Thursday, December 15, 2016

Jepun 30 Nov 2016 – 6 Disember 2016 (Bahagian 2)

Warna-warni Autumn

Perjalanan dari Haneda Airport melalui Keikyu Line ke Stesen Shinagawa. Dari stesen Shinagawa pula menuju ke stesen Shinjuku. Disambut dengan gerimis di awal pagi. Selesaikan dahulu masalah beg besar ni, takkan nak ngangkut ke hulu ke hilir. Mencari locker. Kebanyakan stesen subway di Jepun memang menyediakan kemudahan locker cuma saiz yang besar tu je mungkin susah nak cari. Ditegur seorang jejaka , “Can I help?” dia nampak kami macam lost kot sedangkan tengah nak cari locker.  “Indonesia?” “No, Malaysia.” Dia orang Jakarta, dan ingat kami dari sana juga.   Seronok tu dia ingat boleh jumpa orang kampung. “Sightseeing?” “Yup.” Dia kerja di sini. Akhiri perbualan dengan terima kasih. Lama baru dia jawab, sama-sama.  Haha lupa la tu nak reply macam mana sebab dia cakap BI je dari awal.

Seterusnya bertukar ke stesen Shibuya. Siap google lokasi tapi tak jumpa tempat yang dikatakan tu. Dahlah nak bersaing dengan kesesakan orang ramai. Nak pergi dari kiri ke kanan pun payah tau. Mentang-mentanglah derang ada shinkansen (bullet train). Orangnya pun jalan macam shinkansen. Laju bukan main. Menderu-deru pula tu.  Akhirnya ke Shibuya 109, ada locker ditingkat bawah sekali. Jalannya memang bersambung dengan subway juga. Bayaran JPY 600 boleh bayar dengan kad Pasmo.
Gini rupa lockernya. Tukar sahaja bahasa kepada English dan ikut sahaja arahan. Paling besar JPY600. Kalau yang kecil tu JPY400

Aman sikit jalan tanpa mengheret beg besar. Terus ke Shibuya Crossing. Lintasan pejalan kaki paling sibuk di dunia. Baru saya tau kenapa sibuk sebab ada 4 atau 5 arah yang berbeza. Lagipun kebanyakannya baru keluar daripada subway. Apabila lampu pejalan kaki bertukar hijau, kesemua arah tu jalan beriringan. Pemandangan yang lebih jelas boleh dilihat dari tingkap Starbuck Coffee tingkat atas. Eh kena la beli secawan ya.  

Cuaca sejuk, sedap minum kopi panas.

Masa ni tak ramai sangat sebab hujan pun. Saya ada di situ dengan payung kotak-kotak hehe.

Tarikan di stesen ini juga tugu Hachiko. Kisah anjing yang bernama Hachiko yang menunggu tuannya tak pulang-pulang. Lambang kesetiaan. Kebiasaannya memang Hachiko selalu menghantar tuannya seorang profesor pergi kerja dan menjemputnya bila dia balik. Namun tuannya meninggal dunia secara tiba-tiba tapi dia masih menunggu lagi.

Hachiko di exit Hachiko Gate stesen Shibuya.

Melalui buku panduan Tokyo Handy Guide kami mencari tempat menarik yang terdapat di stesen terdekat. Kami ke stesen Ueno. Ketika hendak bertanya arah di kaunter informasi, disapa lelaki yang tengah sorong stroller,“Nak pergi mana, kak?” Hehe..ada pula orang Malaysia. Dia mencadangkan pergi ke taman, cantik ada panda, ada tasik, ada zoo juga di area tu.  

Ternampak Hard Rock Café Ueno, wah wah wah, sekumpulan orang Malaysia sedang membeli-belah. Kami join sekali.  Err sebenarnya saya tumpang toilet HRC je hehe..bukan seorang pengumpul barang HRC tetapi kalau orang bagi hadiah, best best.

Barang-barang bukan sahaja dijual di laluan ni, tapi ada macam arked di bahagian dalamnya. 

Seterusnya melawat Ameyokocho. Lebih kurang Petaling Street. Macam-macam yang dijual, dari baju ke kosmetik, makanan laut, buah-buahan. Rambang mata tengok tapi memikirkan baru hari pertama, tak nak belanja Yen pada yang bukan-bukan lagi. Jangankan tak membeli, beli buah strawberi  3 biji yang dicucuk lidi JPY 200. Kalau cicah coklat JPY 300. Buah pisang kaki 8 biji dekat RM80. Tembikai 1 biji hampir RM40. Wau! Seronok tengok sotong dia, corak menarik. 

JPY 1000 lebih kurang RM40. Pilih yang rasa berbaloi ya.

Sale Krimas. Jangan lupa, sesetengah barang ada tax juga. 

Segar-segar

Segala mak nenek hasil laut ada di sini Tu yang corak-corak batik tu sotong rasanya, lawa, kan.

Strawberi Jepun, strawberi Cameron Highland sama je..udah namanya strawberi gitulah rasanya.

Ueno Park dekat je di situ. Mula-mula nampak signboardnya tapi kemudian semuanya tulisan Jepun.  Berpandukan stroke character tulisan tu, bandingkan dengan apa yang ada di buku panduan. Hah nasib baik bijak juga..hehe. Pokok berwarna merah, kuning, keemasan yang berselang seli dengan hijau memang memukau. Matlamat memang nak tengok musim luruh kan, swafoto (selfie) 1,2,3. Kawasan taman memang luas, tidak berdaya nak pusing semua, hanya di pinggiran sahaja. Lunch makan kebab kentang 700 yen di kedai Ameyokocho. Free air teh.

Belajar tentang tumbuhan di musim luruh, indahnya ciptaan Tuhan,kan? Pelbagai warna pokok untuk kita mensyukuri nikmat yang diberi-Nya. Menceriakan hati, Nikmat yang mana lagi hendak kau dustakan?

Sisa-sisa cherry blossom. 

Tak taruh nama setiap pokok tu, jadi tengok warna-warni sahajalah.
Daun berguguran

Ni baru betul namanya teratai layu di tasik madu.. hehe.

Di kedai sebelah  katanya ada nasi goreng. Haish udah datang jauh ke Jepun takkan makan nasi goreng juga, kan.


Kebab daging, campur kentang lenyek. Boleh tambah cheese kalau nak. Tambah duit lagi la.

Perjalanan diteruskan ke Akihabara. Syurga bagi peminat anime, banyak kedainya. Orang yang minat ni mau gila gamaknya bila masuk di setiap kedai. Banyak café juga di kawasan ni, Gundam Café, Maid Café dan macam-macam lagi. Turut menjadi tumpuan kerana banyak kedai elektrik/gajet/teknologi dan yang seumpamanya.

Kedai cheese tart Pablo. Berbaris orang membelinya. Dah ada dibuka di 1Utama, Damansara, Malaysia.  Yang ni terletak di luar Stesen Akihabara. Exit yang mana, lupa dah.


Jalan-jalan di sini, ada banyak kedai yang boleh beli sourvenir berlambangkan Jepun. 

Gundam (anime) Cafe dan AKB48 (Jpop Group)Cafe 

Cafe tu terletak di exit subway yang ni. Untuk Pablo Cheese Tart tadi, exit yang bertentangan dengan ni.

No comments:

Terminal bersepadu

Terminal bersepadu seperti KL Sentral atau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memudahkan orang ramai mengunakan pengangkutan awam yang  menya...