Masa untuk melakukan umrah tidak lama, beberapa jam sahaja.
Ketika balik daripada Hudaibiyah iaitu tempat miqat, letak dulu barang di hotel
dan intai dulu siaran langsung keadaan tawaf ramai orang ke tak.
Dataran sentiasa sesak dengan orang ramai |
Allahuakbar! Allahuakbar!Tersergam kaabah depan mata.
Berpusu-pusu orang memasuki ruangan tawaf, walaupun nampak padat daripada siaran
langsung di tv tadi, Alhamdulillah ada ruang-ruang kosong. Melihat lampu hijau
menandakan pusingan bermula. Istislam. Bismillahi allahuakbar walillah ilhamd.
Baca segala zikir dan doa tanpa melihat buku panduan yang diberi. Kadang kala
dari belakang terdengar zikir-zikir yang orang lain baca, terikut bersama. Tak
perlu jalan laju-laju, relax sahaja sedar-sedar sudah cukup 7 pusingan.
Di
sekeliling kaabah ada
sekatan-sekatan/binaan (katanya untuk naik taraf telaga zam-zam) menyebabkan
pusingan tawaf jadi kecil. Itulah komen dari orang lain yang pernah mengerjakan
haji atau umrah sebelum ini. Malah ianya lebih memudahkan lagi. Memandangkan
zohor hampir masuk, mencari tempat untuk solat zohor sebelum melakukan saie.
Setiap kali waktu solat akan cari ruang-ruang yang boleh nampak kaabah. |
Datang awal sebelum subuh boleh buat tawaf sunat. |
Melihat ramainya manusia dengan berpakaian putih semuanya,
kadang kala terbayang beginilah keadaan di padang mahsyar nanti. Ketika ramai
bersesak dan berhimpit mulalah
berfikir-fikir, “cepatlah habis” lagi-lagi jika semasa tawaf, panas teriknya
terasa. Ketika saie, boleh berehat minum
zam-zam dan tahu setelah 7 kali maknanya habis dan setelah selesai boleh balik
ke hotel yang selesa, tapi di akhirat, penantiannya tidak diketahui bila penghujungnya.
Biasakan sekarang ni, orang bila dah marah, “Aku takkan
maafkan kau, carilah aku kat padang mahsyar nanti!” Amboi! Amboi! Macam kita ni
tak ada dosa ya. Nak tunggu ketika diberikan kitab sama ada dapat di sebelah
tangan kiri atau kanan pun dah berdebar ( Surah Al-Insyiqaq). Semua orang fikir
hal sendiri je. Jadi seharusnya bayangan
orang ramai di Mekah ini sama seperti di padang Mahsyar patut disimpan imejnya
di kepala.
Ketika di sini, masa dirasakan bergerak pantas. Pagi buat
tawaf sunat, masuk zohor, balik hotel beli makan, baru habis makan, masuk asar
pula, balik sekejap eh dah dekat nak maghrib terus menunggu isyak. Setelah selesai solat isyak, pergi cari makan
malam dan singgah-singgah kedai yang terdapat berdekatan hotel. Keesokannya rutin yang sama.
Lepas waktu isyak, memang sesak orang ramai. Ada yang jalan berangkai-rangkai, dengan berkerusi roda lagi. Silap-silap kita pun dilanggar kerusi roda. |
Seperti biasa, bila ramai orang, jalan pun tak nampak jadi panduannya dongak ke atas tengok menara jam ni untuk arah balik ke hotel. |
Kedai-kedai di bawah hotel ini merupakan destinasi sebaik habis solat isyak. Tinjau-tinjau. |
Walaupun kebanyakan barang yang dijual sama, tapi sebenarnya kedai yang di terletak lebih dalam kadang kala boleh lagi tawar menawar. Alah guna BM sahaja. |
Hari Jumaat buat pertama kalinya solat Jumaat. Dinasihatkan
oleh travel agency datang 3 jam sebelum masuk waktu untuk mendapatkan tempat di
dalam. Saya baru belajar bahasa Arab peringkat tadika maksudnya level
bawahla, Alhamdulillah seronoknya bila
dapat faham beberapa patah perkataan dalam khutbah. Perkataan yang biasa
dipelajari. Umpama bermain jigsaw puzzle, perkataan rumah, barakah, sakinah,
Saidatina Khadijah, Nabi Muhammad SAW dan beberapa perkataan ringkas lain. Seakan
faham apa yang nak disampaikan. Jelas sebutannya bukan macam percakapan biasa
yang kadang kala laju.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment