Sepakat Membawa Berkat.
Kalau orang berduit, cakap je nak pergi travel bulan depan,
boleh terus book semua dan bayar je. Kitaorang tak de la begitu. Kena bajet
dulu. Bulan 4, 2017 lagi dah plan. Mula-mula nak kumpul duit time tu juga tapi memandangkan beberapa bulan lagi nak
puasa dan semestinya Raya nak pakai duit lagi, jadi matlamat menabung bersama
ni dianjakkan lepas Raya. Kami panggil main kutu tapi bukan macam kutu
biasa yang setiap orang ada giliran dapat duit. Setiap bulan transfer RM50
pada Bendahari. Bila dah dekat tarikh yang nak pergi tu, tengok duit macam tak
mencukupi, kitaorang naikkan pada RM100 setiap bulan. Duit untuk bayar tiket flight, hotel
dan trip.
Rekodkan setiap duit yang diterima |
Tailor-made travel, kami dah lengkap buat itinerary, tempat
mana nak pergi dan dah susun semua. Google je tempat-tempat menarik dan kenalah
rajin sedikit membaca. Plan awal jalan
sendiri tapi kawan rajin pula nak contact orang sana. Dia pun e-mel kepada 2
tour agensi ni. Tapi hanya satu agensi sahaja reply dengan cepat. Terus beri
itinerary dan minta quotation. Bila tengok harga masih sekitar bajet, kami terus ambil
dia sebab tak payah susah-susah nak fikir. Dah ada orang lain uruskan. Harga tour tak tetap, ia bergantung kepada perbincangan dua-dua pihak. Kalau ambil tour
guide harga lain. Pilih private car
harga lain dan semuanya adalah
kiraannya, kalau tempat tu jauh pun harganya lain.
Saya boleh rekemenkan agensi ni. Bertanggungjawab.
Pandai-pandailah korang nego. Boleh e-mel,
WA atau contact di FB:
VN Lotus Travel Co. Ltd (Mrs Khanh +84 9059 58514)
Dari awal dah bajet RM1500 (tak termasuk duit shopping) jadi,
apa-apa pilihan hotel dan tiket flight mestilah jangan melebihi bajet akhirnya.
Kalau pilih lebih hari, bermaksud kos hotel dan makan pun akan bertambah. Kalau
pilih masa yang singkat pula maksudnya nanti akan terkejar-kejar berjalan dan
tak best. Jadi rancang masa perjalanan ikut perbincangan kumpulan.
Bendahari baru lepas pergi kursus akaun, terlebih rajin mengaplikasikannya |
Satu lagi simpanan dipanggil duit tabung. Bendahari
juga yang menyimpan dan dia dipertanggungjawab untuk urusan bayaran. Yang ni
untuk makan minum masa di sana, tiket masuk, tambang teksi dan lain-lain. Bagi
duit tabung semuanya mesti sepakat, masing-masing boleh pilih makanan yang
disukai. Tiada rasa dengki, orang tu makan sikit tapi kena bayar lebih atau
sebaliknya.
Macam mana nak bajet untuk duit tabung ni?
1.Tengok berapa hari kita pergi dulu.
2. Kena fikir berapa kali breakfast, lunch dan dinner. Saya
google untuk tahu harga makanan halal di HCM. Makanan halal biasanya mahal.
Setelah dibuat anggaran, seorang RM200 untuk duit tabung.
Baki akan dipulangkan masa hari akhir. Duit yang dikumpul ini akan ditukar
kepada VND untuk perbelanjaan semasa di sana. So total RM800 untuk dibelanjakan
bagi kegunaan bersama.
Bagi sesiapa yang nak buat bajet saya senaraikan harga
barangan di sana.
a)Air mineral 1 botol VND 5000
b)Makan tengah hari 4 orang, kalau mi atau nasi goreng
sekitar VND 250,000. Jika ambil lauk
(4-5 hidangan) dan nasi putih dengan air sekitar VND 660,000. Tak ingat punya
banyak, haha setiap orang pilih lauk tapi sama-sama makan.
c)Breakfast roti canai atau nasi lemak dan air antara VND 170,000
– 200,000 untuk 4 orang.
d)Tiket masuk VND 15,000 – 20,000
e)Toilet VND 2000
f)Kopi ais kalau di tepi jalan area Malaysia Street (kata dek
orang)VND 15,000 tapi kalau dalam kedai
20,000
g)Air kelapa di tepi jalan VND 20,000
h)Sewa kereta dari hotel ke airport VND170,000
Oleh kerana banyak
kali delay flight, bas dan kereta jadi
ada yang skip makan dan hanya makan ringan-ringan je macam roti dan maggi. Bawa Brahims 2 kotak seorang, akhirnya malas
nak masak sebab dah sampai lambat di hotel jadi beli makan je haha. Sudahnya bawa balik
Malaysia semula. Kami juga bawa bekal roti, sambal sardin dan sambal tumis ikan
bilis masak sendiri sebab dah tau di Mui Ne susah cari makanan halal.
Hari akhir, duit tabung ada balance 1 juta lebih lagi dan
bahagi seorang 200 000 dan yang balance tu kami sepakat untuk dermakan sahaja.
Semoga sama-sama mendapat manfaatnya.
No comments:
Post a Comment