Saya belajar bahasa Arab baru peringkat asas, dan lebih kepada memahami ayat al-quran dan bukan perbualan. Untuk beli barang pun komunikasi dalam bahasa Melayu sahaja. Ada satu kedai, sibuk memanggil Nealofa, Ziana Zain. Bukanlah nak maksudkan kita cantik macam artis tu haha, cuma dia nak beritahu dia tahu orang Malaysia. Baru cakap sepatah dah tahu. Macam mana dia tahu?
Kalau Indonesia, dengan tone bernada lembut dan seakan berlagu, “Ini berapa?” tapi kalau Malaysia, “Berapa?” Dengan tone yang laju. Haha, gitu rupanya. Orang kedai tu la yang beritahu.
Kalau nak balas cakap Arab hanya boleh teringat syukran (terima kasih). Oleh itu semasa di sana, saya lebih banyak menggunakan bahasa Arab untuk memerhati benda yang bertulis.
Di situ ditulis musola, perkataan biasa juga kita sebut. Rojulun bermakna lelaki. Kalau perempuan ditulis nisa - seperti di dalam ayat quran surah an-nisa. Kalau di tandas juga kalau nak cari tandas lelaki atau perempuan bolehlah eja.
M-a-k-d-o-n-a-l-d-z hehe yang ni takde la dalam bahasa arab. Nampak M pun dah boleh tahu apa.
Di sana, hotel dipanggil pondok. - fa - nun - dal - qaf
Untuk duit, saya lebih suka tengok nilai yang Arabic sebab tulisannya lebih besar. Bagaimana nak kenal angka? Boleh tengok tip di bawah
1.Untuk persediaan mental, baca buku Prof Muhammad Kamil ni
dulu. 1st time pergi jadi tak boleh bayangkan lagi. Malah dapat
banyak tip juga daripada buku-buku ini.
2.Duit. Berapa banyak yang perlu dibawa bergantung kepada
individu itu sendiri memandangkan hotel, flight dah bayar lebih awal cuma fikir
duit belanja sahaja. Semasa di Mekah hotel hanya menyediakan sarapan jadi kena
beli sendiri lunch dan dinner.Masa saya
pergi RM100 = SR86.20.
Beli SR500 tapi , tak ada duit kecil, sekeping itu je yang
dia ada. Ramai orang pergi masa tu, duit habis. Susah nak belanja kalau duit
besar je yang ada. Akhirnya masa di KLIA 2 beli SR100 lagi.
DenganSR600, barang
yang shopping idak le banyak, kurma sekilo, kekacang sekilo, jubah sepasang,
coklat seklio, sejadah 10, sim card, buku 2 buah dan yang lain untuk makan.
Tapi makan pun berkongsi, SR28 pun cukup untuk 3 orang makan. Nasi banyak dan
ayamnya besor.Di sana senang nak
membeli, barangan. Tiada yang dijual dalam bentuk sen. Semuanya pakai duit
kertas. 25 riyal, 70 riyal, 120 riyal. Jadi memang senanglah untuk
mengira-ngira tu.
3. Tag Nama
Setiap jemaah diberi tag nama dan perlu dipakai setiap masa
apabila keluar. EPL Travel dah sediakan tag nama beserta dengan waktu solat di
Mekah dan Madinah. Senang tengok.
4. Beg travel
Beg ni senang nak simpan barang peribadi. Gantung di leher
dan dalam telekung. Warnanya memang yang dijual ikut warna badan untuk
keselamatan. Dalam ni biasanya senang isi duit, gula-gula dan buku doa yang nipis.
5. Buku doa
Buku ni bawa sendiri, muat dalam beg tadi. Sementara tunggu
waktu masuk boleh baca. Buku nipis je. Baca dan cuba ingat.
6. Ubat-ubatan. Ubat-ubat yang memang biasa bawa,
paracetamol,koyok, ubat batuk, selesema.Saya ikut petua, Prof Muhamad Kamil yang bawa
ubat sakit tekak untuk sedekah. Alhamdulillah, sihat sepanjang berada di sana
dan ubat-ubat yang dibawa tidak digunakan cuma bila rasa tekak tak selesa
(perit) hisap ubat sakit tekak. Memang sentiasa bawa dalam sling beg yang
kecil. Bila dengar je orang lain batuk-batuk, saya pass ubat ni tak kiralah
orang daripada negara manapun. Ada sekali tu waktu subuh, saya duduk sebelah
orang Turki. Tunduk lemah. Bunyi pun dah mengerang. Mamai-mamai. Orang di
sebelahnya, maknya mungkin, urut-urut belakang. Jemaah di depan saya,
Pakistan/India suruh beri minum air, “Water, water.” Saya dengartu terus tawarkan air zam-zam dalam botol
saya (memang sentiasa bawa). Dia tak nak.Lepas azan, solat sunat. Dia bangun nak solat. Mak dia suruh duduk. Dia
nak berdiri jugak. Saya yang solat sebelah boleh terasa goyang-goyangnya dia.
Boleh pulak dalam hati, berat ni kalau timpa. Uwaa. Habis solat.Saya keluarkan ubat sakit tekak ni bagi dia.
“Sugar?”“Yes!” dia nak buka pembalut
pun dah menggeletar. Saya bukakan. Baru dia nampak segar sikit. Fuh! Ni mesti
hipo. (kalau penghidap kencing manis, dah biasa ni hipo.)Sedekah boleh bermacam-macam cara, kan?
7. Sim kad
Sebenarnya tak berniat nak beli sebab tak nak terlalu
menggunakan telefon (biasalah kalau ada data, kan) Plan guna wifi di hotel
sahaja. Rakan sebilik saya beli sim kad tapi ada masalah pula, tak boleh guna,
tak ada apa-apa signal. Orang yang jual tu kata telefon tu yang bermasalah dan
bukannnya sim kad. Apa lagi nak dikata, dah bayar. Halal je RM30. Orang lain
punya elok je. Tapi ada juga yang kata telefon kena ada roaming baru dia
berfungsi. So tak tau punca sebenar. Saya pun saje cuba-cuba sim kad kawan tu
dalam phone saya. Eh boleh je ada signal. Hahaha so dia jual pada saya RM20.
Diskaun. Nak harapkan wifi hotel, kat lobi je berfungsi, kat bilik lebih banyak
tiada dari ada. Ohh hati-hati juga nak beli sim kad sebab ada yang datang jual
kat lobi tu harga lebih tinggi. Ada yang jual RM60 tapi plannya sama. Dan dia
pun bukanlah penjual yang sah sebab nampak polis, dia pun lari. Silap-silap
telefon kita pun dibawa lari sama sementara nak tukar sim kad tu. Kadang-kadang
orang baru sampai, mana sempat nak check semua tu, kan.
8.Alat kira (zikir)
Ni mak beli di Daiso. Ia sebenarnya bukanlah khususuntuk nak kira berapa banyak zikir yang
dibaca, pramugari pun guna ni nak kira penumpang.Masa di Masjidilharam, sementara tunggu masuk
waktu, tengah guna ni, saf depan orang Turki macam nak bercakap dengan saya.
Dia nak tengok benda ni. Beri pada dia dan dia click click Subhannallah, Subhannallah.
Aiseh comel je tengok mak cik tu macam dapat permainan baru. Dia pun tunjuk
dekat kawan-kawan dia.
9. Botol air (kanan)
Botol air ni senang nak bawa air zam-zam balik ke hotel.
Botol kecil sahaja senang masuk dalam beg. Setiap kali solat mesti isi dan akan isi dalam botol besar sikit di bilik hotel.
10. Botol spray wuduk
Tujuannya untuk memudahkan kita ambil wuduk kalau terbatal.
Tak perlulah susah payah pergi keluar. Teringat saya pada orang Kuwait yang saya
cerita sebelah saya sebelum ni. Dia nampak ada orang bawa botol spray besar.
Rasanya orang Malaysia tu sebab rata-rata tengok orang Malaysia banyak bawa.
Dia tanya saya, “Why she bring the spray?”
“Easier to take wudhu. No need to go out. So many people
here.”
“OOoo,”.
“I also have,” saya pun keluarkan botol spray kecil saya .
Gunting kecil – untuk tahallul nanti. Tapi ingat taruh dalam
bagasi. Jangan pula letak dalam cabin bag. Kena tahan nanti.
Beg sejadah
Lencana nama – diberi oleh Travel Agency
Ubat gigi
Berus gigi
Sabun - kalau ikutkan duduk hotel mesti dah ada sabun tapi saya bawa juga sebab plan nak basuh baju.
Uncang besar – untuk kasut
Uncang untuk selipar
Buku doa yang diberi oleh travel agency
Lip balm
Bawa juga losyen dan lip balm. Di sana, kulit saya kering habis
walaupun dah disapu losyen. Tapak kaki pecah-pecah dan adakala berdarah. Nak
pijak pun sakit tapi Alhamdulillah masa tawaf dan saie saya terlupa kaki sakit.
Jalan biasa je. Lepas tu baru terasa.
1.Dokumen yang diperlukan sebulan sebelum perjalanan.
a)Pasport – pastikan tarikh
tamatnya. Tempoh sah laku lebih daripada 6 bulan tarikh akhir kita balik.
Jangan dah nak hantar ke travel agency nanti baru check. Kelam kabut dibuatnya.
Tanggungjawab sendiri semak.
b)Gambar 4 keping4 x
6 cm.
Selain daripada guna untuk visa, gambar ni juga untuk tag
nama di beg (2 beg) dan tag nama yang perlu dipakai sepanjang perjalanan.
Gambar untuk visa ni lain, muka nampak besar. Kena pakai tudung hitam/gelap.
Kalau nak nampak cun, pakai siap-siap di rumah, kalau pakai warna lain, redha
ajelah pinjam tudung yang ada kat kedai gambar tu. Alamak cam makcik-makcik je.
Hehe bukan mak cik bawang ya.
c)Sijil suntikan meningitis. Boleh cucuk di mana-mana klinik
tapi harga nampaknya berbeza-beza ikut negeri. Di Kuala Kangsar, RM130.
Pastikan buku yang kita dapat tu ada tanda tangan dan cop. Buku ni kena bagi
travel agency juga untuk mohon visa.
d)Salinan sijil lahir perlu disahkan di
Jabatan Pendaftaran Negara. Ya jangan lupa bawa yang original masa nak sahkan
ya.Haha pengalaman ni, dah depan pintu
JPN baru perasan bawa yang fotostat je. Cuba nasib kot kerani tu boleh
sahkan.Ikut prosedur ya. Tak boleh.
Hehe. Nasib baik JPN tu jaraknya hanya 10 minit sahaja daripada rumah. Oleh
kerana mahram saya pak cik iaitu adik kepada bapa saya, jadi perlu juga sijil
lahir pak cik dan sijil lahir bapa saya. Perlu pengesahan JPN juga.Kalau dulu sijil-sijil sekolah kena
pengesahan ketua kampung, atau pegawai gred A (? lupa) tapi untuk umrah ni
hanyaJPN sahaja yang mempunyai kuasa
untuk megesahkan.
Dokumen yang diperlukan bagi wanita dan
kanak-kanak. (seperti yang diberitahu oleh travel agency)
i)Wanita berumur 45 tahun dan ke atas, pasport
sahaja tanpa mahram.
ii) Wanita berumur kurang daripada 45
tahun, pasport bersama mahram. Jika suami sebagai mahram perlu sertakan sijil
nikah sebagai bukti suami isteri. Jika anak atau ahli keluarga lain sebagai
mahram sertakan sijil lahir kedua-dua pihak sebagai bukti hubungan adik-beradik
atau keluarga. Harus dapatkan letter of consent daripada suami jika suami tidak
ikut serta atau jika yang bujang perlukan letter of consent daripada bapa jika
ikut bapa saudara.
iii) Anak perempuan 15 tahun dan ke atas,
pasport dan bermahramkan ayah. Sertakan sijil lahir anak perempuan sebagai
bukti hubungan anak-beranak. Jika adik-beradik lelaki yang menjadi mahram,
sertakan sijil lahir sebagai bukti hubungan adik- beradik. Dapatkan letter of
consent daripada ayah.
iv)Anak lelaki 18 tahun dan ke bawah,
pasport bersama mahram ibu/ayah. Sertakan sijil lahir anak lelaki sebagai
bukti.
v)Anak perempuan bawah 14 tahun dan anak
lelaki bawah 13 tahun, pasport dan mahram ibu bapa bersama sertakan sijil lahir
anak dan sijil nikah ibu bapa. Perlukan pengesahan pejabat agama untuk sijil
nikah.
vi) Lelaki berumur 18 tahun dan ke atas,
pasport sahaja. Walaubagaimanapun hanya anak lelaki yang berumur 18 tahun dan
ke atas sahaja boleh menjadi mahram.
e)Letter of consent(suratkeizinan ) perlu diisi dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Bayaran
RM4.Untuk contoh surat keizinian, boleh
google. Ada je yang boleh dimuat turun.
2. Kursus umrah. Travel agency memang ada menyediakan kursus
sebulan sebelum tarikh pergi secara percuma. Tapi tak salah jika kita nak pergi
ke tempat lain. Banyaktravel agency
yang turut buat kursus percuma kerana derang pun nak promote agensi
sendiri.
Ibadat umrah sebenarnya mengambil masa tak sampai pun
sehari, singkat je, Tapi adakah umrah kita itu diterima? Sendiri yang boleh
merasakannya. Adakah amalan yang kita lakukan sia-sia? Ramai yang berpuasa
tetapi hanya dapat lapar dan dahaga. Ramai yang solat tetapi sambil lewa
sekadar memenuhi ruang waktu solat. Oleh itu pasca umrah inilah cabaran yang
lebih hebat sebenarnya. Mata-mata yang memandang, aik teruk lagi pulak perangai
lepas balik umrah. Ha, kita nilai diri sendiri.
Sepatutnya, tumpuan pada ibadat yang dilaksanakan bukanlah tujuannya untuk shopping. Peluang yang diberi kena rebut sebaiknya. Kalau
sebelum ini, memilih datang awal ke masjid semata-mata untuk merebut tempat yang lebih hadapan, dan mengelak dari kesesakan orang ramai. Tetapi selepas balik, kadang-kadang tu mula la datang perangai setelah azan didengar baru bergerak mengambil wuduk. Berbeza sebelum ini yang
sudah ada di atas sejadah. Malah konsep ziarah semasa umrah patut berterusan
dengan membaca kisah nabi dan sahabat dan perjuangan mereka menegakkan Islam di bumi ini.
Menjaga wuduk juga merupakan amalan biasa ketika di sana memandangkan lebih banyak masa dihabiskan di masjid. Tapi kalau di Malaysia,
hmm. Walaupun dah batal, tunggu masa nak solat nanti baru ambil semula. Di sana, punyalah jaga makan dengan tidak memilih untuk makan makanan yang banyak angin
supaya tak batal selalu hehe tetapi balik Malaysia, bedal semua.
Cabaran lain ketika sampai di Malaysia. Diuji kesihatan.
Orang lain kata biasalah tu, jet lag lagi.Masa dalam kapal terbang masih rasa sihat lagi. Turun sahaja dahmula sok sek sok sek selesema.Datang pula demam dan batuk. Makan ubat yang
ada sahaja. Bila dah seminggu tak baik-baik batuk, kenalah datang hospital.
Jangan lupa kena beritahu di kaunter baru balik umrah. Kalau tak, doktor pun
tengok semacam je. Muka nak marah sebab saya cakap, “Saya selesema, batuk dan
demam, baru balik umrah.”
“Kenapa tak beritahu di kaunter tadi?”
“Eh! Tak demam dah, batuk je.” Doktor suruh nurse ambil
suhu. Ok je.
“Ok, lain kali kalau balik umrah beritahu kaunter,” baru
nampak sikit senyuman doktor tu.
Bukannya saya tak tahu penyakit MERS-CoV tu tapi lupa nak beritahu. Alangkan balik
Jepun pun saya boleh demam, jadi saya rasa biasa sahaja bila balik travel tak
sihat sebab perubahan cuaca. Apapun bersyukur dapat menjadi tetamu Allah di sana.
