Idea tercetus bulan
April 2017. Birthday kawan, ngajak ke Vietnam sebab dia tak pernah
pergi. Group Whatsapp rakan sebilik dan jiran. Group kami 4 orang je hehe. Kami
bertiga ni dah pernah pergi Ho Chi Minh, malaslah nak pergi lagi tapi kalau
orang lain bayarkan boleh je pergi beberapa kali pun.
Saya pernah berjalan dengan seorang ni pergi Melbourne, yang
sorang lagi sama-sama pergi Bangkok. Cuma dengan seorang ni tak pernah lagi dan
kami tak pernah travel jauh bersama-sama satu group. Akhirnya keputusan
yang diambil, bolehlah temankan kawan ni pergi bershopping. Tapi kami tak nak
pergi semata-mata ke Ho Chi Minh (HCM) jadinya merantau jauh sikit. Aktiviti pertama group ni sejak ditubuhkan haha.
Kalau nak kenal sahabat kenalah bermusafir dengannya.
Mula-mula tu masing-masing seronok bincang nak pilih pergi
mana. Semua icon pun gumbira je, bila dah dekat-dekat nak pergi tu, mulalah ada
yang moody je haha… alah biasalah tu alangkan adik beradik pun bergaduh inikan
pula mak bapak lain-lain. Memandangkan kitaorang pun dah kenal lama, kenal
family semua, kitaorang tak ambil pot sangat ketidakpuasan hati tu. Toleransi
tahap tinggi nih. Di Vietnam semua orang happy.
Pembahagian tugas mengikut kemahiran masing-masing, yang seorang biasa ‘merebut’ tarikh flight, hotel
dan berhubung dengan orang, seorang lagi bahagian stok bekalan makanan, seorang
bahagian mengingatkan keselamatan, seorang jadi bendahari dan kumpul maklumat.
Saya lebih suka
travel secara backpackers, boleh bajet dan bercampur dengan orang tempatan.
Semua urusan macam nak cari tiket dan sebagainya spontan, yang kawan seorang ni pula suka
teratur sedikit, akhirnya kitaorang pilih travel secara ‘tailor-made’. Contact tourist guide sana ikut apa yang
kitaorang plan. Walaupun ada rasa waswas boleh ke tak percaya orang sana, kami
teruskan juga setelah membuat ‘penyiasatan’ melalui google. Hehe. Mau tak risau,
kena bayar 50 percent trip dulu. Contact hanya melalui e-mel dan WhatsApp.
Kalau kena tipu, sama-samalah menanggung kerugian. Alhamdulillah nasib baik
kawan tu kekal dengan keputusan dia contact orang sana, tak payah fikir banyak
dah bila sampai sana. Diambil dan dihantar pulang gaya orang kaya. Merasa la juga, kan. Kikiki. Bajet
keseluruhan lebih kurang RM1400 tak termasuk shopping.
Dari HCM kami memilih untuk ke Mui Ne bagi menikmati
keindahan alam semula jadi. Kawasan pantai dan juga padang pasir.
|
Kalau tengok betul-betul tu ada bayang-bayang orang duk menengok matahari terbit. |
|
Red sandune. |
|
Fishing Village. Tengok sampan vietnam yang bulat-bulat dan berwarna-warni ni. |
|
Fairy stream |
Bertukar suasana pula keesokan harinya untuk merasa cuaca
sejuk di Dalat. Dalam blog biasa orang bandingkan Dalat dengan Cameron Highland
sebab sejuk. Tapi masa kami di sana tak rasa sejuk (ikut bulan maybe) dan
sebenarnya Dalat tu besar. Mungkin boleh dibandingkan macam Kota Kinabalu ke,
Penang ke. Ada airport sendiri. Kalau dari HCM naik flight ke sini 50 minit.
|
Flower field |
|
Di Thailand ada juga cenggini, memang nak pergi, akhirnya tercapai juga di Vietnam |
|
Bunga Hydrangea ataupun 3 bulan ini memang banyak di Dalat. Di sepanjang perjalanan pun ada. |
|
Dalat Maple Leaf. Boleh tengok pokok maple di sini tapi muda lagi. Hijau warnanya. |
Hari akhir barulah masa untuk shopping. Kembali ke HCM dan tidur 2 malam di sana. Saya memang
matlamatnya bukan untuk shopping jadi walaupun Malindo bagi 30kg, tak sampai
pun banyak tu. Itupun dah jenuh nak menyeret. Beg dah tak balance.
|
Ahaha, bestnya lepak-lepak kedai sambil memilih sambil menyembang. Gaya nampak nak plih banyak, kan. Ala kadang ambil satu je. Still harga murah |
|
Yang mana satu idaman hati. Banyak jenama tempatan. Serba salah nak beli sebab ada copyright. Tapi belilah juga sebab ada kualiti juga. Hehe jangan marah. Bukan beli sebab nama. |
Flight dua tiga kali delay, kereta berasap, menunggu di tepi
jalan, telefon tiada signal, jeep rosak namun itu tidak menghalang kami untuk bergembira.
Semua gambar terukir senyuman, tersemat kenangan. Ujian-ujian yang dialami
sepanjang perjalanan ‘mengikat’ memori
bersama untuk dikenang.
No comments:
Post a Comment