Ibadat umrah sebenarnya mengambil masa tak sampai pun
sehari, singkat je, Tapi adakah umrah kita itu diterima? Sendiri yang boleh
merasakannya. Adakah amalan yang kita lakukan sia-sia? Ramai yang berpuasa
tetapi hanya dapat lapar dan dahaga. Ramai yang solat tetapi sambil lewa
sekadar memenuhi ruang waktu solat. Oleh itu pasca umrah inilah cabaran yang
lebih hebat sebenarnya. Mata-mata yang memandang, aik teruk lagi pulak perangai
lepas balik umrah. Ha, kita nilai diri sendiri.
Sepatutnya, tumpuan pada ibadat yang dilaksanakan bukanlah tujuannya untuk shopping. Peluang yang diberi kena rebut sebaiknya. Kalau
sebelum ini, memilih datang awal ke masjid semata-mata untuk merebut tempat yang lebih hadapan, dan mengelak dari kesesakan orang ramai. Tetapi selepas balik, kadang-kadang tu mula la datang perangai setelah azan didengar baru bergerak mengambil wuduk. Berbeza sebelum ini yang
sudah ada di atas sejadah. Malah konsep ziarah semasa umrah patut berterusan
dengan membaca kisah nabi dan sahabat dan perjuangan mereka menegakkan Islam di bumi ini.
Menjaga wuduk juga merupakan amalan biasa ketika di sana memandangkan lebih banyak masa dihabiskan di masjid. Tapi kalau di Malaysia,
hmm. Walaupun dah batal, tunggu masa nak solat nanti baru ambil semula. Di sana, punyalah jaga makan dengan tidak memilih untuk makan makanan yang banyak angin
supaya tak batal selalu hehe tetapi balik Malaysia, bedal semua.
Cabaran lain ketika sampai di Malaysia. Diuji kesihatan.
Orang lain kata biasalah tu, jet lag lagi.
Masa dalam kapal terbang masih rasa sihat lagi. Turun sahaja dah mula sok sek sok sek selesema. Datang pula demam dan batuk. Makan ubat yang
ada sahaja. Bila dah seminggu tak baik-baik batuk, kenalah datang hospital.
Jangan lupa kena beritahu di kaunter baru balik umrah. Kalau tak, doktor pun
tengok semacam je. Muka nak marah sebab saya cakap, “Saya selesema, batuk dan
demam, baru balik umrah.”
“Kenapa tak beritahu di kaunter tadi?”
“Eh! Tak demam dah, batuk je.” Doktor suruh nurse ambil
suhu. Ok je.
“Ok, lain kali kalau balik umrah beritahu kaunter,” baru
nampak sikit senyuman doktor tu.
Bukannya saya tak tahu penyakit MERS-CoV tu tapi lupa nak beritahu. Alangkan balik
Jepun pun saya boleh demam, jadi saya rasa biasa sahaja bila balik travel tak
sihat sebab perubahan cuaca. Apapun bersyukur dapat menjadi tetamu Allah di sana.
Kredit: En Azrul. |
No comments:
Post a Comment