Monday, April 4, 2016

Amphawa Floating Market, Thailand

Thailand terkenal dengan pasar terapungnya. Kalau google memang banyak nama yang keluar. Saya pilih untuk ke Amphawa kerana nak pergi Maeklong Railway Market dulu. Malangnya tengah renovate, pasar ada tapi kereta apinya tiada so tak dapatlah tengok keistimewaan pasar ni.

Pasar terapung yang terkenal terletak di Damnoen Saduak, bermula pagi hingga tengah hari. Jika di Amphawa bermula tengah hari hingga malam dan boleh tengok kelip-kelip juga di sini.

Cara nak pergi:
Berhenti stesen BTS Victory Monument.  Keluar Exit No 4. Bila turun tangga tu nampak bangunan Suzuki di sebelah kiri. Jalan depan sikit nanti akan nampak signboard tulis Maeklong, Amphawa dan Damnoen Saduak. Masuk dalam tu nanti nampaklah bersusun van. Pergi ke kaunter yang ada nama pasar terapung yang anda nak pergi.
Kita naik van ni.

Kaunter jual tiket
Kebanyakan driver situ tak tahu cakap bahasa Inggeris, tanya banyak pun tak guna haha. Cakap je nak pergi mana dan bayar. Kalau Amphawa THB 80 dan Damnoen Saduak THB 90. Dia tunggu van penuh baru jalan so duduk dulu sembang-sembang dengan tourist yang lain. Perjalanan lebih kurang 1 jam setengah. Rupa-rupanya laluan kedua-dua pasar ni sama cuma sesiapa yang nak pergi Amphawa turun dulu. 
Van berhenti di hadapan ni. Jalan ke belakang nanti akan nampak orang menjual. Nak senang cerita, nama pun pasar terapung, kan. Mesti ada sungai. So tengok arah sungai di mana. Nanti nampaklah kawasannya.
Senyap sunyi je rupanya masa ni. 

Menarik tengok macam-macam jual
Serangga goreng. Kalau dekat sini banyak nampak ikan, sama ada ikan betul,  di fridge magnet atau  di baju. Katanya di situ terkenal dengan ikan mackerel

Kami sampai pukul 11 pagi, memang tak ada apa la lagi just jalan-jalan area situ. Makin lama mula la nampak orang buka kedai. Macam-macam jualan dari buah-buahan, makanan, air jus, baju, aiskrim kelapa, Thai massage dan lain. Warna-warni jualan ni memang nampak cantik. Eloknya jangan beli apa-apa dulu, pusing-pusing je dulu sebab baju-T berbeza-beza juga fesyennya. Nyesal juga bila nampak ada kedai lain jual baju-T lebih cantik lagi.  

Di sini juga anda akan ditawarkan naik bot pusing-pusing  kawasan situ THB50 dalam 45 minit. Masa naik tu, sama dengan sekumpulan remaja perempuan Thai, siap nak interview lagi. Projek sekolah gamaknya sebab dah siap skrip soalan dalam bahasa Inggeris dan rakam dengan phone. Ada lima soalan, pertanyaan tentang apa pandangan tentang Bangkok dan lepas tu kitaorang wefie. Say cheese! Harap tak upload dekat Youtube ntah apa-apa je bahasa Inggeris haritu tapi ada part yang derang impressed juga kot dari riak mukanya sebab dia suruh cakap perkataan bahasa Thai yang tahu, tapi saya siap buat ayat walaupun tunggang terbalik hehe.

Perjalanan akan melalui banyak Wat, restoran dan chalet

Gambor raja mesti ada

Ini je bot yang menjualnya ketika waktu itu.
Dari pembacaan, lewat petang sampai ke malam lebih happening tapi dah kami datang awal idak le nak menunggu lagi. So tak dapatlah merasa membeli dari bot sebab masa kami datang tu ada 3 bot je yang menjual, itupun makanan yang tak halal. Pukul 4.00 petang dah balik, naik van di kawasan situ juga. Ada dua stesen van di situ.  Mak ai sampai Bangkok dalam keadaan jam sangat tapi Alhamdulillah still bergerak. Time orang balik kerja tu. Orang dalam van masing-masing dok menguap sambung-menyambung dari depan sampai ke belakang hehe.
  

No comments: