Tugas ketua editor itu susah (erk ya ke? ) kerana kena tentukan apa yang sesuai untuk diletakkan di muka hadapan sebagai tarikan yang akan melariskan akhbar. Tapi tindakan UM yang meletakkan isu ini sebagai muka hadapan, dengan gambar yang besar, berwarna dan jelas adalah sangat-sangat tidak bijak yang boleh diklasifikasikan sebagai 18sx. Sensasi adalah untuk majalah picisan dan bukannya akhbar perdana yang menggunakan slogan pemangkin fikiran rakyat.
Kita nak galakkan masyarakat membaca tapi takkanlah kita nak bagi budak-budak sekolah baca ni. Nak letak dalam library lagi. Kesian pada mak bapak yang nak kena explain kat anak-anak nanti. Saya baca Utusan tiap-tiap hari, tapi kalau dah salah takkan nak sokong gak, kan.
Ketua editor sila ambil perhatian ya.
3 comments:
baru le rakyat m'sia suka baca paper
kami yg keje kat utusan pun kadang2tak setuju dgn meja pengarang...
BSB: beritahu derang kalau nak letak pun, letak le belakang2 tak payah la nak jadikan tajuk utama
Post a Comment