Saya belajar bahasa Arab baru peringkat asas, dan lebih kepada memahami ayat al-quran dan bukan perbualan. Untuk beli barang pun komunikasi dalam bahasa Melayu sahaja. Ada satu kedai, sibuk memanggil Nealofa, Ziana Zain. Bukanlah nak maksudkan kita cantik macam artis tu haha, cuma dia nak beritahu dia tahu orang Malaysia. Baru cakap sepatah dah tahu. Macam mana dia tahu?
Kalau Indonesia, dengan tone bernada lembut dan seakan berlagu, “Ini berapa?” tapi kalau Malaysia, “Berapa?” Dengan tone yang laju. Haha, gitu rupanya. Orang kedai tu la yang beritahu.
Kalau nak balas cakap Arab hanya boleh teringat syukran (terima kasih). Oleh itu semasa di sana, saya lebih banyak menggunakan bahasa Arab untuk memerhati benda yang bertulis.
M-a-k-d-o-n-a-l-d-z hehe yang ni takde la dalam bahasa arab. Nampak M pun dah boleh tahu apa. |
Di sana, hotel dipanggil pondok. - fa - nun - dal - qaf Untuk duit, saya lebih suka tengok nilai yang Arabic sebab tulisannya lebih besar. Bagaimana nak kenal angka? Boleh tengok tip di bawah |
![]() |
Untuk cerita asal boleh lihat di sini |
![]() |
Click untuk lebih jelas |
No comments:
Post a Comment