Wednesday, April 26, 2017

Sarip Dol versi kucing.

Pasti ramai yang mengenali watak Sarip Dol di dalam filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Watak ketua samseng Kampung Dusun. Ha, ni dia Sarip Dol, samseng di kampung ni.

Cak sikit.

 Mengikut pemerhatian sepanjang berpuluh tahun bela kucing ni, satu-satu masa tu akan ada seekor kucing jantan yang memang gangster la dalam kawasan tu.  Kucing jantan yang lain tak boleh masuk ke kawasan dia. Tak pasal-pasal kena buru nanti. Kalau dia masuk ke kawasan kucing jantan yang lain juga mereka akan beradu kekuatan. Siapa yang menang dia akan survive dan kawasan jajahannya akan lebih besar. Biasanya kucing jantan yang muka-muka ‘jambu’ dan muda-muda ni la yang jadi mangsa kena pukul. Kesian.
Cak banyak
Sarip Dol versi kucing ni,  nama sebenarnya Tiger sebab dari kecil memang warna macam harimau. Corak bulunya pun special. Kucing mak cik saya. Tapi dek kerana jenis garang suka mencakar, saya suruh tuannya tukarkan namanya. Manalah tau, kan, sebab namanya Tiger dia jadi ganas macam harimau. Haha.  Tapi sebab masih ganas lagi, akhirnya saya panggil Tan Tiger. Kat sini gambar Tan Tiger masa kecik.

Ada berani nak lawan saya?
Sebenarnya sebelum ni ‘abangnya’ ketua samseng di kawasan kampung ni tapi sejak dah hilang dan dia pun dah besar, Tan Tiger ni pula ambil alih. Kawasan jajahannya jauh juga lebih kurang 1km lebih dari kawasan rumahnya. Macam mana saya tahu? Jiran yang datang rumah nampak kucing tu, “Lor kucing Kak Gayah ke. Habis gaduh dengan kucing kat rumah tu.” Takpun, “Hai si pusar ni (siap tukar nama tu hehe), jahat betul”.  

Tenungan makrifat
Ha, terbabit sekali tuannya. Hihi. Macam mana pulak nak dilarang kucing tu, kan. Kawasan kampung, memang kucing tu bebas bergerak. Siapa yang kuat, dia akan survive. Kalau musim mengawan, memang tak nampak batang hidung. Tak balik rumah. Mencari aweks. Dua tiga hari kemudian baru balik. Kalau lepas ni dia pulak hilang, akan ada kucing lain yang akan menjadi ketua di kawasan itu. Belum nampak lagi siapa yang berpotensi itu.
Mangsa.  Baru datang. Namanya Si Pucat. Udah macam-macam kucing yang datang dan pergi. Dah tak tahu nak bagi nama apa. Gelaran Si Pucat sebab berwarna pucat. Berguling-guling sampai masuk longkang dipukul si Tan Tiger. Sentiasa kalah. Kena la orang menyelamatkan.

Monday, April 24, 2017

Budak Kripton

Alaf 21/Karangkraf, Telaga Biru, Utusan Publication, Berita Publishing, Dewan Bahasa Pustaka antara nama-nama besar yang memang dikenali bagi pencinta buku. Tapi sekarang ni rasanya macam banyak sangat penerbit-penerbit baru yang muncul. Contohnya macam buku ni daripada Legacy Publishing. Walaupun ada sesetengah majalah yang sudah dihentikan penerbitan sejak ada GST tapi banyak pula la kemunculan penerbit-penerbit baru ni. Itu belum masuk lagi ramai pula yang berkerjaya dalam bidang perubatan, engineering, dan kerjaya lain yang banyak pengikut di FB dan Twitter pun turut menulis buku. Yang memang penulis tak tau pulak nak tulis apa hehehe. Apa-apa pun baguslah bila ramai yang mula membaca buku. Bermakna buku fizikal masih diperlukan dalam industri walaupun dah banyak penawaran e-book. 



Tajuk: Budak Kripton
Penulis: Ammar Kamilin
Penerbit: Legacy Publishing PLT
ISBN: 978-967-0893-22-8
Harga: RM24.00                Cetakan pertama 2016
M/S: 146 halaman

Sinopsis:
Seronok melayan cerita anak-anak. Tanyalah sesiapa pun, soalan paling susah dalam dunia mesti soalan budak-budak. Mak ayah nak jawab pun boleh mendidih otak.

Tidak mengapa. Bapa yang jadi rujukan lebih 5,000 orang ibu bapa ini boleh membantu. Sebab beliau pun ada Budak Kripton di rumah.

Komen:
Tajuk Kripton tu memang menarik perhatian. Kenapa pula dipanggil sebegitu?  Ha kena baca sendiri ya. Biar ada kejutan sedikit. Buku ni sesuai untuk ibu bapa nak jadikan panduan macam mana nak jawab soalan anak-anak yang kadangkala boleh memeningkan kepala. Penulis, seorang yang mempunyai kelulusan Master Psikologi Pendidikan  UPM.  Beliau menceritakan pengalaman bersama anak-anak dan bagaimana cara mengatasi pertanyaan anak-anak tersebut. Ditulis secara santai, dan dalam buku ni ada warna-warni sikit jadi seronok membacanya. Dalam 3 jam je habis  itupun sebab tunggu giliran masa di hospital. Kalau tak, entah berapa lamalah nak habis. Saiznya pun kecil dan nipis jadi muat dalam handbag.

Antara soalan menarik,

Anaknya yang bernama Iman bertanya kenapa aurat perempuan lebih banyak daripada lelaki setelah melihat wanita Jepun yang memakai jubah sewaktu melawat masjid.

