1.Untuk persediaan mental, baca buku Prof Muhammad Kamil ni
dulu. 1st time pergi jadi tak boleh bayangkan lagi. Malah dapat
banyak tip juga daripada buku-buku ini.
2.Duit. Berapa banyak yang perlu dibawa bergantung kepada
individu itu sendiri memandangkan hotel, flight dah bayar lebih awal cuma fikir
duit belanja sahaja. Semasa di Mekah hotel hanya menyediakan sarapan jadi kena
beli sendiri lunch dan dinner. Masa saya
pergi RM100 = SR86.20.
Beli SR500 tapi , tak ada duit kecil, sekeping itu je yang
dia ada. Ramai orang pergi masa tu, duit habis. Susah nak belanja kalau duit
besar je yang ada. Akhirnya masa di KLIA 2 beli SR100 lagi.
Dengan SR600, barang
yang shopping idak le banyak, kurma sekilo, kekacang sekilo, jubah sepasang,
coklat seklio, sejadah 10, sim card, buku 2 buah dan yang lain untuk makan.
Tapi makan pun berkongsi, SR28 pun cukup untuk 3 orang makan. Nasi banyak dan
ayamnya besor. Di sana senang nak
membeli, barangan. Tiada yang dijual dalam bentuk sen. Semuanya pakai duit
kertas. 25 riyal, 70 riyal, 120 riyal. Jadi memang senanglah untuk
mengira-ngira tu.
3. Tag Nama
Setiap jemaah diberi tag nama dan perlu dipakai setiap masa
apabila keluar. EPL Travel dah sediakan tag nama beserta dengan waktu solat di
Mekah dan Madinah. Senang tengok.
4. Beg travel
Beg ni senang nak simpan barang peribadi. Gantung di leher
dan dalam telekung. Warnanya memang yang dijual ikut warna badan untuk
keselamatan. Dalam ni biasanya senang isi duit, gula-gula dan buku doa yang nipis.
5. Buku doa
Buku ni bawa sendiri, muat dalam beg tadi. Sementara tunggu
waktu masuk boleh baca. Buku nipis je. Baca dan cuba ingat.
6. Ubat-ubatan. Ubat-ubat yang memang biasa bawa,
paracetamol, koyok, ubat batuk, selesema. Saya ikut petua, Prof Muhamad Kamil yang bawa
ubat sakit tekak untuk sedekah. Alhamdulillah, sihat sepanjang berada di sana
dan ubat-ubat yang dibawa tidak digunakan cuma bila rasa tekak tak selesa
(perit) hisap ubat sakit tekak. Memang sentiasa bawa dalam sling beg yang
kecil. Bila dengar je orang lain batuk-batuk, saya pass ubat ni tak kiralah
orang daripada negara manapun. Ada sekali tu waktu subuh, saya duduk sebelah
orang Turki. Tunduk lemah. Bunyi pun dah mengerang. Mamai-mamai. Orang di
sebelahnya, maknya mungkin, urut-urut belakang. Jemaah di depan saya,
Pakistan/India suruh beri minum air, “Water, water.” Saya dengar tu terus tawarkan air zam-zam dalam botol
saya (memang sentiasa bawa). Dia tak nak.
Lepas azan, solat sunat. Dia bangun nak solat. Mak dia suruh duduk. Dia
nak berdiri jugak. Saya yang solat sebelah boleh terasa goyang-goyangnya dia.
Boleh pulak dalam hati, berat ni kalau timpa. Uwaa. Habis solat. Saya keluarkan ubat sakit tekak ni bagi dia.
“Sugar?” “Yes!” dia nak buka pembalut
pun dah menggeletar. Saya bukakan. Baru dia nampak segar sikit. Fuh! Ni mesti
hipo. (kalau penghidap kencing manis, dah biasa ni hipo.) Sedekah boleh bermacam-macam cara, kan?
7. Sim kad
Sebenarnya tak berniat nak beli sebab tak nak terlalu
menggunakan telefon (biasalah kalau ada data, kan) Plan guna wifi di hotel
sahaja. Rakan sebilik saya beli sim kad tapi ada masalah pula, tak boleh guna,
tak ada apa-apa signal. Orang yang jual tu kata telefon tu yang bermasalah dan
bukannnya sim kad. Apa lagi nak dikata, dah bayar. Halal je RM30. Orang lain
punya elok je. Tapi ada juga yang kata telefon kena ada roaming baru dia
berfungsi. So tak tau punca sebenar. Saya pun saje cuba-cuba sim kad kawan tu
dalam phone saya. Eh boleh je ada signal. Hahaha so dia jual pada saya RM20.
Diskaun. Nak harapkan wifi hotel, kat lobi je berfungsi, kat bilik lebih banyak
tiada dari ada. Ohh hati-hati juga nak beli sim kad sebab ada yang datang jual
kat lobi tu harga lebih tinggi. Ada yang jual RM60 tapi plannya sama. Dan dia
pun bukanlah penjual yang sah sebab nampak polis, dia pun lari. Silap-silap
telefon kita pun dibawa lari sama sementara nak tukar sim kad tu. Kadang-kadang
orang baru sampai, mana sempat nak check semua tu, kan.
8.Alat kira (zikir)
Ni mak beli di Daiso. Ia sebenarnya bukanlah khusus untuk nak kira berapa banyak zikir yang
dibaca, pramugari pun guna ni nak kira penumpang. Masa di Masjidilharam, sementara tunggu masuk
waktu, tengah guna ni, saf depan orang Turki macam nak bercakap dengan saya.
Dia nak tengok benda ni. Beri pada dia dan dia click click Subhannallah, Subhannallah.
Aiseh comel je tengok mak cik tu macam dapat permainan baru. Dia pun tunjuk
dekat kawan-kawan dia.
9. Botol air (kanan)
Botol air ni senang nak bawa air zam-zam balik ke hotel.
Botol kecil sahaja senang masuk dalam beg. Setiap kali solat mesti isi dan akan isi dalam botol besar sikit di bilik hotel.
10. Botol spray wuduk
Tujuannya untuk memudahkan kita ambil wuduk kalau terbatal.
Tak perlulah susah payah pergi keluar. Teringat saya pada orang Kuwait yang saya
cerita sebelah saya sebelum ni. Dia nampak ada orang bawa botol spray besar.
Rasanya orang Malaysia tu sebab rata-rata tengok orang Malaysia banyak bawa.
Dia tanya saya, “Why she bring the spray?”
“Easier to take wudhu. No need to go out. So many people
here.”
“OOoo,”.
“I also have,” saya pun keluarkan botol spray kecil saya .
Dia gelak je.
No comments:
Post a Comment