Biasa kita jumpa ikan pekasam, pertama kali jumpa daging pekasam. Saya beli masa ada kursus di Alor Setar, Kedah. Memandangkan tempat kursus agak hampir dengan Pekan Rabu di Ukir Mall, tak sahlah tak singgah untuk beli buah tangan nak bawa balik rumah. Mak cik saya yang memperkenalkan daging pekasam ni. Tapi kedainya bukan betul-betul dalam bangunan Ukir Mall tu, ni di seberang jalan tempat yang ada jual ikan pekasam tu.
Jom jalan jalan ... makan-makan ... buat sesuatu yang baru ... kembangkan minda ... macam-macam rupanya yang ada di sekeliling kita.
Saturday, October 1, 2016
Friday, September 30, 2016
Buah Melaka Bunga Telang
Buah Melaka ataupun Onde-onde, biasanya berwarna hijau daripada daun pandan tetapi ni sebab bunga telang ada dekat rumah, kita tukar warna pulak ya. Bunga telang ni biasa orang buat untuk nasi kerabu, atau sirap biru. Pulut pun boleh juga.
Sekelompok ni je yang ada. Warna ungu bunganya. |
Ni saya petik 100 kuntum bunga dan rebus dengan sedikit air kira-kira sama paras dengan bunga tu. |
Banyak ni la dapat, Suku gelas |
Wednesday, September 28, 2016
Nasihat Berbentuk Analogi
Kias ibarat la tuh..sahaja guna bahasa canggih sikit bunyinya.
Berkait dengan post channel telegram yang saya ikuti sebelum ini. Jumpa pula
satu lagi channel yang tidak kurang juga menariknya telegram.me/arafat_channel.
Guru kepada Pak Nasrullah (Rahasia Magnet Rezeki). Indonesia lagi?? Ya dong..
selagi ilmunya menjurus kepada mendekatkan diri kepada Tuhan, apa salahnya kan?
Islam itu bersaudara, melangkaui warganegara mana pun. Saya antara pengikut
terawal, dari ratusan kini sudah mencecah 7.5k.
Channel ini banyak menggunakan nasihat dalam bentuk
perbandingan dengan keadaan semasa. Lebih terkesan bila membaca nasihat
sebegini berbanding nasihat secara terus kerana kita boleh membandingkan dan
membayangkan.
Antara post menarik.
SUSAH TAHAJUD? PAKAI METODE REFRAME DARI RASULULLAH
Re-frame artinya membingkai ulang kejadian yang ingin kita
pilih. Nama ini saya ambil dari teknik NLP, salah satu cabang ilmu psikologi.
Jauh sebelum NLP dirumuskan, Rasulullah sudah mengajarkan
kita teknik ini, hanya saja belum bernama reframe saat itu.
Ingatkah saudara saat seorang sahabat masuk Islam di hadapan
Rasulullah, lalu dia minta izin agar tetap dibolehkan berzina seperti
kebiasaannya dulu sebelum menjadi seorang muslim.
Rasulullah hanya tersenyum, beliau menjawab dengan
pertanyaan balik,
“Relakah engkau jika ibumu dizinahi laki-laki lain?”
“Demi Allah aku tidak rela”
“Begitu pula orang lain tidak akan rela ibu mereka dizinahi
olehmu”
“Relakah engkau jika anak perempuanmu dizinahi laki-laki
lain?”
“Demi Allah aku tidak rela”
“Begitu pula orang lain tidak akan rela anak perempuan
mereka dizinahi olehmu…”
Inilah contoh reframe dari Rasulullah. Hasilnya luar biasa,
sahabat tersebut kemudian tersadarkan dan sejak hari itu tidak ada yang lebih
dia benci dibanding zina.
Sekarang mari kita pakai teknik ini saat kita malas bangun
malam. Bertanyalah pada diri sendiri secara berulang-ulang.
“Bila malam ini anak saya sakit keras dan kritis di ruang
ICU, bukankah saya tetap harus bangun semalaman menjaganya?”
