Saturday, December 17, 2016

Jepun 30 Nov 2016 – 6 Disember 2016 (Bahagian 3)

Sesat dalam Kegelapan Malam

Pukul 4.31 pun dah masuk maghrib. Hari beransur gelap. Singgah semula di Shibuya ambil beg, bolehlah check in penginapan yang terletak di stesen Higashi-Shinjuku. Sewa apartmen 3 malam. Tuan rumah bagi panduan dekat sahaja daripada stesen subway tapi dah 20 minit pun tak jumpa juga, entah di mana yang miss simpang, sesat larat dibuatnya.

 Bateri pocket wifi sudah habis. Dapatkan bantuan di Family Mart, pekerja tu guna telefon dia buka map. Katanya dalam 3 minit sahaja lagi, patah balik ke belakang. Arrgh dimanakah apartmen itu? Tanya sekali lagi di tempat lain, memang dia suruh pusing balik. Hmm tawaf di sini pula nampaknya. Tiba-tiba nampak polis, “Sumimasen” sambil menggamit polis tu datang suruh tengok alamat. Berani tu, gamit polis je. Haha. Tak sedar sebenarnya. Gabra punya pasal sebab dah sesat. Dia keluarkan torch light dan buka buku kecil, directory. Tak fasih BI tapi dia kata ini memang kawasannya dah. Arigato gozaimaz sahajalah. 

“Ya Allah, ampunilah dosa kami sambil berharap dimudahkan berjumpa.” Masuk 3 bangunan.  Alhamdulillah yang ketiga tu jumpa juga. Tu la kan orang tua kata jangan merayau masa maghrib hehe. Ni udah lepas isyak (Isyak 6.00pm). Pandangan terhijab hihihi.   Merasa tengok apartmen di Jepun. Kecil je ruangnya, tapi semua barang lengkap. Konsep minimalis. Mesin basuh, dapur, tilam dua,peti ais, wifi, tv semua ada. Ada beberapa peraturan yang telah ditetapkan tuan rumah, tapi tak berat sangat untuk diikuti. Tuan rumah beritahu dia tak suka orang pakai kasut di rumah. So memang dah elok tu untuk kita Melayu Malaysia ni.  Dinner dengan Brahim’s. Untuk menjimatkan kos makan, sama ada heavy breakfast atau heavy dinner sahaja di rumah.

Mula-mula masuk, memang banyak pintu-pintu, jom explore apa yang ada di sebalik pintu-pintu tu. Mesin basuh ada sabun basuh dan hanger sekali. Jemur di balkoni. Masa mula-mula sampai, memang basuh baju, dah jemur kat luar lepas tu balik malam, lembap-lembap juga bajunya sudahnya tak basuh dah. Memang setiap hari pun balik malam.

Almari pakaian, pintu jenis lipat jadi jimat ruang juga.

Gini rupa dalamnya, ada vacuum tiada penyapu. Memandangkan Jepun ni standard kebersihan dia tinggi, untuk mengelak dari mendapat komen balas yang teruk  daripada host yang akan memburukkan juga nama Malaysia, last day, siap guna vacuum kemas rumah. Sampah pun kami asingkan untuk yang boleh dibakar, tak boleh dibakar. Siap pek aluminium yang isi makanan, kotak susu pun bilas dengan air supaya tidak meninggalkan bau. Ni sebab pernah tengok dalam tv kisah rumah orang Jepun. Alhamdulillah dia komen,.  The guest followed our rules and etiquette very well and kept the room tidy and clean during the stay. I hope you enjoyed your time here! Looking forward to have you again.
Sama ada pernah dengar, di radio atau baca di majalah, rumah di Jepun, kalau tengok tandasnya bersih, bermakna rumahnya bersihlah. Memang bersih.  Ada bidet. Lantai kering je. Konsep minimalis dan penjimatan air. Flush tu ada kepala paip, bila flush, air akan keluar daripada paip  untuk kita basuh tangan dan  air akan masuk terus ke dalam tong flush dan flush.
Itinerary keesokannya disusun mengikut laluan subway yang terdekat dengan kawasan apartmen. Untung apabila berjalan sendiri kita susun masa sendiri. Mengelak waktu puncak awal pagi. Tak sanggup sama-sama bersesak dengan orang tempatan.Menuju ke Yoyogi Park. Tapi dari stadium Yoyogi sahaja sudah ternampak deretan pokok berwarna keemasan di sepanjang jalan. Kesejukan pagi serendah 14°C tidak terasa kerana matahari memancar terang.  

Selamat pagi! Pemandangan daripada dalam apartmen tingkat 6.
Di stesen Meiji-jingumae ini juga boleh menikmati keindahan hutan di Meiji Jingu. Sebenarnya hutan buatan ni. Ia dibina pada 1920, dengan menanam 10,000 pokok hasil derma orang ramai dari seluruh Jepun. Di sini juga roh Maharaja Meiji dan Maharani Shoken ditempatkan.  Merupakan kuil agama Shinto. Mula-mula masuk sahaja dah disambut dengan Torii gate yang besar. Torri gate memang selalu jadi pintu masuk temple. Bagi orang Jepun, sebelum lalu torii gate ni kena tunduk satu kali. Kita, tak payahlah nak ngikut.
Torii gate. 
 Jauh lagi perjalanan ke dalam. Nanti akan nampak tong-tong untuk mengisi sake (arak jepun) yang bercorak-corak. Eh lawa pulak bila dah susun macam ni. Era Meiji merupakan zaman pemodenan Jepun, di mana banyaknya industri dibangunkan. Oleh itu pengusaha – pengusaha sake di Jepun menghadiahkan sake ini kepada Meiji Shrine untuk menunjukkan rasa hormat mereka kepada Maharaja Meiji.

Tong sake yang disusun bertingkat, bertentangan tong ini pula ada tong (barrel) arak daripada barat.
Akhirnya nanti akan sampai di kuil. Bukanlah niat nak melawatnya tapi pengetahuan am juga tu, rupanya derang bila nak berdoa/sembahyang pun ada ambil air macam wuduk juga  terlebih dahulu. Ada satu kawasan khas di luar macam kolah ada gayung/cebuk dari buluh dengan pemegang yang panjang. Caranya ambil air tu guna gayung dan perlahan-lahan cuci tangan kiri lepas tu kanan dan kemudian cuci mulut dan basuh pemegang cebuk tu dengan baki air yang ada dalam cebuk tu. Apabila nak masuk air ke mulut tu, bibir tak boleh kena dengan gayung. Pergerakan dibuat dengan cara perlahan dan lemah lembut. Bandingkan dengan kita ambil wuduk, kalau yang nak cepat tu je kan. Derang siap peraturan kena lemah lembut. 

Tempat mereka bersuci terlebih dahulu sebelum masuk ke kuil.
Seterusnya ke Meiji-Jingu Gaien, tempat lain pula nama macam sama. Turun di stesen Shinomachi. Kemudian ikut papan tanda. Melalui pembacaan di internet, di sini ada deretan pokok gingko yang menghiasi jalan. Biasa dengar pokok gingko biloba ni ramuan untuk kecerdasan fikiran..sama la kot haha..ni baru dapat tengok pokoknya. Ramai pengunjung mengambil kesempatan bergambar dan melukis di sini. Dekat sini, yang pangkat tuk dan nenek pun bukan main lagi pegang kamera tau, macam pro je. Kalau kat Malaysia biasa kita tengok peringkat ni udah menjadi ahli jemaah masjid.

Pemandangan daripada jejantas. Deretan pokok.

Cantikkan warna dia, bila kena pancaran matahari lagi cantik seakan ada tona warna.

Orang ramai memenuhi ruang, memang susah nak tangkap gambar yang tiada orang. Masing-masing ingin menikmati keindahan pokok gingko.

Tiada bayaran dikenakan, oleh itu memang ramailah yang datang ke sini. Bas hop on hop off pun ada lalu di jalan ini.

Ada festival gingko sedang berlangsung juga masa ni, memandangkan tak nampak hala mana yang patut dituju jadi tak pergi. Ini pun sudah memuaskan hati.

Ramai yang ambil kesempatan untuk melukis. Kebanyakan taman yang pergi pun memang kelihatan ramai yang melukis. 

Barisan pokok disusun secara terancang.

Di kejauhan itu merupakan The Meiji Memorial Picture Gallery.
Makan tengah hari, kononnya nak pergi kedai Halal Japanese Beef BBQ Restaurant “Gyumon” yang merupakan restoran BBQ yang pertama di Jepun yang menyediakan daging lembu Jepun yang halal letak di Shibuya. Alamat dah ada tapi perkara yang lebih penting lupa nak tengok, ish ish ish, waktu operasi. Masa google untuk tengok exit yang patut pergi, baru ternampak ia bermula dari pukul 5 petang.  Bertukar tempat ke stesen Asakusa pula. Ada dua tiga tempat yang halal tapi semua waktu operasinya tidak kena dengan masa kami.

HALAL JAPANESE BEEF BBQ RESTAURANT “GYUMON”
3-14-5 Shibuya, Shibuya-ku Tokyo.
5 pm – 4 am
Bagi yang hendak pergi sila google stesen terdekat dan exit yang patut keluar.
  

Thursday, December 15, 2016

Jepun 30 Nov 2016 – 6 Disember 2016 (Bahagian 2)

Warna-warni Autumn

Perjalanan dari Haneda Airport melalui Keikyu Line ke Stesen Shinagawa. Dari stesen Shinagawa pula menuju ke stesen Shinjuku. Disambut dengan gerimis di awal pagi. Selesaikan dahulu masalah beg besar ni, takkan nak ngangkut ke hulu ke hilir. Mencari locker. Kebanyakan stesen subway di Jepun memang menyediakan kemudahan locker cuma saiz yang besar tu je mungkin susah nak cari. Ditegur seorang jejaka , “Can I help?” dia nampak kami macam lost kot sedangkan tengah nak cari locker.  “Indonesia?” “No, Malaysia.” Dia orang Jakarta, dan ingat kami dari sana juga.   Seronok tu dia ingat boleh jumpa orang kampung. “Sightseeing?” “Yup.” Dia kerja di sini. Akhiri perbualan dengan terima kasih. Lama baru dia jawab, sama-sama.  Haha lupa la tu nak reply macam mana sebab dia cakap BI je dari awal.

Seterusnya bertukar ke stesen Shibuya. Siap google lokasi tapi tak jumpa tempat yang dikatakan tu. Dahlah nak bersaing dengan kesesakan orang ramai. Nak pergi dari kiri ke kanan pun payah tau. Mentang-mentanglah derang ada shinkansen (bullet train). Orangnya pun jalan macam shinkansen. Laju bukan main. Menderu-deru pula tu.  Akhirnya ke Shibuya 109, ada locker ditingkat bawah sekali. Jalannya memang bersambung dengan subway juga. Bayaran JPY 600 boleh bayar dengan kad Pasmo.
Gini rupa lockernya. Tukar sahaja bahasa kepada English dan ikut sahaja arahan. Paling besar JPY600. Kalau yang kecil tu JPY400

Aman sikit jalan tanpa mengheret beg besar. Terus ke Shibuya Crossing. Lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia. Baru saya tau kenapa sibuk sebab ada 4 atau 5 arah yang berbeza. Lagipun kebanyakannya baru keluar daripada subway. Apabila lampu pejalan kaki bertukar hijau, kesemua arah tu jalan beriringan. Pemandangan yang lebih jelas boleh dilihat dari tingkap Starbuck Coffee tingkat atas. Eh kena la beli secawan ya.  

Cuaca sejuk, sedap minum kopi panas.

Masa ni tak ramai sangat sebab hujan pun. Saya ada di situ dengan payung kotak-kotak hehe.

Tarikan di stesen ini juga tugu Hachiko. Kisah anjing yang bernama Hachiko yang menunggu tuannya tak pulang-pulang. Lambang kesetiaan. Kebiasaannya memang Hachiko selalu menghantar tuannya seorang profesor pergi kerja dan menjemputnya bila dia balik. Namun tuannya meninggal dunia secara tiba-tiba tapi dia masih menunggu lagi.

Hachiko di exit Hachiko Gate stesen Shibuya.

Melalui buku panduan Tokyo Handy Guide kami mencari tempat menarik yang terdapat di stesen terdekat. Kami ke stesen Ueno. Ketika hendak bertanya arah di kaunter informasi, disapa lelaki yang tengah sorong stroller,“Nak pergi mana, kak?” Hehe..ada pula orang Malaysia. Dia mencadangkan pergi ke taman, cantik ada panda, ada tasik, ada zoo juga di area tu.  

Ternampak Hard Rock Café Ueno, wah wah wah, sekumpulan orang Malaysia sedang membeli-belah. Kami join sekali.  Err sebenarnya saya tumpang toilet HRC je hehe..bukan seorang pengumpul barang HRC tetapi kalau orang bagi hadiah, best best.

Barang-barang bukan sahaja dijual di laluan ni, tapi ada macam arked di bahagian dalamnya. 

