Tajuk:
Bukan Sekadar Resipi
Penulis:
Roza Roslan
Penerbit:
Galeri Ilmu Sdn Bhd, Petaling Jaya.
Cetakan Pertama 2012
ISBN:
978-983-097-352-4
Harga:RM35
(Semenanjung Malaysia), RM37 (Sabah/Sarawak)
Sinopsis:
Bukan Sekadar Resipi adalah kisah
perjalanan lebih empat dekad menikmati pelbagai resipi yang sebahagiannya
merupakan resipi keluarga sejak turun-temurun. Manakala sebahagiannya lagi
adalah resipi yang beliau kutip sepanjang meniti denai kehidupan.
Komen:
Lihat tajuk sahaja dah tahu ini bukan buku resipi biasa tapi ada cerita di sebaliknya.
Tak perlu tengok isi terus berminat nak
beli. Memang menarik kerana penulis mengajak pembaca melihat setiap kejadian
dengan mata hati. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan agar manusia berfikir
sejenak tentang kekuasaan-Nya melalui makanan yang dimakan oleh mereka.
Merupakan satu-satunya buku yang berpesan di awalnya membaca kalimah Bismillah.
Kemudian bersalawatlah kepada Rasullullah s.aw dan berdoalah kepada
kesejahteraan ibu bapa, guru, kaum keluarga serta Muslimin dan Muslimat. Semoga
mendapat keredhaan-Nya.
Tapi
prakatanya panjang sangat sampai 30 muka surat baru dapat baca isinya. Rasanya
untuk buku yang kedua nanti (dengar
cerita dalam pembikinan) setiap orang komen yang ringkas-ringkas sahaja. Harga buku turut dipengaruhi ketebalan buku
juga, kan? Buku ni beli masa Pesta Buku, jadi harganya RM29.50.
Saya
pun ada cerita tersendiri di sebalik makanan, agaknya ada tak orang nak panggil
menulis, hehe. Tapi kalau tengok pada buku ni, di awalnya banyak cerita tentang
makanan di kampung. Walaupun saya membesar di kampung tapi tak ingat pun pasal
lauk-lauk kampung ni. Masa kecil yang saya ingat, bapak beli pi-zza h-ut bawa
balik rumah. Kalau pergi Ipoh mesti
makan pizza yang kat parkson. Sekarang
parkson pun dah tak da. Pizza ada lagi
tapi dah pindah ke hujung bangunan. Paling ingat 7552525. Jingle yang berkesan, sampai ke tua
ingat lagi.
Kisah
KFC pula, dulu masih pakai sudu, garpu dan pisau yang betul, bukan yang plastik
tu. Kat sini selalu jadi tempat lepak budak-budak sekolah, maklumlah baru buka.
Kisahnya, kawan ni makan ayam dengan pisau garpu tapi terpelanting bawah meja. Masa tu pula budak-budak lelaki dari sekolah
pandai ni ada. Lagilah malu. Kalau budak lelaki sekolah biasa tak heran sangat.
Hahaha gatal. Rasanya kawan tu ambil balik ayam yang jatuh tu. Saya tiada di
tempat kejadian, orang lain punya kenangan. Kelakar bila dengar kawan tu
bercerita.
Masa
sekolah rendah saya tak suka makan sayur. Setiap kali nampak sayur bercampur
dengan makanan lain mesti asingkan. Tapi mak lagi bijak, buat inti karipap dan
belotok campur karot potong dadu. Makanan kegemaran tu. Nak tak nak, makan juga
sebab tak nampak intinya. Buat kek siap topping coklat lagi. Rupa-rupanya kek karot. Tipah tertipu!
Masa
duduk rumah sewa, rajin juga tidur rumah kawan yang lain. Masa ni baru rajin
nak masak sebab tengok kawan-kawan masak senang sahaja. Ada sekali tu, kawan
masak tempe goreng. Masa nak buat sambal kicap tu, ingat nak tolong tumbuk
cilinya. Rupa-rupanya kawan ni memang tak pakai lesung batu, dia tumbuk pakai
hammer yang dibalut plastik. Kalau kat rumah sendiri mesti nak semuanya
lengkap, ada blender, lesung batu nanti makanan tak sedap tapi bila duduk rumah
sewa, tiada rotan akar pun berguna dan masakan pun sedap juga.
2 comments:
aku berada di tempat kejadian masa nize mengutip ayam tu. mungkin sebab tu tak de budak mc yg nk kat aku
dapat bayangkan kekalutan nize sampai sekarang :)
Post a Comment