![]() |
| Terminal Bas untuk perjalanan jauh. Gambar: Carian Google |
Di Terminal
Bersepadu Selatan (TBS) kita boleh naik ERL, Komuter dan LRT untuk pergi ke
stesen MRT.
Pilihan di
tangan kita. Nak yang cepat sampai tapi mahal, yang murah tapi lambat atau yang
sedang-sedang sahaja harganya. Kalau saya, pilihannya tengok bawak beg besar ke
tak sebab kena mengangkut dari satu tempat ke satu tempat.
Jika naik
ERL dan Komuter boleh berhenti di stesen KL Sentral dan dari situ boleh naik
MRT di stesen Muzium Negara. Tak payah
tukar-tukar tren tapi masalahnya nak pergi ke stesen MRT tu kena banyak
jalanlah juga, naik eskalator, jalan lagi, naik eskalator lagi rasanya jalan lagi barulah sampai (kira-kira240 m). Tapi
ok je sebenarnya sebab berbumbung so jalan santai-santai tanpa risau dibasahi hujan atau panas.
Tapi saya
pilih LRT sebab saya rasa pertukaran stesen MRT tu tak jauh sangat jalannya.
Cumanya dari TBS tu nak ke stesen LRT kena jalan lebih sikit. Mula-mula dari
TBS tu kita akan jumpa ERL dulu, kemudian Komuter dan barulah LRT.
Stesen LRT
Bandar Tasik Selatan (BTS) akan nampak tren Sentul
Timur dan Ampang. Kita naik tren yang Sentul Timur tapi kalau dah naik yang
Ampang punya pun tak apa cuma kena tukar tren di Chan Sow Lin dan naik tren
yang ke Sentul Timur.
![]() |
| Boleh nampak KLCC |
![]() |
| Boleh nampak Menara KL |
![]() |
| Ok kita dah sampai di stesen Plaza Rakyat. Turun eskalator dah boleh nampak arah MRT Merdeka |
![]() |
| Pilih laluan MRT sama ada hendak ke Sungai Buloh atau Kajang. |
Saya berhenti di
hentian akhir MRT Sungai Buloh. Tambang keseluruhan RM5. Eh lupa pulak termasuk feeder bus ke tidak
ya. Lupa. Tapi feeder bus RM1 je.Guna Touch n Go senang je tak payah nak beli tiket.
Ringkasan laluan:
LRT Bandar Tasik Selatan ---> LRT Plaza Rakyat----> MRT Merdeka ---> Destinasi anda
![]() |
| Feeder Bus MRT. Boleh tengok laluan feeder bus di bus stop. Guna Touch n Go dan 'tap' di mesin? dekat driver dan bila nak turun, 'tap' sekali lagi di mesin pintu keluar. |

