Kota Mekah dan Madinah tumpuan manusia daripada seluruh dunia. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat. Daripada sudut mazhab pun dah nampak perbezaannya. Mazhab lain, kaki wanita bukan aurat. Oleh itu kita akan lihat wanita yang solat bukanlah seperti mazhab syafie. Malah ketika sujud pun tangan dikembangkan. Kalau kita duduk di antara mereka ini, kita akan dapat rasa sedikit kejanggalan bila pergerakan tidak selari.
Masuk waktu je, menghadap kiblat dan solat. Ni kat depan hotel.
Cara hidup pun berbeza. Ada yang kelihatan kasar tingkah lakunya. Rata-rata di kalangan warga Asia Tenggara lebih lembut (sopan santun?). Masa zaman ibu bapa kita pergi Mekah dulu pun mereka dah selalu menceritakan tentang orang daripada negara lain yang besar-besar jika dibandingkan dengan kita. Kadang kala senang sahaja mereka pegang-pegang kepala kita. Ni yang tak tahan. Kepala jangaan main-main ya. Haha. Saya selalu kena bila dah duduk menunggu waktu solat (ketika sudah berada dalam saf) tiba-tiba terasa tangan atas kepala. Mereka nak melangkah ke depan. Mentang-mentang dia tinggi, main capai apa yang ada. Kalau kitalah, kan cuit sikit bahu orang tu minta laluan ke depan.
Ada satu masa, lepas habis solat dan nak keluar masjid, tak pasal-pasal dirempuh oleh seorang jemaah Turki yang berbadan besar mengejar kawannya. Tak sempat pasang kuda-kuda, sedar-sedar terjatuh atas jemaah lain. Nasib baik orang tu tengah duduk. Kalau berdiri, mau jadi macam domino. "Sorry! Sorry," tebal muka. Bangun sendiri. Orang tu pun sapu-sapu tangan dia sakit sebab tiba-tiba ada orang jatuh. Heheh.
Dataran Masjid Nabawi
Kadang-kadang kasihan juga melihat ada yang takut menuruni eskalator hinga ada yang bersujud (entah kenapa) kat situ. Itu belum lagi kes yang hampir terjatuh eskalator. Banyak kali juga tu. Ada juga yang berbaring dan tidur di dataran Masjid Nabawi sementara menunggu waktu solat. Bila masuk waktu terus solat. Di dataran tu memang ramai orang lalu lalang dengan selipar. Kalau kitalah, mesti rasa kotor, kan. Tapi bila difikir-fikirkan kembali, kita sendiri tak tahu betapa susahnya mereka nak datang ke sini. Niatnya sama seperti kita, untuk beribadat kepada Allah dan untuk melihat makam Rasulullah. Rata-rata orang Malaysia bayar beribu untuk datang ke sini. Malah masing-masing boleh memilih hotel yang dekat dengan masjid mengikut pakej yang disediakan. Bersyukur.
Surah al-Hujurat:13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
Inti pati ayat tersebut, hanya orang yang bertakwa yang mulia di sisi Allah. Tidak kira dia datang pakej mahal atau murah, hanya Allah yang tahu ketakwaan kita.
Oleh kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan dah biasa bertoleransi, oleh itu kita boleh serasi bersembang dengan pelbagai bangsa daripada seluruh dunia. Walaupun lebih banyak komunikasinya dalam bahasa isyarat je.
Banyak quran waqaf yang diletak di hadapan dan di belakang. Ada yang target untuk khatam quran di Mekah jadi memang masa banyak dihabiskan untuk baca quran.
Kebiasaan ketika di masjid sama ada di Madinah atau Mekah, jemaah akan memberi sedekah berbentuk duit kepada tukang cuci masjid. Ketika saya duduk bersebelahan orang Kuwait, kawan saya di sebelah sedekah duit kepada tukang cuci ni. Tiba-tiba orang Kuwait ni tanya saya, " Why she give money to her?"
“Sedeqah”.
Dia macam
tak puas hati, “But why?”
“You know
sedeqah?” (bahasa Arab tu kan, tak kan dia tak tahu?)
“Yeah, but
why?”
Adoilah.Saya beritahu, “Because she work here, clean
the mosque (betul tak grammar haha)”
“But why?”
Saya pun tak
tahu nak cakap macam mana lagi. Akhirnya, “Just give”. Baru dia faham dan dia
pun keluarkan duit, tetapi dia bukan bagi pada orang yang cuci masjid tu, dia
bagi pada orang tua yang kelihatan daif yang duduk di hadapan kami.
Dalam hati
saya, ‘La dibaginya pada orang tu pula?’. Tapi bila difikir-fikirkan
semula. Kalau sedekah lebih baik kita
bagi orang yang daif. Orang yang kerja di situ mesti dah dapat gaji, kan.
Lagipun memang dia muda lagi dan boleh bekerja. Ya saya rasa saya faham
kenapa orang Kuwait ni tak faham bila
kita sedekah pada orang kerja di situ. Betul juga cara dia tu. Situasi yang
membuatkan saya berfikir sementara tunggu waktu solat.
Habis solat, sementara nak balik orang Kuwait tu tanya saya,
“You have clinic?”
“Ha? Doctor?”
“Uhuk uhuk,” dia buat-buat batuk.
“Sorry, I don’t understand.”
Dia tanya kawan sebelah dia.
“Tissue.”
“Oh, but I only have wet tissue.” Sambil bagi kat dia. Ceh
rupanya dia cakap jenama Kleenex. Hahaha, orang Kuwait ni pun macam orang
Malaysia juga, ubat gigi nama lain dipanggil Colgate, mi segera nama lain
panggil Maggi. Opps.
Air zam zam boleh ambil di belakang untuk hilangkan dahaga atau sapu muka hilang mengantuk.
Rajin-rajinlah bersembang dengan warganegara lain. Kalau
duduk di kalangan bangsa kita sendiri, last-last jadi medan bercerita panjang pulak. Ada sekali tu, sebelah orang Malaysia.
Cerita-cerita, bersoreh. Rupanya senior sekolah saya. Batch yang paling
awal.Akhirnya berlanjutanlahkepada cerita putu piring, laksa Kuale dan
apam tangkup. Weh la tidak memanfaatkan waktu meraih pahala di dalam masjid.
Heheh, lebih baik duduk dekat-dekat orang negara lain.Lebih banyak zikir dan baca quran.
Sedari awal, ramai yang seronok kerana dalam itinerary ada
ziarah ke Taif. Taif ni boleh diibaratkan seperti Cameron Highland sebab tempat
ni sejuk. Walaupun Cameron Highland tu idaklah sejuk sangat dah, tapi masih
boleh dibuat perbandingan untuk beritahu sejuknya macam mana. Perjalanan melalui Mina, tempat melontar.
Dapat jugalah tengok khemah jemaah Malaysia yang duduk di sini ketika musim
haji. Perjalanan lebih kurang 2 jam lebih, rasanya. Huhu ada masa terlelap.
Sini kawasan pergunungan, kiri kanan nampak gunung.
Jika ada umur yang panjang dan dimurahkan rezeki, sampailah ke sini lagi untuk menunaikan haji.
Pintu gerbang Abdullah Ibn Abbas
Keadaan bandar Taif.
Destinasi pertama ke Masjid Abdullah Ibn Abbas. Solat zohor
di sini. Sementara nak menunggu zohor tu semakin ramai juga rombongan dari
negara lain yang turut ziarah di sini. Mutawif bercerita terperinci kisah hidup
Sayidina Abdullah ibnu Abbas di ruang masjid tersebut sambil menghadap bandar
Taif. Beliau merupakan salah seorang
sahabat dan sepupu baginda Rasulullah SAW. Beliau dikurniakan kefahaman ilmu
yang luas dan menjadi salah seorang ahli tafsir berkat daripada doa baginda.
Menziarah Masjid Ku'u
Orang dari negara lain pula mengambil giliran
Seterusnya kami ke Masjid Ku’u atau Masjid Siku. Mutawif
bercerita tentang dakwah Nabi yang tidak diterima oleh orang Taif. Waktu itu
tahun ke-10 kerasulan Nabi SAW. Ketika itu bapa saudara baginda Abu Talib telah
meninggal dunia. Tidak lama kemudian Nabi SAW kehilangan Khadijah. Isteri
baginda wafat. Bertambahlah kesedihan baginda hingga dinamakan tahun itu tahun
dukacita. Quraisy semakin berani memusuhi Nabi. Nabi tidak mempunyai pelindung
lagi. Walaupun pelbagai kesulitan yang ditempuhi, Baginda tidak pernah mengeluh
dan masih terus berdakwah.
