Bahasa
Ramai juga yang jumpa tak boleh berbahasa Inggeris tapi itu bukan satu halangan sebab kadang-kadang kalau di stesen kereta api tu boleh jumpa ramai yang boleh berbahasa Melayu sebab ada yang datang dari selatan Thai. Derang pun naik kereta api di situ. Kita pun kenalah belajar sikit-sikit bahasa Thai untuk nak tarik perhatian. Kita pun tentu akan tertarik kalau pelancong boleh cakap bahasa Melayu tegur kita, kan? Senyum sahaja dulu. Kalau derang balas senyuman kita tu memang derang sedia untuk membantulah. Kalau yang masam mencuka tu, baiklah jangan tanya banyak-banyak. Ayat yang sering saya gunakan di sana. “Sawat di kha! Phut phasa anglid dai mai?” Derang berani juga cakap English walaupun broken. Dalam satu van yang dinaiki, kat pintu tu tulis minibus a filling gas you wait out. Hehe. Semua orang pun boleh faham, kan.
Waktu buka dan tutup
Pergi ke mana-mana tu, tengok dulu waktu open dan closenya.
Macam pasar raya di sini kata tutup pukul 10 malam tapi ada juga kedai-kedai
dalam tu yang dah tutup pukul 9. Sudahnya
kelam-kabut nak memilih barang.
Waktu open pukul 10 pagi. Oleh kerana waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia. Agak boring menunggu pasar raya ni buka. Haha. Sebab kat Malaysia dah pukul 11. So aktivitinya seakan bergerak lambat.
Waktu open pukul 10 pagi. Oleh kerana waktu Thailand lewat sejam dari Malaysia. Agak boring menunggu pasar raya ni buka. Haha. Sebab kat Malaysia dah pukul 11. So aktivitinya seakan bergerak lambat.
BTS Skytrain beroperasi pukul 6.00 pagi sehingga tengah
malam. Kalau di Malaysia dah pukul 7pagi. So memang tak ada masalah langsung nak
kejar train awal.
Zaman telefon canggih. Saya suka apps Muslim Pro ni sebab boleh cari
makanan halal terdekat dan masjid. Boleh
set waktu azan ikut tempat juga. Banyak yang best dalam apps ni cuma kalau baca
quran tak berapa best sebab tanda baca macam tak ikut tajwid sangat lebih-lebih
tang panjang mad 6 harkat tu.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment