Monday, April 18, 2016

Tip Jalan Sendiri (Bangkok) Bahagian 2

Kenderaan

Pilih nak naik kereta api, kapal terbang atau bawa kereta sendiri. Nak murah, naik kereta api lah. Kalau kapal terbang kena tunggu promosi kot baru murah. Boleh juga pergi dengan train dan balik dengan flight sebab tiket train balik kena beli di Bangkok. Jadi tak boleh nak dipastikan sama ada tiket tu ada atau dah sold out. Bagi kami yang kerja sendiri ni, memang tak kisahlah ada tiket ke idak. Bila-bila masa boleh balik. Bagi orang yang bekerja kan kena ambil cuti jadi mestilah kena confirmkan hari nak balik. Tiket train memang boleh beli online juga tapi kena ambil dekat ejen yang tunggu di stesen kereta api. Lecehnya di situ.  Ramai juga yang saya baca di blog, pergi dengan train tapi balik dengan flight sebab tak nak tempuh perjalanan yang lama dah. Tapi kalau nak naik flight, nak ke airport tu jauh juga perjalanan. Macam saya yang naik kereta api ni, dari hotel, berhenti 3 stesen sahaja sebab stesen di tengah bandar.

Naik kereta api  boleh pilih katil upper atau lower. Kalau dalam group nak duduk berdepan (sebelum seat jadi katil), seorang boleh pilih upper dan seorang lower. Boleh pilih juga nak naik dari stesen mana. Kalau orang yang dari Kuala Lumpur atau Kuala Kangsar, stesen terdekat memang Butterworth tapi bila balik, kami pilih berhenti di Padang Besar sebab nak tukar ETS. Dah ada pilihan boleh naik kereta api laju, mestilah pilih yang ni. Oleh itu bajet ETS akan bertambah ya.


Hotel

Ada orang yang pilih duduk banyak hotel. Maksudnya tempat mana yang dia pergi, dia akan duduk di situ. Contohnya nak ke Kanchanaburi, maybe dia stay semalam dan bila nak jalan-jalan di Bangkok dia akan stay hotel Bangkok pula. Kelebihan, dia boleh dapat nikmati sesuatu kawasan tu lebih lama. Macam saya jenis yang malas nak kemas beg, jadi duduk la satu hotel je lepas tu pergi ke sana melawat dan balik hari. Walaupun kita rugi masa di dalam perjalanan sebab ambil masa dalam 2 atau 3 jam sehala tapi dapat tengok suasana dalam perjalanan. Enjoy je. Kalau ke Pattaya boleh naik bas dari Bangkok, 2 jam perjalanan. Kalau kereta api 3 jam. Rasanya! Haritu baca je, tak sempat pergi.

Bila masa yang sesuai untuk tempah hotel? Seeloknya awal. Macam saya haritu, sebulan setengah sebelum tarikh dah tempah. Itupun ada rasa sakit hati bila tetiba dia tulis, “Semalam baru sahaja semua hotel di Thailand dinaikkan harganya”. Kalau awal dua hari, mungkin harganya lebih murah.
Pilih hotel yang dekat bandar memudahkan kita boleh sampai ke semua tempat  dengan hanya berjalan kaki. Jimat duit pengangkutan. Kalau pilih yang jauh dari pekan, mungkin hotelnya murah tapi dari segi pengangkutannya pula bertambah. Pilihan di tangan anda.

Kami duduk di Muangphol Mansion
Masjid

Di Thailand memang banyak Wat (tokong). Kalau ikut pakej mesti ada terselit melawat Wat yang popular tapi dah kita jalan sendiri kan, tak payahlah pergi Wat, meh kita tukar melawat masjid.

Masjid Ban OOu

Cara pergi: Turun di stesen BTS Saphan Taksin dan keluar di Exit 3. Bila turun tangga, belok kiri hingga nampak pasar raya Robinson’s (main road). Masjid ni betul-betul di belakang Robinson’s. Kami pilih nak pergi masjid ni sebab ada dua masjid di kawasan ni dan laluan BTS tak perlu tukar.

Sambil tengok-tengok tu boleh ambil kesempatan bersedekah dengan saudara seIslam kita di sini. Sebenarnya ada jalan lain juga, dari Exit BTS tadi, terus menghala ke arah sungai, dan bila nampak tokong, belok kanan. Sebaris dengan tokong cuma dia di penjuru satu lagi.

Masjid Haroon juga di sekitar kawasan ni, kalau ikut pembacaan di blog. Nak guna maps dalam telefon tapi boleh hang pulak masa tu. Sudahnya tanya orang. Rupa-rupanya jauh lagi dan kami tak jadi pergi.

Di stesen Saphan Taksin ni juga kita boleh naik bot menyusuri Sungai Chao Phraya menggunakan Long Tail Boat di jeti Saphan Taksin. Pakej A sekitar 1 hingga 1 ½ jam perjalanan. Pakej C lebih banyak tempat dilawat dan boleh membawa ke 3 jam perjalanan.


Ban OOu Mosque

Kubur, dan sekelilingnya  ditanam pokok limau nipis, serai  pun ada rasanya.. lupa! Tapi masa tengok tu teringat macam dekat laman rumah, 

Simple je, nisan kayu sebagai tanda. Inilah cara yang betul, kan sesimple yang boleh tanpa ada binaan yang melebih-lebih.

Saphan Thaksin Pier

2 comments:

Kak Vit said...

menarik dan terima kasih untuk tips.. :))

zarina said...

Sama-sama :)