Pandai mutawif ni bercerita tentang kisah baginda Nabi berdakwah
di Taif hingga boleh mengalirkan air mata bila mendengarnya. Kalau saya nak ceritakan semula, mungkin tak
sampai pula emosi tu. Oleh itu saya rujuk buku Sirah Nabawiyah terbitan Yadim
untuk menceritakan kembali.
Nabi SAW bersama khadamnya Zayd bin Harithah menuju ke Taif
dengan berjalan kaki. Rasulullah SAW
tinggal di Taif selama sepuluh hari. Dalam tempoh itu semua orang kenamaan Taif
ditemui oleh baginda dan diajaknya kepada Islam. Tetapi mereka berkata,
“Keluarlah dari negeri kami.” Mereka menghasut orang-orang bodoh supaya
menyerang Nabi SAW.
Justeru, apabila Nabi SAW hendak keluar, baginda telah
dikejar oleh orang-orang bodoh dan khadam-khadam mereka sambil memaki hamun dan
menjerit-jerit ke arah Nabi. Akhirnya orang ramai mula berkumpul lalu membuat
dua barisan serta melontarkan batu ke arah baginda. Di samping itu mereka juga
turut melemparkan kata-kata keji. Mereka membaling batu ke arah tumit baginda
sehingga kasut baginda dibasahi darah. Zayd bin Harithah cuba melindungi Nabi
SAW dengan memperisaikan dirinya sehingga luka kepalanya.
Begitulah terus menerus orang-orang bodoh itu memperlakukan
terhadap baginda SAW sehingga memaksa baginda berlindung di sebuah kebun.
Baginda mengadu kepada Tuhan kerana merasa sedih dan gundah tidak ada yang mahu
beriman dengannya.
Ya Allah, kepadamu aku mengadu lemahnya aku ini, serta
kurangnya daya upayaku serta hinanya aku di kalangan manusia. Wahai Yang Maha
Pengasih di antara yang mengasihani, Engkau adalah Tuhan orang-orang yang
lemah, Engkau adalah Tuhanku, kepada siapa Engkau serahkan aku ini? Adakah
kepada orang jauh yang mencari kesempatan untuk menyerangku? Atau adakah kepada
musuh yang Engkau serahkan urusan kepadanya? Jika Engkau tidak memurkaiku maka
aku tidak akan mempedulikan, akan tetapi kesejahteraan daripada-Mu adalah lebih
luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi segala
kegelapan serta menyebabkan urusan dunia dan akhirat ini menjadi baik, agar
janganlah kemurkaan-Mu menimpa kepadaku atau Engkau menjadi murka kepadaku.
Bagi-Mu keredhaan sehingga Engkau benar-benar meredhainya, tiada daya dan tiada
upaya melainkan dengan pertolongan-Mu jua.”
Dikatakan di tempat nabi duduk mengadu tu, batu pun tak
tahan dengar akan kesedihan nabi hingga lekuk batu tu. Secara keseluruhan
bandar Taif ni, memang nampak banyak batu-batu besar.
Sambung seterusnya dalam Jejak Rasul. Panjang lagi kalau
tulis.
Seterusnya ke Masjid Saidina Ali. Masuk dalam ni sejuk macam
ada aircond. Batu-batu dindingnya sejuk. Menara di situ boleh naik hingga atas.
Di sini pula mutawif menceritakan tentang Perang Hunayn. Lanjutan daripada
perang tersebutlah Perang Taif. Berhadapan masjid inilah mutawif ini
menunjukkan tempat bandar yang dikepung. Sebahagian besar orang-orang Hawazin
dan Thaqif yang tewas lari ke Taif bersama panglima perang mereka iaitu Malik
bin Awf al-Nasriy. Mereka berkubu di Taif. Di situ baginda bermarkas dan
mengambil tindakan mengepung mereka yang berada dalam kubu itu. Pengepungan
tersebut mengambil masa yang agak lama, ada yang kata 40 hari, 20 hari, lebih
10 hari, 18 hari dan 15 hari.
