Pilih tempat
Kalau baca dari blog orang lain, macam tak best sebab macam
ikut orang tu je. Dah namanya jalan sendiri, kita boleh pilih tempat bagaimana
yang kita suka. Thailand tu luas. Saya rujuk tempat yang nak pergi melalui buku
panduan pelancongan ni. Buku ni saya dapat masa pergi ke kedutaan Thai masa
belajar. Dah lama punya buku, tahun 90-an tapi masih relevan untuk dirujuk.
Dalam ni diterangkan keistimewaan tempat-tempat yang ada di Thailand. Misalnya
Lop Buri berkaitan sejarah purba masa abad ke-9 tapi rasanya sekarang orang
tengok ladang bunga matahari di sini (ada bulan yang tertentu). Di Hua Hin,
Pattaya lebih terkenal dengan pantai. Ayutthaya pernah jadi ibu negeri Siam
pada masa dulu. Jadi kalau ke sini mesti ada kaitan dengan sejarah kubu pertahanan dan wat
lama. Chiang Rai rasanya terkenal dengan
kaum Karen yang leher panjang tu. Boleh juga rujuk dengan tourism Thailand
untuk tahu tempat yang menjadi tarikan. Bila
kita dah pilih tu, barulah kita rujuk blog-blog orang lain. Tapi kena tengok juga tarikh orang tu pergi
bila sebab kadang kalau lama sangat, maklumatnya akan berubah. Siapa yang rajin
ke Matta Fair tu boleh la rujuk katalog-katalog tawaran. Di samping kita dapat
tengok tempat yang menarik, kita boleh bandingkan bajet juga.
Waktu solat
Memandangkan kita akan berada di dalam kereta api yang tak
tahu bila masuk waktu solatnya, eloklah rujuk dulu waktu solat. Oleh kerana waktu
Thailand lewat sejam dari Malaysia, sama je subuhnya dengan Malaysia.
Tarikh
Memang pilih ikut kesesuaian masa kita tapi elok juga rujuk
tarikh yang kita nak pergi tu ada event apa di website tourism thailand. Masa
saya pergi, ada event perlawanan Muay Thai. Dekat depan hotel je, ramai orang,
idak le tengok. Bulan April ada pesta Songkran. Jadi bila kita dah tau tu idak
la terkejut kot tetiba ada orang menyimbah air.
Ada juga tempatnya yang beroperasi Sabtu dan Ahad sahaja.
Macam, tren ke Kanchanaburi, hanya Sabtu dan Ahad sahaja. Jadi pilih tarikh
sebelum hari minggu kita dah sampai sana. Chatuchak Market juga hanya buka
Sabtu dan Ahad. So sila rujuk website ya untuk tempat yang anda nak pergi tu.
Tren ke Kanchanaburi untuk pelawat hanya ada Sabtu dan Ahad |
Insurans Perjalanan
No comments:
Post a Comment