Seterusnya melawat Ameyokocho. Lebih kurang Petaling Street. Macam-macam yang dijual, dari baju ke kosmetik, makanan laut, buah-buahan. Rambang mata tengok tapi memikirkan baru hari pertama, tak nak belanja Yen pada yang bukan-bukan lagi. Jangankan tak membeli, beli buah strawberi  3 biji yang dicucuk lidi JPY 200. Kalau cicah coklat JPY 300. Buah pisang kaki 8 biji dekat RM80. Tembikai 1 biji hampir RM40. Wau! Seronok tengok sotong dia, corak menarik. 

JPY 1000 lebih kurang RM40. Pilih yang rasa berbaloi ya.

Sale Krimas. Jangan lupa, sesetengah barang ada tax juga. 

Segar-segar

Segala mak nenek hasil laut ada di sini Tu yang corak-corak batik tu sotong rasanya, lawa, kan.

Strawberi Jepun, strawberi Cameron Highland sama je..udah namanya strawberi gitulah rasanya.

Ueno Park dekat je di situ. Mula-mula nampak signboardnya tapi kemudian semuanya tulisan Jepun.  Berpandukan stroke character tulisan tu, bandingkan dengan apa yang ada di buku panduan. Hah nasib baik bijak juga..hehe. Pokok berwarna merah, kuning, keemasan yang berselang seli dengan hijau memang memukau. Matlamat memang nak tengok musim luruh kan, swafoto (selfie) 1,2,3. Kawasan taman memang luas, tidak berdaya nak pusing semua, hanya di pinggiran sahaja. Lunch makan kebab kentang 700 yen di kedai Ameyokocho. Free air teh.

Belajar tentang tumbuhan di musim luruh, indahnya ciptaan Tuhan,kan? Pelbagai warna pokok untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi-Nya. Menceriakan hati, Nikmat yang mana lagi hendak kau dustakan?

Sisa-sisa cherry blossom. 

Tak taruh nama setiap pokok tu, jadi tengok warna-warni sahajalah.
Daun berguguran

Ni baru betul namanya teratai layu di tasik madu.. hehe.

Di kedai sebelah  katanya ada nasi goreng. Haish udah datang jauh ke Jepun takkan makan nasi goreng juga, kan.


Kebab daging, campur kentang lenyek. Boleh tambah cheese kalau nak. Tambah duit lagi la.

Perjalanan diteruskan ke Akihabara. Syurga bagi peminat anime, banyak kedainya. Orang yang minat ni mau gila gamaknya bila masuk di setiap kedai. Banyak café juga di kawasan ni, Gundam Café, Maid Café dan macam-macam lagi. Turut menjadi tumpuan kerana banyak kedai elektrik/gajet/teknologi dan yang seumpamanya.

Kedai cheese tart Pablo. Berbaris orang membelinya. Dah ada dibuka di 1Utama, Damansara, Malaysia.  Yang ni terletak di luar Stesen Akihabara. Exit yang mana, lupa dah.


Jalan-jalan di sini, ada banyak kedai yang boleh beli sourvenir berlambangkan Jepun. 

Gundam (anime) Cafe dan AKB48 (Jpop Group)Cafe 

Cafe tu terletak di exit subway yang ni. Untuk Pablo Cheese Tart tadi, exit yang bertentangan dengan ni.

Tuesday, December 13, 2016

Jepun 30 Nov - 6 Dis (Bahagian 1)

Hello Tokyoooo!

Di kala negara kita mengalami musim tengkujuh, melarikan diri sejenak menyaksikan musim luruh di negara orang. Terima kasih Yang kerana merealisasikannya. Travel ini bukan ala backpackers, rebeh (berat) juga membawa bagasi seberat 11kg. Itinerary sendiri, walaupun berterabur tapi jelas matlamatnya, untuk melihat suasana musim luruh. Ke mana kita ni? Ke taman-tamanlah sasarannya.

Autumn foliage


Menaiki kapal terbang Jepun, ANA terasa macam kepunyaan sendiri kerana layanan lebih lagi dari menaiki MAS. Ha jangan marah ya MAS, kemesraannya jelas terasa. Flight 2.15 petang, sedang elok waktu berlepas sebab sempat solat di KLIA dahulu.  Bantal dan selimut telah tersedia di kerusi. TV sorang satu, penerangan tentang keselamatan ada sarikata BM. Scroll menu tengok cerita yang menarik, eh ada Ola Bola juga. Satu-satunya cerita Melayu yang tersenarai. Oleh kerana mood pun udah ke Jepun apalagi pilih filem Jepun dan dokumentari Jepun. Menarik. 
ANA tunggu kami datang.
Pramugari menghulur sebotol air mineral, dan rice crackers  dengan campuran seaweed sebagai snek. Halal ya tulis dekat bungkusan tu. Oishii. Sepanjang masa boleh minta air atau jus dari pramugari.
Tisu recycle bersama campuran daun teh.

Rangup...layan masa tengok drama

Hidangan berat diberi pilihan menu ikan atau ayam. Tercatat di situ Halal Certified. Hidangan sama macam masa naik MAS balik dari Osaka sebelum ni.  Alhamdulillah kenyang.  Mi/Soba ada sos wasabi, tersilap taruh banyak, pedas sampai ke kepala dibuatnya..haha. 
Enak sungguh


Kebiasaanya malas nak pergi toilet masa dalam kapal terbang, kan tak ada air, tapi terpaksa juga melepaskan hajat. Mungkin ramai yang menggunakan cara mudah untuk cuci dengan menggunakan wet tissue. Di dalam rancangan Ustaz Don tentang  mencuci najis bagi bayi, diterangkan perlu dilalui dengan air terlebih dahulu. Kiranya penggunaan wet tissue semata masih dikira menakung najis. Jadi konsepnya sama. Tatkala nak ambil cawan kertas yang ada di sinki, ternampak simbol-simbol yang biasa dilihat di dinding. Oh bidet (mangkuk tandas yang ada air) rupanya. Wah first time dalam flight jumpa bidet. Yeay! Eh!
Panel bidet. Tekan ikut keperluan. Butang atas tu standard international untuk tanda stop. Boleh laraskan air nak kuat ke perlahan.

Oh satu lagi yang perak (excited)bab tingkap, tak perlu tarik penutupnya, ada suis yang tekan je dan ia akan bertukar warna dari terang ke gelap. Aha..kerusi dia pun (tang sandar kepala)boleh dilengkungkan jadi kalau tidur idaklah terlentuk ke bahu orang sebelah, masih terlentuk dalam kawasan sendiri..hehe macam budak-budak baru dapat mainan baru. Explore.

Hidangan akhir yang disediakan sandwic tuna. Oleh kerana masih kenyang, simpan untuk sarapan esok. Kami selamat mendarat 10.05 malam. Terus ke kaunter imigresen. Tiba-tiba kena reject woo.. alamat yang diletak tak lengkap. Sewa Airbnb, memang gitu alamat yang diberi.  Dup dap dup dap dibuatnya. Mencari kakak sebab dia pun tulis alamat macam tu juga. Eh cari cari tak jumpa, rupanya dia dah lepas. Siap petugas tu tulis dalam BM, Di mana?. Akhirnya tambah  Apartment dan dia suruh pergi kaunter lain. Alhamdulillah lepas. Fuh!

Seterusnya ke kaunter informasi untuk tanya prayer room. Ya di Haneda, prayer room terletak di tingkat 3F(Departure Floor) di penjuru bangunan. Turut tercatat di dalam peta. Nak masuk kena intercom dahulu minta kebenaran baru pintu akan dibuka. Tempat wuduk disediakan. Bagi yang menggunakan bilik ini sila patuhi arahan yang ditetapkan. Jangan berlama-lama pula nak duduk di sini sebab nampak ada je security jenguk-jenguk dalam ni. Jaga nama sebagai seorang Muslim ya.

Penginapan hanya sewa untuk keesokan harinya dan lepas pukul 4 baru boleh check in. Jadi malam ni tidur di airport sahaja.  Sementara nak tunggu waktu tidur kita rayau-rayau dulu di sini. Mula-mula pergi ke kaunter informasi untuk beli kad subway. Kad Pasmo (macam touch n go) bernilai JPY 3000, JPY 500  deposit jadi dalam kad bernilai JPY 2500( JPY 1000 lebih kurang RM40). Boleh top up kad ni ikut keperluan. 
Boleh tengok jenis-jenis kapal terbang. Yang mula-mula sekali tu, Air Asia. Ikut abjad

TV interaktif sambil kita tengok kapal terbang kat luar tu, jadi kita boleh tengok logo yang mewakilinya. 

Hello Tokyo.
Di tingkat 5 ada observation deck. Boleh meninjau kawasan luar bangunan dan dengan jelas nampak nama Tokyo International Airport.  Ada tv interaktif  dan boleh belajar tentang logo-logo kapal terbang yang ada di situ, peralatan yang ada di lapangan terbang serta bangunan yang ada di sekitar airport.  Di tingkat 4 dan 5 ini ada kedai-kedai mengikut tema Edo Market Place, Tokyo Pop Town, Hot Zone, Cool  Zone tapi semuanya dah tutup. 

Setelah habis melawat, mak ai bersepah orang tidur di setiap kawasan yang ada kerusi. Amboi-amboi favourite spot pun dah habis dicop orang. Akhirnya setelah berpusing-pusing jumpa juga sebaris kerusi yang kosong. Berlapikkan bantal lena juga tidur. Ha macam gelandangan je kan, tapi semua orang  pun sama. Travel bajet ginilah rupanya. Ada je hotel kat situ. Kalau yang nak selesa, silakan.

Tip tidur di Airport.

Subuh pukul 4.45 pagi (Jepun awal satu jam daripada Malaysia). Ha senang je, bilik air dekat, surau pun dekat. Buat macam rumah sendiri pulak. Hehe. Mengisi perut dengan sandwic yang dapat semalam. Masa di tandas, terjumpa seorang Jepun ni tanya, “Where are you come from.” “Malaysia”. “Beautiful” sambil pegang baju. Perasan sekejap, oh rupanya dia puji baju cantik. Corak sular bayung/ sulur buyung. Bangga juga baju RM25 je beli kat pasar Karai. 

Monday, November 28, 2016

Aplikasi 5S dalam beg tangan wanita

5S merupakan satu amalan budaya dalam masyarakat Jepun. Ia mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1986 dan telah diamalkan dengan jayanya di sana. Amalan ini kemudiannya dipratikkan di Malaysia, Thailand, Korea, China, India, Indonesia, Sri Lanka, Rusia, Hungary, Poland, Bulgaria, Columbia, Uruguay, Brazil, Costa Rica dan Mexico. 5S ialah singkatan kepada perkataan Jepun iatu Seiri-Sisih, Seiton-Susun, Seiso-Sapu, Seiketsu-Seragam dan Shitsuke-Sentiasa Amal. Amalan 5S merupakan asas kepada peningkatan kualiti dan produktiviti secara berterusan.

Dipetik daripada artikel Aplikasi 5S dalam persekitaran koperasi. Majalah Dimensi Koop, April 2015, terbitan Maktab Koperasi Malaysia.

Kisahnya, saya menyertai kursus koperasi dan diterangkan 5S ni. Penceramah tu secara seloroh, apa kata kita buat 5S dalam beg tangan wanita? Mesti banyak yang kena sisih. Hehe. Seperti ramai yang sedia maklum beg tangan wanita  magic, macam-macam ada. Lebih-lebih lagi kalau yang mak-mak tu, botol susu, lampin, jajan semua ada.

Teringat lagi  masa di U, waktu exam. Kebanyakan budak lelaki lenggang kangkung. Bawak pen sebatang je selit kat poket. Bersedia betul mereka tu. Kalau yang perempuan, siap bawa buku konon sempat nak study sebelum masuk dewan.


Saya taklah gegirl sangat dengan beg tangan berjenama dan isi make up tapi memang macam-macam jugalah dalam beg tu. Ikut keperluan. Kalau kenduri lain isinya, kalau perjalanan jauh lain isinya, kalau perjalanan dekat pun lain isinya. 
Barang utama dalam hand bag untuk perjalanan jauh.

1.Purse. Of course.

2.Telefon. Of course.

3.Botol air. Kalau perjalanan jauh memang perlu. Masa pi kenduri pun memang selalu bawa. Botol air bukan sahaja menghilangkan dahaga tetapi penyelamat ketika dalam toilet. Pernah berpengalaman masa pergi toilet, air tiada. So mana nak cari air lagi kan. Cuba bayangkan kalau kita bawa air oren dalam beg. Ha.. kalau darurat boleh je kan.

4.Payung. Memang sentiasa dalam beg. Peneman ke mana sahaja waima ke luar negara. Payung beli tahun 97/98 lagi. Tahan lagi tau. Cuma koyak sikit-sikit tapi saya jahit semula. Mana nak cari payung kecil yang muat beg tapi tahan lama macam ni. Payung yang memalukan diri, bila angin bertiup kuat, payungnya naik ke atas. Hehe. Setakat ni, payung ni tak buat perangai begitu. Penting tau payung ni sebab bila hujan tiba-tiba kita boleh cat walk sahaja, tak macam sesetengah orang yang terpaksa berlari-larian mencari perlindungan. 
Di Turki, masa tu hujan. Saya seorang sahaja yang turun sebab ada payung. Yang lain duduk dalam bas tunggu hujan reda. Ha kan dah rugi tu. Di Universal Studio Jepun pun hujan, banyak baju hujan yang laku dijual. Jimat belanja,sebab ada payung. Di Batam, hujan tiba-tiba masa melawat, Mini Indonesia. Mujur ada payung, jadi masih boleh melawat dengan tenang, Ada orang yang terus berlindung dalam rumah kecil ni..aduhai. Spoil betul. Orang nak bergambar, dia pulak duk situ. Nak dihalau macam tak patut la pula. Jadi, bawalah payung.


5.Buku nota dan pen. Walaupun zaman telefon pintar yang boleh memuatkan semuanya di dalam telefon tapi saya tetap cara dulu. Kadang tak guna pun buku nota tu, tapi saja je spare. Kecil je pun.

6.Beg kecil. Yang ni memang bawa untuk taruh tiket, touch n go dengan duit kecil. Senang letak dalam poket seluar, jadi tak perlu bawa keluar beg besar.

7. Buku bacaan. Hanya untuk perjalanan jauh yang saya jadi penumpangnya. Sama ada ketika naik bas, kereta api atau kapal terbang. Kalau saya yang memandunya, memang tak bawalah. Tiada masa nak baca.

8.Beg tambahan. Beg lipat berbentuk key chain ni beli semasa pergi Medan. Penyelamat ketika membeli barang hari Sabtu. Tiba-tiba baru teringat tiada plastik. Oh masa di dalam kapal terbang juga kalau kita dapat makanan tetapi kita tak nak makan masa tu, jadi boleh keluarkan beg ni untuk simpan sampai destinasi kita.

9.Beg Loreal ni sebenarnya untuk taruh gincu atau make up lain. Tapi ubah suai taruh ear phone. Dah siap ada cermin tu, so tak perlu cermin lain.

10.Keperluan wanita. Kadang tak sedar tarikh yang dijangka dan juga untuk hari-hari yang tenat. Kena spare ni.

11.Getah. Jangan pandang rendah dengan getah ni. Banyak kali juga jadi penyelamat. Macam ni. Haru betul, memang kasut ni dah lama. ‘Terendam’ dalam hujan lebat masa rombongan. Nasib baik dah perjalanan balik. Beli di Johor dan ajal pun di Johor. Sedih. Dua-dua belah pulak tu.  Biar kasut bergetah, janji masa jalan takdelah terngaga je. Buruk benor rupanya tu. 


12. Wet tissue. Biasa dibawa untuk perjalanan jauh.

13.Tisu. Kadang ada, kadang tiada. Ikut teringat nak beli.

Apa gunanya bawa beg besar tapi tiada benda bermanfaat yang diisi, kan?


Saturday, November 26, 2016

Mentaliti Jamban


Tajuk: Mentaliti Jamban

Penulis: Khairul Abdullah

Penerbit: Komrad Buku    Cetakan Pertama: Mac 2016

ISBN: 978-967-13700-4-9

Harga:RM 25.00 Semenanjung Malaysia  RM28.00 Sabah&Sarawak

M/s : 205 halaman

Komen:
Sekarang ni semua buku tajuknya macam-macam lebih-lebih lagi banyaknya penggunaan bahasa pasar atau slanga. Kalau ikut standard DBP kiranya memang tak lepaslah tapi dengan kebangkitan penerbit-penerbit baru/ underground (?) tajuk-tajuk sebegini  memang banyak di pasaran. Terjangkit pula dengan tajuk-tajuk drama tv atau filem. Maklumlah, ceritanya pun adaptasi daripada novel.

Dunia sekarang, serba pantas, serba mudah, semua pun cakap lepas, susah nak dengar ayat-ayat indah yang penuh jiwa sastera sebab dah terdedah dengan bahasa slanga sehari-harian. Itu pasallah kita pun tak boleh nak cipta simpulan bahasa atau peribahasa baru sebab semua pun nak cepat. Kalau dulu naik kereta api dekat 4/5 jam sampai. Sambil tengok pemandangan, menghayati, mulalah keluar bahasa sastera. Sekarang naik ETS, mata tertumpu dekat tv, telefon, dah tiada masa nak menghayati dunia luar. Sampai pun cepat. Semuanya macam terkejar-kejar kan? Letih
.
Mentaliti jamban, bahasa yang sering digunakan bila kita tidak puas hati tentang kelakuan seseorang itu. Ibarat otak di kepala lutut. Haish. Contoh, orang yang membuang sampah di tempat yang diletak tanda ‘Jangan Buang Sampah Di Sini’. Jika di rumah terbuka atau kenduri, semua jenis makanan pun diletak dalam pinggan, akhirnya tak larat nak makan dan dibiarkan. Tuan rumah terkulat-kulat tengok makanan yang  banyak terbuang sedangkan boleh je ambil sikit-sikit dahulu.  Mentaliti jamban namanya tu. Negara kita macam dah maju, tetapi mentalitinya tidak seiring.

Walaupun cover hadapan tidak ‘enak’ dipandang (adake letak gambar jamban ish ish ish) hehe tapi sebenarnya itu yang menarik perhatian. Ditambah pula dengan bukunya berwarna merah terang. Namun kandungannya bermanfaat. Sila baca supaya kita jangan bermentaliti jamban. Ya semua yang ditulis itu betul. Terasa juga nih.


Berjalanlah ke negara orang. Apa yang baik kita ikut. Jangan berjalan sahaja huhahuha tapi tiada pengisian. Setakat ni lawatan ke Jepun yang banyak boleh dipelajari.  Agaknya kena duduk lebih lama di Jepun supaya dapat mengubah mentaliti jamban ni hehe.

Thursday, November 17, 2016

Moh pergi Pekan Rabu balik hari je naik komuter.

Kalau pi Alor Star, tempat shopping untuk bawa balik buah tangan memang kena pi Pekan Rabulah sebab macam-macam ada kat situ. Sejak ada ETS, pergi Padang Besar pun balik hari je, tapi trip perjalanan tak banyak, dalam sehari dua atau tiga sahaja (kalau tak silap) tapi sejak ada komuter ni lebih banyak trip perjalanan. Sebelum ini komuter ke Utara hanya bermula dari Taiping, tetapi bermula dari 1 September 2016, dah ada di Padang Rengas. Kuala Kangsar-Padang Rengas hanya lebih kurang 15 minit sahaja, senang juga nak pergi.

Alhamdulillah, untungnya duduk di KK, walaupun kecil je tapi macam-macam ada tau. Urusan KWSP senang je 10 min je pergi, Tabung Haji, 10 min je pergi, nak pergi servis Proton, Perodua, 10 min juga pergi. Nak pergi beli barang kuih/borong 10 min je pergi. Nak buat IC, 10 min jugak nak pergi, nak pergi renew lesen JPJ, 10 min juga nak sampai pejabat pos tu. Kalau nak pergi pasar raya besar, boleh je ke Ipoh atau Taiping sebab kami di tengah-tengah kan. Kalau nak buat rawatan lanjutan di hospital besar pun kadang doktor tanya nak hospital Ipoh ke Taiping? Dalam setengah jam - 45 min je perjalanan. Cuba kalau duk KL tu, memang banyak pilihan tapi semua jauh-jauh,kan? 

Haha jangan marah ya promote habis KK.



Kekerapan komuter antara 1 hingga 2 jam. Sebenarnya saya belum cuba lagi, tapi ambil pak cik dan mak cik yang datang dari Alor Setar jadi tak boleh nak review lebih. Dari Alor Setar nak ke Kuala Kangsar, transit di Bukit Mertajam untuk tukar tren. Tambang untuk warga emas RM6 (ada sen lagi rasanya). Tiada lif, hanya tangga tapi kalau untuk warga emas boleh turun tempat yang untuk kerusi roda tu.

Ni, 49 anak tangga. Mak cik saya mengira. Masa tu tak tau boleh turun di tempat lain.

Tempoh perjalanan (termasuk menunggu di stesen transit) lebih kurang 3 jam. Komuter tiada tandas dan kantin. Waktu perjalanan boleh rujuk di ktm.

Kalau dari stesen Alor Star nak ke Pekan Rabu tu, kenalah naik teksi sebab stesennya memang macam tersorok sikit, bukan di jalan utama.  Tu je yang masalah problemnya hehe. Jadi kena bersedia untuk tambang yang tak ikut meter. Sila tanya dulu ya supaya tak terkejut nanti.