Masjid Saidina Ali, kalau kita sandar di batu ni memang terasa sejuk,
Ruang dalam telah dibentang sejadah.
Kebiasaan tempat pelancongan ada diterangkan papan tanda
sejarah tempat tersebut, tapi di sini memang tiada penerangan.Hanya berharap kepada mutawif untuk
bercerita. Mutawif kata, kebanyakan tempat sejarah dijaga oleh orang luar dan
bukan kerajaan sendiri. Ini kerana kerajaan tak mahu ada berlaku perkara
khurafat di kalangan orang yang datang menziarah.
Nasi Arab, satu talam ni untuk 4 orang. Fu yoo,
Lunch time hampir masuk waktu asar. Di restoran tu ada
dibahagikan bilik-bilik yang ditutup (tabir) dengan kain. Satu bilik 8 orang.
Dalam keadaan teruja nak makan nasi Arab, rupa-rupanya time tu dah masuk Asar,
pekerja-pekerjanya turun solat. Solat berjemaah diutamakan. Masuk waktu sahaja
semuanya turun. Nasi tak berhidang lagi. Melopong. Haha.Kami conquer tempat tu.Pergi ke sini, ke sana dalam waktu tu. Nak
pergi kedai yang terletak di bawah tu pun sama aje tutupnya. Semua pekerja
pergi solat. Kami dah solat jamak tadi. Akhirnya setelah setengah jam, baru
terhidang dua talam besar nasi dengan ayam dan kambing. Satu talam 4 orang.
Sedap, tapi idaklah boleh habis. Punyalah banyak. Kami bungkus bawa balik.
Sayang sungguh tak habis. Luar biasa portion tu. Sedangkan yang dicadangkan
Kementerian Kesihatan Malaysia suku suku separuh. Aik tiba-tiba teringat hehe
selalu bedal je.
Kemudiannya kami ke Pasar Buah. Dalam setengah jam sahaja.
Warna-warni buah cantik di dalam gambar. Bolehlah rasa dulu sebelum beli. Memang ramai yang menjual tapi kebanyakan
gerai jual benda yang sama jadi tidaklah kami berjalan hingga ke hujung kedai.
Di sini juga dijual pewangi ros. Dan Taif memang terkenal dengan ros.
Sepatutnya ada dua lawatan lagi selepas itu, kilang ros dan lupa dah lagi satu
tapi sebab kami pun dah sampai lewat, kilang tutup.
Miqat Qarn al-Manazil
Perjalanan balik, kami singgah solat maghrib. Istimewa,
tempat miqat juga Qarn al-manazil. Sesiapa yang hendak buat umrah lagi, boleh
niat di sini. Ini merupakan tempat miqat jemaah Malaysia yang terus ke Mekah,
tapi derang niat dari dalam kapal terbang la. Istimewalah, kami dapat tengok
tempat ni dari jalan darat.
Esok merupakan hari akhir di Mekah, perlu melakukan Tawaf Wada iaitu tawaf selamat
tinggal.
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan tawaf dan ziarah dari
hamba ini sebagai kali yang penghabisan di Baitullah. Jika ditakdirkan ziarah
ini adalah kali yang terakhir maka hamba pohonkan syurga sebagai gantinya
dengan segala kemurahan Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Terdapat beberapa larangan selepas Tawaf Wada dan tak boleh
lagi membeli – belah kecuali beli makan untuk lunch, tidak boleh tidur, tidak
boleh selfie dan tidak boleh sedekah. Kalau dilakukan juga dam seekor
kambing.Tawaf Wada merupakan langkah
terakhir bagi jemaah untuk meninggalkan Masjidilharam. Larangan itu hanya
selepas melepasi sempadan tanah haram.
Pusing-pusing di sekitar bandar Jeddah dulu sebelum ke
lapangan terbang Jeddah. Flight pukul 4.30 pagi. Alhamdulillah kami selamat
tiba waktu maghrib di KLIA.