Thursday, April 7, 2016

Bridge On The River Kwai, Kanchanaburi, Thailand – Bahagian Akhir

Tujuan ambil tanpa aircond.. boleh la jenguk-jenguk kepala keluar. Masa kecil-kecil dulu kan seronok kalau naik kereta bukak tingkap (walaupun bahaya) - sambil buka mulut makan angin hehe 
Ni kepala kereta kami. Kami duduk di gerabak akhir, yang keempat.
Setelah melintasi jambatan, perjalanan bertambah menarik apabila melalui Wampo Viaduct. Masing-masing  bergerak mencari tingkap yang kosong untuk nak ambil gambar dengan lebih jelas. Untung juga kami di gerabak akhir sebab ada pintu yang membolehkan kami bergambar di bahagian belakang.
Bayangkan dekatnya landasan dengan gunung. Selekoh, tak boleh laju-laju melintasi ni

Punyalah dekat sampai boleh pegang.
Destinasi akhir, 
Pukul 11.30 sampai di stesen terakhir Nam Tok. Di sini ada Sai Yok Noi Waterfall dan Sai Yok Noi National Park. Di sini juga popular dengan Erawan Falls.  Orang ramai boleh berhenti rehat di sini menikmati pemandangan air terjun hingga pukul 2.30 sebelum gerak balik. Cuaca panas membahang, adoi tak semangat nak tengok air terjun dan mencari maklumat tentangnya. Dekat sini banyak kedai-kedai tapi yang halal tu tak dijumpai. Nak makan som tam, tetiba nampak pulak sebelahnya ada daging. Entah daging apa ya.. sudahnya kita orang minum coconut shake je.

Roti young coconut ditambah isi kelapa dan diletakkan di dalam kelapa. Presentation tak kalah tu. Saya ambil roti pisang, dalamnya isi potongan pisang. 
Ada 5 jenis roti dan harga antara 10 hingga 40 baht
Lagi 20 minit kereta api nak gerak balik barulah kami berjalan di gerai-gerai kawasan bawah. Ya Allah rupanya ada gerai halal bermotor dekat situ (depan 7 Eleven).  Nyesal tak turun awal-awal. Penjualnya orang Kelantan, kahwin dengan orang Thai. Jauh tu merantau sampai sini. Tepung macam roti canai yang diisi telur gula dan pelbagai campuran lain ikut menu. Sedap. Rasa macam roti boom pun ada.
Sementara orang lain lawat kubur, kita jalan-jalan di kawasan sekitar, 
2.30 petang, kereta api bergerak balik melalui jalan yang sama. Panas semakin membahang semua orang pun dah melepek je. Pukul 4.00 sampai di stesen Kanchanaburi dan berhenti dalam 1 jam untuk melawat kubur tawanan perang. Tapi kitaorang tak pergi, lepak kat situ je makan roti aiskrim.  Pukul 5 bergerak balik. Dalam jadual katanya sampai ke stesen Bangkok pukul 7.30. Seperti biasa, kereta api ni asyik delay je, pukul 8 lebih baru sampai. Keseluruhannya memang best walaupun seharian berjalan. Banyak pengalaman menarik.

Ringkasan waktu perjalanan (alih bahasa daripada website)
06.30 bergerak dari stesen Bangkok Hualamphong. Beroperasi Sabtu dan Ahad sahaja.
07.40 tiba di Nakhon Pathom. Berhenti 40 minit  untuk orang ramai melawat Chedi (temple berbentuk kon). Ada pasar pagi di kawasan tu, jadi untuk yang beragama Islam boleh ronda-ronda di situ.
09.27 tiba Kanchanaburi, berhenti sekejap je, tak turun.
09.35 tiba stesen River Kwai Bridge dan berhenti 25 minit.
10.00 bergerak dari stesen River Kwai Bridge, melintasi jambatan dan terus perjalanan melalui Wampo Viaduct
11.30 tiba stesen Nam Tok
11.30 tiba Nam Tok Sai Yok Noi. Ini merupakan kereta api terakhir yang beroperasi di sini. Masa untuk melihat air terjun.
14:25 tinggalkan Nam Tok Sai Yok Noi
14:25 tinggalkan stesen Nam Tok dan kembali ke selatan
15:53 tiba di stesen Kanchanaburi dan berhenti 60 minit untuk melawat kubur tawanan perang
16:53 tinggalkan Kanchanaburi
19:25 tiba di stesen Bangkok Hualamphong

Informasi tetang Bridge Over The River Kwae ini agak tersorok di sebelah kanan dan agak jauh dari jambatan. Di saat akhir baru nampak.

Di Nong Pladuk, batu peringatan yang menyatakan landasan keret api maut bermula di sini.

The Bridge over the River Kwae telah dibina ketika Jepun mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat dan England yang akhirnya menjadi sebahagian daripada Perang Dunia Kedua. Jambatan ini mula dibina pada Oktober 1942 dan siap pada Oktober 1943. Pada 16 September 1942 tentera Jepun menandatangani kontrak dengan kerajaan Thai untuk membina laluan kereta api yang strategik dari Thailand ke Burma (kini Myanmar). Laluan bermula dari stesen Nong Pladuk dan merentasi River Kwae Yai di Ban Thamakhan di daerah Muang, wilayah Kanchanaburi.

Lintasan kereta api ini merentasi sempadan Thai-Burma dan bersambung dengan laluan kereta api Burma di stesen Thanbyuzayat. Panjang keseluruhan lintasan kereta api ini adalah 415 km: 303,95km di Thailand dan 111,05 km di Burma. Tahanan perang diambil dari Malaya, Singapura, Indonesia dan negara lain yang berdekatan untuk memaksa mereka membina landasan ini. Mereka diletakkan di kereta api arah selatan dan turun di stesen Banpong. Mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 51 km untuk ke Kanchanaburi.

Tahanan perang juga terdiri daripada tentera British, Australia, Belanda serta Malaya, China, Vietnam, India dan Burma. Malah ada buruh dari Jawa berjumlah 2000 orang. Pembinaan landasan ini sangat sukar dan memerlukan banyak tenaga kerana terpaksa menempuhi hutan tebal, gunung-ganang dan berdepan dengan haiwan buas merata-rata. Bahagian yang paling susah adalah untuk membina jambatan yang melintasi River Kwae. Tugas yang berat ini berterusan dari siang hingga ke malam sehingga ada di antara mereka yang kebuluran dan dijangkiti malaria.

Kekejaman perang ini telah meragut nyawa 100, 000 tawanan perang dan buruh paksa. Ini yang menyebabkan landasan ini dipanggil landasan kereta api maut. Semasa perang berlangsung, jambatan ini telah dibom. Akhirnya Jepun menyerah diri pada 15 Ogos 1945. Setelah perang tamat, kerajaan British menjual landasan dan perkakas landasan ini kepada kerajaan Thai dengan harga 50 juta baht. State Railway Thailand telah membaik pulih jambatan dan menggantikan besi yang musnah. Akhirnya ia digunakan sehingga kini.


No comments: