Pilih nak naik kereta api, kapal terbang atau bawa
kereta sendiri. Nak murah, naik kereta api lah. Kalau kapal terbang kena tunggu
promosi kot baru murah. Boleh juga pergi dengan train dan balik dengan flight sebab tiket
train balik kena beli di Bangkok. Jadi tak boleh nak dipastikan sama ada tiket
tu ada atau dah sold out. Bagi kami yang kerja sendiri ni, memang tak kisahlah
ada tiket ke idak. Bila-bila masa boleh balik. Bagi orang yang bekerja kan kena
ambil cuti jadi mestilah kena confirmkan hari nak balik. Tiket train memang
boleh beli online juga tapi kena ambil dekat ejen yang tunggu di stesen kereta api.
Lecehnya di situ. Ramai juga yang saya
baca di blog, pergi dengan train tapi balik dengan flight sebab tak nak tempuh
perjalanan yang lama dah. Tapi kalau nak naik flight, nak ke airport tu jauh
juga perjalanan. Macam saya yang naik kereta api ni, dari hotel, berhenti 3
stesen sahaja sebab stesen di tengah bandar.
Hotel
Ada orang yang pilih duduk banyak hotel. Maksudnya tempat
mana yang dia pergi, dia akan duduk di situ. Contohnya nak ke Kanchanaburi,
maybe dia stay semalam dan bila nak jalan-jalan di Bangkok dia akan stay hotel Bangkok pula. Kelebihan, dia boleh dapat nikmati sesuatu kawasan tu lebih
lama. Macam saya jenis yang malas nak kemas beg, jadi duduk la satu hotel je
lepas tu pergi ke sana melawat dan balik hari. Walaupun kita rugi masa di dalam
perjalanan sebab ambil masa dalam 2 atau 3 jam sehala tapi dapat tengok suasana
dalam perjalanan. Enjoy je. Kalau ke Pattaya boleh naik bas dari Bangkok, 2 jam
perjalanan. Kalau kereta api 3 jam. Rasanya! Haritu baca je, tak sempat pergi.
Bila masa yang sesuai untuk tempah hotel? Seeloknya awal.
Macam saya haritu, sebulan setengah sebelum tarikh dah tempah. Itupun ada rasa
sakit hati bila tetiba dia tulis, “Semalam baru sahaja semua hotel di Thailand
dinaikkan harganya”. Kalau awal dua hari, mungkin harganya lebih murah.
Pilih hotel yang dekat bandar memudahkan kita boleh sampai
ke semua tempat dengan hanya berjalan
kaki. Jimat duit pengangkutan. Kalau pilih yang jauh dari pekan, mungkin
hotelnya murah tapi dari segi pengangkutannya pula bertambah. Pilihan di tangan
anda.
Kami duduk di Muangphol Mansion |
Masjid
Di Thailand memang banyak Wat (tokong). Kalau ikut pakej
mesti ada terselit melawat Wat yang popular tapi dah kita jalan sendiri kan,
tak payahlah pergi Wat, meh kita tukar melawat masjid.
Masjid Ban OOu
Cara pergi: Turun di stesen BTS Saphan Taksin dan keluar di
Exit 3. Bila turun tangga, belok kiri hingga nampak pasar raya Robinson’s (main road). Masjid ni betul-betul di belakang Robinson’s. Kami pilih nak pergi masjid ni sebab
ada dua masjid di kawasan ni dan laluan BTS tak perlu tukar.
Sambil tengok-tengok tu boleh ambil kesempatan bersedekah dengan saudara seIslam kita di sini. Sebenarnya ada jalan lain juga, dari Exit BTS tadi, terus menghala ke arah sungai, dan bila nampak tokong, belok kanan. Sebaris dengan tokong cuma dia di penjuru satu lagi.
Sambil tengok-tengok tu boleh ambil kesempatan bersedekah dengan saudara seIslam kita di sini. Sebenarnya ada jalan lain juga, dari Exit BTS tadi, terus menghala ke arah sungai, dan bila nampak tokong, belok kanan. Sebaris dengan tokong cuma dia di penjuru satu lagi.
Masjid Haroon juga di sekitar kawasan ni, kalau ikut
pembacaan di blog. Nak guna maps dalam telefon tapi boleh hang pulak masa tu.
Sudahnya tanya orang. Rupa-rupanya jauh lagi dan kami tak jadi pergi.
Di stesen Saphan Taksin ni juga kita boleh naik bot
menyusuri Sungai Chao Phraya menggunakan Long Tail Boat di jeti Saphan Taksin.
Pakej A sekitar 1 hingga 1 ½ jam perjalanan. Pakej C lebih banyak tempat
dilawat dan boleh membawa ke 3 jam perjalanan.
Ban OOu Mosque |
Kubur, dan sekelilingnya ditanam pokok limau nipis, serai pun ada rasanya.. lupa! Tapi masa tengok tu teringat macam dekat laman rumah, |
Simple je, nisan kayu sebagai tanda. Inilah cara yang betul, kan sesimple yang boleh tanpa ada binaan yang melebih-lebih. |
Saphan Thaksin Pier |
2 comments:
menarik dan terima kasih untuk tips.. :))
Sama-sama :)
Post a Comment