Wednesday, May 1, 2013

Makan-makan di Turkiye




Kiz Kulesi, restoran di rumah api di Selat Bosphorus. Lasagna bayam, nasi ayam dan kek di dalamnya ada buah oren.



Dihidangkan dengan makanan jenis 4 course meal, ada salad dan sup, spageti atau lasagna, nasi dan akhirnya dessert. Masalahnya pelayannya cepat benor nak mengangkat pinggan. Makan roti separuh dan saja tinggalkan sebab nak makan nasi dulu. Nampak pelayan datang dari depan nak angkat pinggan, sekali pelayan dari belakang pula mengangkat roti yang tak abis makan tu. Roti tu sedap, nak makan lagi sekali dah diangkatnya. Tak sempat nak beritahu.
 

Di Bursa, sup ayam, nasi dan daging. Yang macam lembik-lembik tu ingatkan kentang putar pada mulanya tapi rupa-rupanya terung. Sedap betul, tak tahulah macam mana dia buat, ada rasa macam keju juga.

Uranos Sari Kaya, restoran bawah tanah. Special di sini poetry kebab. Masak berjam-jam daging dan terung tu. Rasa macam daging kurma dan terasa minyak sapi. Sedap. Sambil tu ada pemuzik yang datang mainkan lagu. Sekali dia mainkan lagu Ali Baba, teringat Ali Baba Bujang Lapok daa!

Buah zaitun

Pelbagai keju.

Special ni madu asli. Taruh madu dalam kulit tart tu pastu tambah apa-apa lagi. Tapi kalau makan macam tu saja pun dah sedap.

Makan kebab di Grand Bazaar. Mula-mula nak minum je, tapi dia suruh test daging kebab. Sedap la pulak, tak pasal-pasal terbeli.

Tak ingat kat mana tapi perjalanan dari Bursa ke Kusadasi. Berhenti untuk toilet stop. Sedap. Macam roti canai tapi ditaruh mentega dan madu.

Kat hotel memang biasa ada sup. Tak sangka bestnya sup tomato. Sebelum ini pernah makan sup yang dalam tin tu. Tak sedap langsung dan terus tak beli dah. Tapi sekarang dah berubah pandangan. Kalau makan ni selalu mau licin kulit muka ni. Tambah chilli flakes supaya pedas sikit.

Dari Pamukkale menuju ke Konya ada satu tempat tu banyak ditanam poppy seed. Tapi pemandu pelancongnya dah ingatkan, jangan salah anggap ini bukan untuk tujuan haram tetapi untuk perubatan dan kerajaan memang bagi galakan untuk penduduk di kawasan sini menanam poppy seed. Yogurt campur madu dan di atasnya ditabur poppy seed. Kacau rata-rata. Sedap. Naik je bas, derang semua cakap, habislah semua orang ‘high’ nanti sebab semua makan ganja. Hehe. Rasanya kalau buat kat Malaysia  tak sedap  kot sebab yogurt dia berbeza, yang ni macam pekat je.

Kebab ayam, sedap.

Baklava. Memang tahu manis selama ni tapi ya ampun, manis sesangat. Nasib baik portion kecil.

Di Ankara makan ikan. Sedap juga walaupun nampak macam goreng biasa je. Tapi ada satu tempat tu lagi sedap ikannya. Ikan panggang. Tak pernahlah rasa macam tu dekat Malaysia. Tak sempat ambil gambar. Saya bukan jenis suka makan ikan sangat tapi  ikan kat restoran tu seekor pun tak cukup. Orang lain pun kata best

Tulis kopi tapi bila buka paipnya keluar air masak je. Tengok kiri kanan takde orang nak tanya. Terus ambil teh dengan gula peket kat tepi tu. Sekali bila nampak orang dekat tempat ni, tengok camne dia buat, oh like that, terus minta dia ajar. Rupa-rupanya ambil teko kat atas tu pastu baru masuk air panas tadi. Hehehe ingat benda tu hiasan. Jangan lupa ambil gula.

Kesimpulannya, hari ke-3 timbang dah naik 3 kilo, camne tuh. Kenapalah ada penimbang dalam bilik hotel ni??? Makanan semua sedaplah katakan tapi makan pagi takde yang berat macam kita, mi, mihun, nasi lemak semuanya ala-ala western, kentang goreng, salad, telur rebus, bla bla bla. Makanan tak pedas langsung, tak berminyak atau goreng-goreng macam kita tapi keju sesaja, tang situlah pulak lemaknya. Sebenarnya boleh je makan salad, yogurt dan buah-buahan sebab banyak kat situ tapi dah ada spageti, lasagna..my favourite mana bleh nak tolak. Hehehe alasan. Ada chilli flakes kat hotel bolehlah menghilangkan rindu makanan pedas.

4 comments:

IdaShazana said...

pergi turki?.. bapak aku dah pergi 4 kali tau

zarina said...

hahaha aku tak sangka bapak ko begitu kelakar, aku percaya la sebab dia askar, mana la tau merata gak dia jalan.

IdaShazana said...

DIALAH MAHARAJALAWAK

Mummy Eda said...

Bestnya...teringin nak pegi..
Ntah bila boleh ke sini...

Related Posts with Thumbnails