Masuk waktu je, menghadap kiblat dan solat. Ni kat depan hotel. |
Ada satu masa, lepas habis solat dan nak keluar masjid, tak pasal-pasal dirempuh oleh seorang jemaah Turki yang berbadan besar mengejar kawannya. Tak sempat pasang kuda-kuda, sedar-sedar terjatuh atas jemaah lain. Nasib baik orang tu tengah duduk. Kalau berdiri, mau jadi macam domino. "Sorry! Sorry," tebal muka. Bangun sendiri. Orang tu pun sapu-sapu tangan dia sakit sebab tiba-tiba ada orang jatuh. Heheh.
Dataran Masjid Nabawi |
Kadang-kadang kasihan juga melihat ada yang takut menuruni eskalator hinga ada yang bersujud (entah kenapa) kat situ. Itu belum lagi kes yang hampir terjatuh eskalator. Banyak kali juga tu. Ada juga yang berbaring dan tidur di dataran Masjid Nabawi sementara menunggu waktu solat. Bila masuk waktu terus solat. Di dataran tu memang ramai orang lalu lalang dengan selipar. Kalau kitalah, mesti rasa kotor, kan. Tapi bila difikir-fikirkan kembali, kita sendiri tak tahu betapa susahnya mereka nak datang ke sini. Niatnya sama seperti kita, untuk beribadat kepada Allah dan untuk melihat makam Rasulullah. Rata-rata orang Malaysia bayar beribu untuk datang ke sini. Malah masing-masing boleh memilih hotel yang dekat dengan masjid mengikut pakej yang disediakan. Bersyukur.
Surah al-Hujurat:13
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah mencipta kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
Inti pati ayat tersebut, hanya orang yang bertakwa yang mulia di sisi Allah. Tidak kira dia datang pakej mahal atau murah, hanya Allah yang tahu ketakwaan kita.
Oleh kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan dah biasa bertoleransi, oleh itu kita boleh serasi bersembang dengan pelbagai bangsa daripada seluruh dunia. Walaupun lebih banyak komunikasinya dalam bahasa isyarat je.
Banyak quran waqaf yang diletak di hadapan dan di belakang. Ada yang target untuk khatam quran di Mekah jadi memang masa banyak dihabiskan untuk baca quran. |
Kebiasaan ketika di masjid sama ada di Madinah atau Mekah, jemaah akan memberi sedekah berbentuk duit kepada tukang cuci masjid. Ketika saya duduk bersebelahan orang Kuwait, kawan saya di sebelah sedekah duit kepada tukang cuci ni. Tiba-tiba orang Kuwait ni tanya saya, " Why she give money to her?"
“Sedeqah”.
Dia macam
tak puas hati, “But why?”
“You know
sedeqah?” (bahasa Arab tu kan, tak kan dia tak tahu?)
“Yeah, but
why?”
Adoilah. Saya beritahu, “Because she work here, clean
the mosque (betul tak grammar haha)”
“But why?”
Saya pun tak
tahu nak cakap macam mana lagi. Akhirnya, “Just give”. Baru dia faham dan dia
pun keluarkan duit, tetapi dia bukan bagi pada orang yang cuci masjid tu, dia
bagi pada orang tua yang kelihatan daif yang duduk di hadapan kami.
Dalam hati
saya, ‘La dibaginya pada orang tu pula?’. Tapi bila difikir-fikirkan
semula. Kalau sedekah lebih baik kita
bagi orang yang daif. Orang yang kerja di situ mesti dah dapat gaji, kan.
Lagipun memang dia muda lagi dan boleh bekerja. Ya saya rasa saya faham
kenapa orang Kuwait ni tak faham bila
kita sedekah pada orang kerja di situ. Betul juga cara dia tu. Situasi yang
membuatkan saya berfikir sementara tunggu waktu solat.
Habis solat, sementara nak balik orang Kuwait tu tanya saya,
“You have clinic?”
“Ha? Doctor?”
“Uhuk uhuk,” dia buat-buat batuk.
“Sorry, I don’t understand.”
Dia tanya kawan sebelah dia.
“Tissue.”
“Oh, but I only have wet tissue.” Sambil bagi kat dia. Ceh
rupanya dia cakap jenama Kleenex. Hahaha, orang Kuwait ni pun macam orang
Malaysia juga, ubat gigi nama lain dipanggil Colgate, mi segera nama lain
panggil Maggi. Opps.
Rajin-rajinlah bersembang dengan warganegara lain. Kalau
duduk di kalangan bangsa kita sendiri, last-last jadi medan bercerita panjang pulak. Ada sekali tu, sebelah orang Malaysia.
Cerita-cerita, bersoreh. Rupanya senior sekolah saya. Batch yang paling
awal. Akhirnya berlanjutanlah kepada cerita putu piring, laksa Kuale dan
apam tangkup. Weh la tidak memanfaatkan waktu meraih pahala di dalam masjid.
Heheh, lebih baik duduk dekat-dekat orang negara lain. Lebih banyak zikir dan baca quran.
No comments:
Post a Comment