Monday, February 18, 2013

Melbourne, Australia (8 Feb – 16 Feb 2013)

Adanya dunia internet tanpa sempadan membolehkan semua orang merancang perjalanan sendiri, Free Independent Traveller (FIT) ataupun pengembara bebas. Ikut pakej pelancongan memang mudah sebab tak payah fikir banyak, bayar sahaja tetapi FIT ini kena banyak buat rujukan dan kelebihannya kita boleh pilih mana nak pergi dan perlu ada seseorang yang senang akses dengan internet. 

Jalan-jalan di bandar dulu, walapun banyak pencakar langit tapi sini juga banyak taman-taman dan di sungai ni banyak orang berkayak

Menabung dengan kawan sejak 5 tahun sudah cuma tahun lepas sahaja direalisasikan bila ada promosi. Dengan Air Asia, everyone can fly! Dari pembacaan dan dengar-dengar orang cerita, di sana strict, sikit-sikit kena denda. Sebelum ini kalau ke mana-mana tak pernah baca imigresen negara tersebut.  Kali ni terpaksalah membacanya, tak boleh bawa barang tenusu, ubat-ubat tanpa preskripsi doktor, ubat herba dan banyak lagi.

Biasa pun untuk menjimatkan kos akan bawa mi segera, serunding masak sendiri, minuman 2 in 1, bam atau minyak angin. Memandangkan banyak benar larangan-larangan, buat keputusan beli makan kat sana je.  Seawal di LCCT lagi dah ketat pemeriksaannya selalu sekali je tapi untuk Australia, barang kabin kena check sekali lagi dan duduk di dalam bilik kaca yang hujung sekali.

Monumen ketika melalui Great Ocean Road
Dalam perjalanan pramugari dah edarkan arrival card dan disitulah kita kena isytiharkan barang apa yang dibawa, kena jawab setiap soalan dan tandakan di ruang yang disediakan jika kita tak pasti. Barang yang mungkin dilarang seperti ubat, steroid, porno, senjata? Daging, telur? Benih, kekacang, ubat tradisional? Adalah dalam 8-10 soalan rasanya.

Sampai je airport pun dah nampak setiap tempat pun ada tanda penalty, fine. Masa nak cop pasport, dengan muka serius “jadi beritahu saya barang apa yang dibawa?”,sebab saya tanda untuk ubat. Dahlah slang pekat, blur-blur juga di situ. Doctor prescription? Yes. Ok lepas. Rupanya ada lagi yang tunggu di depan nak tengok arrival card kita tu, tanya sekali lagi ada bawa tak barang bla bla bla bla. Lepas ambil beg, ada  2 orang lagi yang akan check arrival card kita tu. Pastu kita akan jalan di laluan macam zebra line, berbaris dalam 5 orang dan letak semua barang di tepi.  Konfius, nak check apa lagi pulak.  Anjing akan pusing barisan kita tu dan hidu, nasib baiklah anjing tu kecik je. Wah strict bukan main. Alhamdulillah lepas, katakanlah kalau kita menipu bawa makanan yang dilarang tapi tak declare dalam borang, confirm dah kena denda ni.
Thanks pada Along dan Zie yang banyak cari info

Best pergi pagi-pagi ke sini semuanya fresh.
Cantik sayur-sayurnya

Merancang ke Great Ocean Road(GOR) dan sewa kereta di sana, sama macam Malaysia je jadi senang sikit cuma jangan masuk bandar kerana sana ada hook turn sebab kereta berkongsi jalan raya dengan tram jadi kena hormat tram. Bagi laluan. Sepanjang laluan di tepi laut memang menakjubkan. Melihat koala dan penguin di Philip Island juga pengalaman yang menarik walaupun tidak dapat dipegang.


Tidak sangka akan shopping di Melbourne, sebenarnya nak cari majalah Australian patchwork je sekali bila jalan-jalan jumpa kedai buku ada promosi setengah harga tu dan barang-barang dapur. Apalagi, kalau kat Malaysia pun memang suka masuk kedai cam gitu, ini lagilah barang-barang terbaru. Mulalah nak beli benda-benda mengarut ni. Siap beli loyang mini cheese cake lagi. Aduh ntah buat ntah tidak. Beli sajalah nanti termimpi-mimpi pulak. Rela ikat perut makan sekali je. Sekali makan pun dah $6 (RM19). Belum campur lagi tambang nak pergi ke kedai yang murah tu.

Pemandangan yang menakjubkan

Nak balik Malaysia pun ketat juga. Mengikut pemahaman biasa bila dalam berkumpulan tu bolehlah kita tumpang beg yang terlebih berat. Misalnya kita dah ambil 20kg tapi bila terlebih tu bolehlah kongsi dengan kawan yang mungkin 13kg je. So kalau 3 orang tu bolehlah bawa dalam 60kg. Sekali masa nak check in tu dengar pramugari tu cakap 20kg je. Tak boleh kongsi dengan orang lain. Sampai orang tu terpaksa keluar barang dia dan masuk beg orang lain. Lama jugalah di situ nak selesaikan. Dup dap dup dap di dalam hati. Mana taknya beg dah beranak. Kalau kat Indon tu takpe la kalau kena bayar, ini Melbourne, paling tinggi tu.


Koala yang tidur sahaja
 
Fuh lega, 19kg nyaris-nyaris terlebih. Dengan beg kabin sekali ditimbangnya, itu pun nyaris jugak 6kg.Gila sangat membeli majalah itulah pasal. Kena isi departure card dan semasa nak lalu imigresen tiba-tiba orang depan kena tahan, baca something pastu check beg dan check badan dengan alat yang biasa tulah. Cuak juga dibuatnya. Rupa-rupanya random. Orang depan dan belakang saya yang kena. Alhamdullillah flight tak delay dan selamat tiba 20 minit awal dari yang dijangka.

Satu-satunya penguin yang jumpa. Yang lain dah turun cari makan.

Melbourne is all about variety – so whatever you interests, Melbourne has an attraction for you. Discover where you can go to learn more about Melbourne’s art and culture, history and sport – as, well as some great fun activities for families to enjoy.

4 comments:

Unknown said...

Salam. Kalau bawak mcm balm n panaldo tu kene doctor prescription jugak ke?

zarina said...

Salam.. maaf saya pun tak ingat dah..ubat saya mmg ada prescription doktor.. tapi kalau nak bawa paracetamol atau balm tu eloklah cari yang ada tulis inggeris ingredient nya

Unknown said...

Salam...
Boleh ker kalau kita bawa pil pil supplement cthnya vitamin2 ker...

zarina said...

Saya pergi dah lama, takut kalau saya beritahu ada perubahan pula. Sila semak website kastam sana, memang ada tulis apa yang boleh dibawa dan tak boleh dibawa.