Baru-baru ni ke Langkawi ikut rombongan sekolah. Kem
motivasi yang sepatutnya disertai budak darjah 6 tapi disebabkan UPSR bocor dan
ganti dengan tarikh baru, jadinya tawaran terbuka untuk darjah 5. Kategori
sekolah kurang murid. Ada sekolah tu yang 7 orang je pelajarnya. Motivasi
berbentuk lawatan supaya terbuka minda apa yang ada di luar sana. Percuma, cuma
bawa duit poket sahaja untuk nak beli apa-apa.
Seronok bawa budak-budak yang tak pernah pergi jauh sebab nampak sangat
teruja bila jumpa benda baru. Belajar fasal geografi dan sejarah di sepanjang perjalanan.
Dipanggil Cikgu walaupun tidak bertauliah. Sebenarnya setiap orang boleh jadi
cikgu kerana tanpa sedar, dari sikap kita akan menjadi ikutan budak-budak ni.
Masa keluar U pernah ambil borang jadi cikgu, tak minat pun
tapi dah kawan ngajak. Masuk exam tapi tak dapat interview. 2nd time, ada ‘kabel besar’ dan
peluang lebih tinggi boleh dapat tapi aisy tak naklah karang kalau kita buat
perangai, memalukan orang yang rekomen kita pula. 3rd time
kawan-kawan ngajak lagi.. malas nak cuba sebab tak minat. Dengar cerita, kawan-kawan
yang minta tahun tu semuanya dapat. Happy untuk derang sebab memang nampak
ketokohan.
Merasa jadi cikgu sementara dalam rombongan ni.. best jugak.
Maklumlah sambil jalan-jalan. Kalau kerja, kena jaga budak-budak 54 orang ni
mahu tension dibuatnya.
Bersedia untuk naik feri |
Solat berjemaah menjadi acara wajib. Yang lelaki, masa
inilah diuji sama ada boleh azan atau tidak. Nak tunggu sukarela tak de, tapi
Alhamdulillah yang ‘dipaksa’ tu boleh azan dan ada yang merdu suaranya. Bakal
imam-imam muda. Kuliah subuh untuk memberi peringatan. Walaupun khas untuk
budak-budak, kita pun termotivasi sama. Nasihat yang boleh dijadikan pedoman.
Aktiviti pertama, Laman Padi – motivasi untuk merasa pengalaman susah payah sebagai pesawah
dan harapan boleh menjadi petani moden
dan menghargai beras yang merupakan makanan ruji.
Masa dalam feri derang tanya,
Cikgu! Cikgu! Kita ada mandi-mandi ke? TAK ADA!. Apalagi, bila dah sampai
bendang ni, seronok benor deme main ayor.
Dengar penerangan dahulu daripada pegawai yagn bertugas |
Praktikal |
Dapat tangkap ikan.. yeay |
Kompleks Kraf – dalam ni banyak kiosk yang jual barang hiasan, key chain, lilin
hiasan dan jeruk. Kita memantau je tengok apa yang derang beli, biasalah kalau
perempuan tu nak keychain, gelang atau perhiasan yang ada nama. Seterusnya bagi
derang belajar cara pembuatan barangan kristal. Sebelum tu dah diingatkan
hati-hati jangan pegang-pegang. Tak fasal-fasal kena ganti beratus-ratus. Ada
clearance stock masa tu, hiasan angsa seekor RM10, ambil 2 jadi RM15. Derang
beli untuk mak nya.
2 comments:
dah jadik cikgu pulak ko
biasalah macam-macam kerjaya:)
Post a Comment