Adanya dunia internet tanpa sempadan membolehkan semua orang
merancang perjalanan sendiri, Free Independent Traveller (FIT) ataupun
pengembara bebas. Ikut pakej pelancongan memang mudah sebab tak payah fikir
banyak, bayar sahaja tetapi FIT ini kena banyak buat rujukan dan kelebihannya
kita boleh pilih mana nak pergi dan perlu ada seseorang yang senang akses
dengan internet.
Jalan-jalan di bandar dulu, walapun banyak pencakar langit tapi sini juga banyak taman-taman dan di sungai ni banyak orang berkayak |
Menabung dengan kawan sejak 5 tahun sudah cuma tahun lepas
sahaja direalisasikan bila ada promosi. Dengan Air Asia, everyone can fly! Dari
pembacaan dan dengar-dengar orang cerita, di sana strict, sikit-sikit kena
denda. Sebelum ini kalau ke mana-mana tak pernah baca imigresen negara
tersebut. Kali ni terpaksalah
membacanya, tak boleh bawa barang tenusu, ubat-ubat tanpa preskripsi doktor,
ubat herba dan banyak lagi.
Biasa pun untuk menjimatkan kos akan bawa mi segera, serunding
masak sendiri, minuman 2 in 1, bam atau minyak angin. Memandangkan banyak benar
larangan-larangan, buat keputusan beli makan kat sana je. Seawal di LCCT lagi dah ketat pemeriksaannya
selalu sekali je tapi untuk Australia, barang kabin kena check sekali lagi dan
duduk di dalam bilik kaca yang hujung sekali.
Monumen ketika melalui Great Ocean Road |
Dalam perjalanan pramugari dah edarkan arrival card dan
disitulah kita kena isytiharkan barang apa yang dibawa, kena jawab setiap
soalan dan tandakan di ruang yang disediakan jika kita tak pasti. Barang yang
mungkin dilarang seperti ubat, steroid, porno, senjata? Daging, telur? Benih,
kekacang, ubat tradisional? Adalah dalam 8-10 soalan rasanya.
Sampai je airport pun dah nampak setiap tempat pun ada tanda
penalty, fine. Masa nak cop pasport, dengan muka serius “jadi beritahu saya
barang apa yang dibawa?”,sebab saya tanda untuk ubat. Dahlah slang pekat,
blur-blur juga di situ. Doctor prescription? Yes. Ok lepas. Rupanya ada lagi
yang tunggu di depan nak tengok arrival card kita tu, tanya sekali lagi ada
bawa tak barang bla bla bla bla. Lepas ambil beg, ada 2 orang lagi yang akan check arrival card
kita tu. Pastu kita akan jalan di laluan macam zebra line, berbaris dalam 5
orang dan letak semua barang di tepi.
Konfius, nak check apa lagi pulak.
Anjing akan pusing barisan kita tu dan hidu, nasib baiklah anjing tu
kecik je. Wah strict bukan main. Alhamdulillah lepas, katakanlah kalau kita
menipu bawa makanan yang dilarang tapi tak declare dalam borang, confirm dah
kena denda ni.
Thanks pada Along dan Zie yang banyak cari info |
Best pergi pagi-pagi ke sini semuanya fresh. |
Cantik sayur-sayurnya |
Merancang ke Great Ocean Road(GOR) dan sewa kereta di sana,
sama macam Malaysia je jadi senang sikit cuma jangan masuk bandar kerana sana
ada hook turn sebab kereta berkongsi jalan raya dengan tram jadi kena hormat
tram. Bagi laluan. Sepanjang laluan di tepi laut memang menakjubkan. Melihat
koala dan penguin di Philip Island juga pengalaman yang menarik walaupun tidak dapat
dipegang.
Tidak sangka akan shopping di Melbourne, sebenarnya nak cari
majalah Australian patchwork je sekali bila jalan-jalan jumpa kedai buku ada
promosi setengah harga tu dan barang-barang dapur. Apalagi, kalau kat Malaysia
pun memang suka masuk kedai cam gitu, ini lagilah barang-barang terbaru.
Mulalah nak beli benda-benda mengarut ni. Siap beli loyang mini cheese cake lagi.
Aduh ntah buat ntah tidak. Beli sajalah nanti termimpi-mimpi pulak. Rela ikat
perut makan sekali je. Sekali makan pun dah $6 (RM19). Belum campur lagi
tambang nak pergi ke kedai yang murah tu.
Pemandangan yang menakjubkan |
Nak balik Malaysia pun ketat juga. Mengikut pemahaman biasa
bila dalam berkumpulan tu bolehlah kita tumpang beg yang terlebih berat.
Misalnya kita dah ambil 20kg tapi bila terlebih tu bolehlah kongsi dengan kawan
yang mungkin 13kg je. So kalau 3 orang tu bolehlah bawa dalam 60kg. Sekali masa
nak check in tu dengar pramugari tu cakap 20kg je. Tak boleh kongsi dengan
orang lain. Sampai orang tu terpaksa keluar barang dia dan masuk beg orang
lain. Lama jugalah di situ nak selesaikan. Dup dap dup dap di dalam hati. Mana
taknya beg dah beranak. Kalau kat Indon tu takpe la kalau kena bayar, ini
Melbourne, paling tinggi tu.
Koala yang tidur sahaja |
Fuh lega, 19kg nyaris-nyaris terlebih. Dengan beg kabin
sekali ditimbangnya, itu pun nyaris jugak 6kg.Gila sangat membeli majalah
itulah pasal. Kena isi departure card dan semasa nak lalu imigresen tiba-tiba
orang depan kena tahan, baca something pastu check beg dan check badan dengan
alat yang biasa tulah. Cuak juga dibuatnya. Rupa-rupanya random. Orang depan
dan belakang saya yang kena. Alhamdullillah flight tak delay dan selamat tiba
20 minit awal dari yang dijangka.
Satu-satunya penguin yang jumpa. Yang lain dah turun cari makan. |
Melbourne is all about variety – so whatever you interests,
Melbourne has an attraction for you. Discover where you can go to learn more
about Melbourne’s art and culture, history and sport – as, well as some great
fun activities for families to enjoy.
4 comments:
Salam. Kalau bawak mcm balm n panaldo tu kene doctor prescription jugak ke?
Salam.. maaf saya pun tak ingat dah..ubat saya mmg ada prescription doktor.. tapi kalau nak bawa paracetamol atau balm tu eloklah cari yang ada tulis inggeris ingredient nya
Salam...
Boleh ker kalau kita bawa pil pil supplement cthnya vitamin2 ker...
Saya pergi dah lama, takut kalau saya beritahu ada perubahan pula. Sila semak website kastam sana, memang ada tulis apa yang boleh dibawa dan tak boleh dibawa.
Post a Comment