihan tulisan pun sesuai. Kadang tu ada buku yang line rapat-rapat lepas tu tulisan kecil, serabut jugalah pemikiran.
Pilihan yang tidak sia-sia.

Antara puisi yang terdapat di dalam ni:

Tiada yang Sia-sia
Ada kalanya kita perlukan nyamuk,
untuk sedarkan kita,
yang kawasan rumah kita perlu dibersihkan,

Ada kalanya kita perlukan lalat dan langau,
untuk ingatkan kita,
bahawa ada sampah yang belum dibuang.

Ada kalanya kita perlukan sedikit luka,
untuk menyelamatkan kita,
daripada terus berada dalam bahaya.

Ada kalanya kita perlukan orang,
untuk menyakiti hati kita,
menegur dan menghina,
agar kita tahu kelemahan kita,
agar kita dapat memperbaikinya,
agar dapat bermuhasabah sekali skala,
dan agar kita menjadi seorang manusia,
yang sentiasa membaik dari satu episod hidup,
ke episod hidup yang seterusnya.

Monday, September 1, 2014

WAZE senang nak pergi kenduri kahwin.

Kenduri kahwin dulu-dulu, perlukan kad kahwin untuk kita tahu destinasi melalui peta yang disediakan. Petanya skala kecil, nampak dalam kad macam ‘ok lepas simpang ni dah dekat nak sampai dah!’ sekali rupanya jauh lagi daaa! Untuk rumah yang keluar tol dan lurus sahaja jalannya memang senanglah, tapi yang belok punyalah banyak, tengok peta berpusing-pusing, ok dari sini…eh dari sini ke.. oh sini la kot.. jadi bunga manggar yang ada nama penganti di setiap simpang memang diperlukan sebab nak confirm betul.  Land mark yang biasa digunakan, stesen minyak, pili bomba, jambatan, sekolah. Cara akhir kalau tak jumpa juga, berhentilah di stesen minyak dan tanya. 

Kemudiannya tukar kepada GPS dah ada yang taruh koordinat untuk GPS  di dalam kad kahwin di samping peta rumah. Ok sekarang lebih mudah dengan adanya telefon pintar masing-masing, pakai aplikasi Waze sahaja untuk mencari di mana destinasinya. 

Saya jarang guna Waze ni sebab tak berapa suka pakai. Memanglah cepat sampai tapi bila kita asyik menumpukan kepada arahan yang diberikannya kita tak dapat menikmati keadaan sekeliling. Saya suka jalan-jalan santai-santai. Sama seperti tension nya bila ikut rombongan, kita kena ikut kereta depan.  Kita kena kekalkan jarak untuk tak terputus rombongan. Tak dapat menghayati sangat keadaan sekeliling apa yang menarik.

Kalau memang kena berkumpul ikut masa yang ditetapkan, memanglah kena guna Waze. Tapi bila guna ni kena percaya betul-betul  pada Waze. Jangan cepat rasa goyah bila tengok jalan macam orang tak pernah lalu pun.  Macam yang ni semasa di Kulim, pasang Waze lewat sikit sebab macam tau jalannya pada mulanya. Waze akan cari yang paling terdekat dan cepat sampai tak kiralah ikut jalan kampung pun. 


Tanpa kad kahwin terus bagi location akad nikah akan dijalankan menggunakan group whatsapp. So dari google map pun dah boleh dapat direction.

Menggunakan Waze untuk cari destinasi
Kita boleh tahu berapa minit perjalanan dan waktu yang dijangka sampai.
 Ya Allah dibawanya jalan bengkang bengkok yang tak nampak kereta banyak lalu tetiba masuk dalam kelapa sawit. Dalam hati dah risau dah ni, hai takkanlah nak pergi kawasan perumahan teres tapi lalu kelapa sawit pulak ni. Teruskan. Yakin pada Waze.  Nak nak pula tak de kereta yang lalu, haish kalau seorang mahu rasanya patah balik.  Nasib baik kemudiannya nampak kereta banyak sikit. Ha gamaknya Waze bawa orang lain ke jalan situ jugak hehehe.  Akhirnya, alhamdulillah nampak le kawasan perumahan. Fuh.

Lepas tu mulalah masing-masing berkongsi rasa, tadi ikut jalan mana. Masing-masing gelaklah cerita Waze bawa ikut jalan mana. Kalau nak keluar balik ikut jalan tadi memang tak boleh cam, sebabnya kita tak fokus land mark apa yang ada di sekeliling kita sebab memikirkan ke manalah Waze ni bawak, pada sayalah.



Tahniah buat Mundzir dan Nurul. Barakallahulakumawabaraka’ alaikuma wajama’a  bainakuma fi khair.