Monday, June 4, 2012

Bukan Sekadar Resipi



Tajuk: Bukan Sekadar Resipi
Penulis: Roza Roslan
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd, Petaling Jaya.   Cetakan Pertama 2012
ISBN: 978-983-097-352-4
Harga:RM35 (Semenanjung Malaysia), RM37 (Sabah/Sarawak)

Sinopsis:  Bukan Sekadar Resipi adalah kisah perjalanan lebih empat dekad menikmati pelbagai resipi yang sebahagiannya merupakan resipi keluarga sejak turun-temurun. Manakala sebahagiannya lagi adalah resipi yang beliau kutip sepanjang meniti denai kehidupan.

Komen: Lihat tajuk sahaja dah tahu ini bukan buku resipi biasa tapi ada cerita di sebaliknya. Tak perlu tengok isi  terus berminat nak beli. Memang menarik kerana penulis mengajak pembaca melihat setiap kejadian dengan mata hati. Dalam al-Quran, Allah menjelaskan agar manusia berfikir sejenak tentang kekuasaan-Nya melalui makanan yang dimakan oleh mereka. Merupakan satu-satunya buku yang berpesan di awalnya membaca kalimah Bismillah. Kemudian bersalawatlah kepada Rasullullah s.aw dan berdoalah kepada kesejahteraan ibu bapa, guru, kaum keluarga serta Muslimin dan Muslimat. Semoga mendapat keredhaan-Nya. 

Tapi prakatanya panjang sangat sampai 30 muka surat baru dapat baca isinya. Rasanya untuk buku yang kedua nanti  (dengar cerita dalam pembikinan) setiap orang komen yang ringkas-ringkas sahaja.  Harga buku turut dipengaruhi ketebalan buku juga, kan? Buku ni beli masa Pesta Buku, jadi harganya RM29.50.

Saya pun ada cerita tersendiri di sebalik makanan, agaknya ada tak orang nak panggil menulis, hehe. Tapi kalau tengok pada buku ni, di awalnya banyak cerita tentang makanan di kampung. Walaupun saya membesar di kampung tapi tak ingat pun pasal lauk-lauk kampung ni. Masa kecil yang saya ingat, bapak beli pi-zza h-ut bawa balik rumah. Kalau pergi  Ipoh mesti makan pizza yang kat parkson.  Sekarang parkson pun dah tak da. Pizza ada lagi tapi dah pindah ke hujung bangunan. Paling ingat 7552525. Jingle yang berkesan, sampai ke tua ingat lagi.

Kisah KFC pula, dulu masih pakai sudu, garpu dan pisau yang betul, bukan yang plastik tu. Kat sini selalu jadi tempat lepak budak-budak sekolah, maklumlah baru buka. Kisahnya, kawan ni makan ayam dengan pisau garpu tapi terpelanting bawah meja.  Masa tu pula budak-budak lelaki dari sekolah pandai ni ada. Lagilah malu. Kalau budak lelaki sekolah biasa tak heran sangat. Hahaha gatal. Rasanya kawan tu ambil balik ayam yang jatuh tu. Saya tiada di tempat kejadian, orang lain punya kenangan. Kelakar bila dengar kawan tu bercerita.

Masa sekolah rendah saya tak suka makan sayur. Setiap kali nampak sayur bercampur dengan makanan lain mesti asingkan. Tapi mak lagi bijak, buat inti karipap dan belotok campur karot potong dadu. Makanan kegemaran tu. Nak tak nak, makan juga sebab tak nampak intinya. Buat kek siap topping coklat lagi. Rupa-rupanya kek karot. Tipah tertipu!

Masa duduk rumah sewa, rajin juga tidur rumah kawan yang lain. Masa ni baru rajin nak masak sebab tengok kawan-kawan masak senang sahaja. Ada sekali tu, kawan masak tempe goreng. Masa nak buat sambal kicap tu, ingat nak tolong tumbuk cilinya. Rupa-rupanya kawan ni memang tak pakai lesung batu, dia tumbuk pakai hammer yang dibalut plastik. Kalau kat rumah sendiri mesti nak semuanya lengkap, ada blender, lesung batu nanti makanan tak sedap tapi bila duduk rumah sewa, tiada rotan akar pun berguna dan masakan pun sedap juga.

2 comments:

IdaShazana said...

aku berada di tempat kejadian masa nize mengutip ayam tu. mungkin sebab tu tak de budak mc yg nk kat aku

zarina said...

dapat bayangkan kekalutan nize sampai sekarang :)