“Bila malam ini kebakaran besar terjadi di komplek saya,
bukankah saya tetap harus bangun semalaman memindahkan barang”.
“Tetapi Alhamdulillah, anak saya sehat, rumah saya aman,
saya hanya harus bangun malam untuk shalat tahajud. Bukankah ini pilihan yang
paling saya suka?”
Mungkin saudara belum melihat hasilnya dalam satu malam,
tetapi lakukan terus secara rutin setiap malam, insya Allah saudara bisa bangun
dengan perasaan senang dan penuh syukur kepada Allah.
Jangan lupa doakan saya dalam tahajud ya.
Wassalam.
Ha, mai nak beri satu lagi;
POKEMON GO
Banyak orang yang merasa sedih melihat orang lain gembira
sekali main pokemon go. Sampai lupa waktu, lupa tempat. Tidak sedikit yang
memberi nasihat, bahkan ada yang mengancam dengan dalil-dalil.
Saya yakin semua niatnya baik. Saya sendiri bagaimana saat
melihat orang lain terlihat begitu gembira main pokemon go? Saya anggap ini
kesempatan buat saling mendoakan.
Saya ingat cerita yang dialami kyai kami, saat itu beliau
sedang naik lift tiba-tiba masuk pula ke dalam lift tersebut sepasang kekasih
bule. Mereka sangat gembira sekali sampai berciuman di dalam lift tanpa
menghiraukan ada orang lain di sana.
Apa yang dilakukan kyai? Beliau justru mendoakan kedua sejoli
tersebut dengan doa begini,
“Ya Allah sebagaimana Engkau izinkan mereka merasakan
gembira di alam dunia ini, maka izinkanlah agar mereka juga merasakan
gembiranya alam akhirat.”
Dan beberapa hari kemudian, kyai mendapat kabar dari
orang-orang, bahwa kedua bule tersebut kini memeluk agama Islam.
Subhanallah
dahsyatnya doa yang ikhlas dari seorang muslim. Jadi saya memilih hal yang lebih menjaga hati kita, saat
saya melihat seseorang betapa gembira main pokemon go, kesempatan saya
mendoakan, “Ya Allah sebagaimana Engkau izinkan mereka merasakan gembira di
alam dunia ini, makan izinkanlah agar mereka juga merasakan gembiranya alam
akhirat”
Wassalam.
Thursday, August 11, 2016
Tabung 2 ringgit – Korban
Alhamdulillah, sasaran tercapai. Tahun ni dapat buat korban,
Insya-Allah. Mula kumpul sejak 1 Oktober 2015, RM2 sehari. Tip diberi oleh
Ustaz Muhammad Abdullah dalam slot
rancangannya di radio Ikim setiap Isnin 10.15 pagi. Terima kasih ustaz. Tercabar rasanya bila ustaz
kata, pekerja Bangla yang kerja di sini pun mampu buat korban hampir setiap
tahun di negaranya kerana pada derang rasa macam wajib buat.
Borang dah isi |
Kalau nak terus keluar duit selambak gitu, memang macam
susah sangat nak buat. Ada je rasa keperluan lain yang nak didahulukan tetapi
bila diasingkan ni memang tak rasa langsung menyimpan. Simpan … simpan dan
lupakan.
Pernah cuba tabung 5 ringgit dan tabung 10 ringgit. Tak pernahnya berjaya sebab bila nak masuk je mula rasa ish, baik gunakan. Tapi bila 2 ringgit ni tak rasa berat sangat.
Meh intai hasil tabungan tak sampai setahun |
Ada balance lagi, so reward diri sendiri |
Nama je tabung 2 ringgit tapi yang masuknya macam-macam
duit. Kadang ikut mood dan rezeki yang ada haritu, ada yang masuk RM10 dan RM20 sehari tapi di kotak tu catatlah tarikh tiap-tiap hari. Letak sticker
warna-warni ni untuk menarik perhatian sendiri. Baru semangat.
Sticker 30 sen je untuk satu warna. Tak habis pun guna. |
Kotak ni dah 3 kali recycle. Dah 5 tahun kot. Mula-mula
dapat hamper, lepas tu jadi tempat ambil undian cabutan bertuah, lepas tu jadi
tempat simpan resit dan yang terakhir jadi tabung.
Kotak biasa-biasa je |
Target seterusnya, untuk melengkapkan rukun Islam. Giliran
haji, tahun 2037, insya-Allah. So antara tahun 2016-2037 ni target buat umrah
untuk memudahkan urusan bila dapat buat haji nanti. Semoga istiqamah dalam
menabung. Tapi ni tak boleh simpan lama-lama duit kat rumah, sebelum hujung
tahun tu bolehlah masuk tabung haji, boleh juga dapat dividen, kan.
Tabung 2 ringgit-Umrah
telah pun dilancarkan pada 10hb Ogos 2016 hehe.
Saturday, August 6, 2016
Jenuh
Kalau dalam bahasa Perak, jenuh ni biasa dicakap ketika
hendak membuat sesuatu kerja dan kita jadi jemu nak buat atau penat la nak
buat. Rupa-rupanya, jenuh ni bukanlah diklasifikasikan kepada bahasa Perak. Ce
mengkome tengok kamus. Tak ada pula tanda Pr (Perak).Bangga tu orang Perak cakap
bahasa standard haha. Tak pernah nak tulis dalam karangan sebab ingatkan loghat. Ok
lepas ni boleh guna dalam bahasa rasmi.
Jenuh I 1. Puas, kenyang sekali (sehingga menjadi jemu); 2. Jemu,
bosan. Contoh: jenuh mencari tidak berjumpa
Jenuh II (bahasa Kelantan) banyak
Perak ni banyak loghatnya, buatnya dalam satu rumah tu ada
orang Bota, orang Kuala Kangsar, orang Taiping. Nama je orang Perak tapi lain
lenggok bahasanya. Ada yang cakap kene
maksudnya kenal dan ada juga yang faham kena. Idak ke pening satu rumah
dibuatnya. Jenuh! Kena tengok ayatlah nampaknya untuk memahami maksud
sebenarnya. Bukan semua orang Perak cakap ayor ya. Teman yang cakap rupa gitu.
Makan cucor jagung dengan ayor teh.
Thursday, July 28, 2016
Rezeki Tak Disangka-sangka
Hujung bulan Mei
lepas saya ada mengikuti satu kursus. Hari akhir tu penceramah ada beri
bahan tambahan berkaitan penulisan. Siapa yang ada bawa pen drive boleh save bahan tu. Saya tak bawa la pula dan
cuma mengharapkan pada peserta seorang ni untuk e-mel kepada saya kemudiannya. Sebelum
balik sempat bagi keratan kertas yang tulis e-mel saya. Ni kalau dalam cerita
mesti penonton cakap hek eleh zaman ada telefon ni pun idak ambil nombor, pakai
kertas-kertas je. Haha entah, automatik je tulis dan bagi.
Tunggu punya tunggu punya tunggu tak adalah dapat e-melnya.
Mujur ada ambil nombor telefon rakan sebilik masa kursus. Dah pulak dia tak tahu mana dia letak pen
drivenya. Pilihan terakhir, e-mel kepada penceramah. Tak dapat reply pun …
sibuk le tu. Malas la nak telefon pulak bukanlah penting sangat. Tak ada rezeki
nampaknya.
Biasanya bila kita terima sijil (yang dipos)dia akan kirim
sekali senarai nama peserta dan nombor untuk dihubungi. Kali ni tak dapat pula.
Confirm tak ada rezeki nak dapat.
Tup tup semalam eh, dapat e-mel dari peserta tu. Dia minta
maaf sebab lambat hantar. Rezeki! Walaupun lambat dapat juga, kebergantungan
kita kepada Allah untuk ‘menggerakkan’ orang tu teringat nak hantar. Susah
untuk dijelaskan bagaimana rezeki itu tapi kalau kita ikuti tulisan orang yang
sering beri motivasi kita akan pelajari rezeki Allah itu luas. Misalnya udara
yang kita dapat itu rezeki yang dipaksa, cuba kita tahan nafas lima minit je, memang
tak boleh, kan. Tu rezeki yang ‘dipaksakan’ oleh Allah. Jangan sombong dengan
Allah misalnya mengaku kejayaan yang diperoleh atas usaha sendiri sedangkan
Allah boleh tarik apa sahaja yang telah diberikan-Nya dan bila-bila masa.
Sekarang ni saya lebih banyak di Telegram ikut channel
motivasi dalam bentuk penulisan. Kadang-kadang jiwa ini pun perlu diberi makan setiap hari untuk stay positive mengingati dan bersyukur pada Allah. Antara channel
yang diikuti- Insyirah Azhar (telegram.me/bahagiahidupbertuhan)–mula follow
bila keluar dalam akhbar Utusan . Dan dari situ mengenali pula motivator
Indonesia Ippho Santosa (telegram.me/ipphoright) lebih baik pilih yang sama
serumpun dengan kita sebab linkungan budaya dan agama yang sama so senang
terima. Dan dari situ juga jumpa Nasrullah (telegram.me/rahsiamagnetrezeki) tetapi
ini banyak dalam bentuk audio. Kesemuanya gratis ya hehe. Bahasa tidak menjadi
penghalang. Kamus online kan ada!
Friday, July 15, 2016
E-Book
E-Book merupakan singkatan bagi electronic book yang dikenali sebagai buku digital atau media digital. Format e-book biasanya didapati dalam bentuk pdf, word, html dan sebagainya.
Kita boleh download dan save di dalam pc atau telefon dan bolehlah baca bila-bila masa lapang. Dulu-dulu saya tak suka baca e-book sebab sakit mata rasanya bila tengok skrin lama-lama dan lebih berminat kepada buku fizikal - dapat pegang dan belek-belek muka surat. Tapi sejak nampak e-book ni ada tajuk-tajuk yang menarik suka pulak tengok. Eh tapi saya pilih yang ditawarkan secara percuma sahaja. Bagi nama dan e-mel nanti dia akan hantar link ke e-mel untuk kita download. Tapi nanti berterusan jugalah dia akan e-mel kita bila ada berita terkini. Tak apa, kalau tak suka follow, hentikan langganan je.
Setakat ni antara yang menawarkan secara percuma, Ustaz Asraff-Mudahnya Ngaji Tajwid, Insyirah Azhar-Penyucian Hati dengan Asmaul Husna, Teknik BAD (Bertanya Allah Dahulu, Dr Azizan-Magnet Kekayaan dan Kejayaan, Eman Dhani-Tips Menulis Buku
Kita boleh download dan save di dalam pc atau telefon dan bolehlah baca bila-bila masa lapang. Dulu-dulu saya tak suka baca e-book sebab sakit mata rasanya bila tengok skrin lama-lama dan lebih berminat kepada buku fizikal - dapat pegang dan belek-belek muka surat. Tapi sejak nampak e-book ni ada tajuk-tajuk yang menarik suka pulak tengok. Eh tapi saya pilih yang ditawarkan secara percuma sahaja. Bagi nama dan e-mel nanti dia akan hantar link ke e-mel untuk kita download. Tapi nanti berterusan jugalah dia akan e-mel kita bila ada berita terkini. Tak apa, kalau tak suka follow, hentikan langganan je.
Setakat ni antara yang menawarkan secara percuma, Ustaz Asraff-Mudahnya Ngaji Tajwid, Insyirah Azhar-Penyucian Hati dengan Asmaul Husna, Teknik BAD (Bertanya Allah Dahulu, Dr Azizan-Magnet Kekayaan dan Kejayaan, Eman Dhani-Tips Menulis Buku
Subscribe to:
Posts (Atom)