Penulis menjawab,
“Orang perempuan ni sangat berharga Iman. Tinggi nilainya. Cuba Iman tengok barang-barang mahal di kedai semua berbungkus, kan? Ada dalam kotak, ada dalam bungkus hadiah, diikat cantik-cantik. Sebab apa? Sebab nak jaga barang tu. Bila orang nak tengok, baru orang kedai bukakan bungkusan.” (Idea jawapan memang diceduk dari kisah-kisah pernah baca sebelum ini, abah tenang je jawab)
“Ooh, samalah macam lego Iman, Lego kan mahal, sebab itu dia masuk dalam kotak kan abah?”
“Haa, macam tulah lebih kurang.” ‘Macammana boleh tersasar ke lego pulak ni, takpelah janji sel-sel  otak mula berhubung’.
“Tapi abah, maknanya orang lelaki ni tak berharga lah eh?”
(Abah dah pengsan kat sebelah, berbuih mulut.)

*********************************


Sunday, April 23, 2017

Resipi Sambal Tempoyak Kacau

Kalau slang orang Kuala Kangsar, sambe tempoyak kaco. Hehe. Peminat sambe tempoyak ni, jangan pula jiwanya jadi kaco sebab tak dapat makan. Meh buat.

Bahan-bahan:

Cabai masak ikut tahap kepedasan yang diinginkan. Taruh cili api sikit biar pedas lagi.
Serai dalam tiga batang hiris halus.
Kedua-dua bahan ni ditumbuk. Setelah itu masukkan dalam periuk. Masukkan air sikit dalam lesung batu tu. Ambil air batu tu. Orang tua-tua kata bagi sedap. Entahlah tapi sebenarnya tak nak membazir baki-baki cabai yang ditumbuk tu.

Masuk ikan bilis, tempoyak ikut suka banyak mana. Kalau tempoyak tu masam taruhla gula sikit. Masuk air agak-agak macam sebati semua. Taruh garam sikit. Daun kunyit carik-carik. Ok setelah selesai bahan-bahan tersebut, masak atas dapur hingga jadi likat.

Dah likat tutup api. Bolehlah mencari segala ulam-ulam untuk cicah sambal ni.



Saya sebenarnya tak makan tempoyak mentah. Kalau jenis masak gini baru makan.

Friday, April 14, 2017

Apa itu jerayawara?

Saya terima surat dari agensi kerajaan dan tajuknya berbunyi sesi jerayawara 2017. Wah wah wah apakebenda la pulak tu. Surat bahasa Melayu pun tak faham dibuatnya. Walaupun bila dah baca isi tu agak-agak faham tapi ada satu tanda soal yang besar di kepala. Nasib zaman google je. Tanpa mencari Kamus Dewan jawapan yang diterima, dalam bahasa Inggeris roadshow. Ha lagi faham bahasa Inggeris sebab perkataan tu lagi banyak digunakan.

Kalau tak silap saya juga, kalau orang buat roadshow, perkataan 'jelajah' lebih banyak digunakan. Contoh siri jelajah bla bla bla. Jerayawara ini memang itu pertama kali saya membacanya. Dahlah tergeliat lidah nak menyebutnya. Oleh kerana ada persoalan lain yang bermain di minda, agensi yang layak ditanya sudah pasti Dewan Bahasa dan Pustaka.

Soalan saya setelah diringkaskan: Adakah penggunaan jelajah tidak tepat untuk menggambarkan roadshow?

Jawapannya di bawah.

Mula-mula kita buka website ni dan ikut langkah-langkah berikut.
Pilih e-perkhidmatan

Pilih khimat nasihat bahasa 

Akan keluar paparan ini dan ada log masuk di situ. Oleh kerana saya memang dah daftar lama, jadi saya log in sahaja dan kemukakan soalan


Jawapan diterima dalam masa dua hari. Boleh telefon juga, tetapi emel lagi jelas penerangannya. Lagipun kita boleh tengok rekod soalan yang pernah ditanya sebelum ini. 

Jawapan daripada DBP: Perkataan jerayawara bermaksud persembahan, pameran, ceramah dan sebagainya diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yang berkunjung dari satu tempat ke tempat lain dengan tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kepada orang ramai, mempromosikan sesuatu dan sebagainya. Perakataan jerayawara lebih mengkhusus maksudnya berbanding perkataan jelajah yang bermaksud pergi berjalan ke merata-rata tempat (untuk menyelidik dan lain-lain)

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Kita cuba.


Thursday, March 30, 2017

Cara mengingati nombor bahasa Arab.

Saya pernah belajar bahasa Thai dan Mandarin. Kebiasaannya untuk pelajaran awal kita akan belajar menulis angka. Bersungguh juga saya belajar menulis. Sampai sekarang pun insya-Allah masih boleh mengenalinya. Err kalau nak tulis sendiri tu ada sikit-sikit lupa dah. 

Sumber: Google. Bahasa Thailand. Pusing-pusing tu tulisannya enjoy juga.

Sumber: Google. Bahasa Mandarin. No 1,2, 3 senang nak ingat.

 Bila masuk bab mengingati nombor Arabic ni kalau dulu memang tak kenal kecuali nombor 1, 5, 9 dan  0. Kalau nak cari ayat nombor 4, mesti cari nombor 5 dulu. Kalau nak cari ayat nombor 7, kena cari nombor 9 dan kira ayat tu naik ke atas, ke atas. Hihi. Mungkin sebab kita dah biasa tengok nombor Arab ni dari kecil hingga ke besar menyebabkan tak teruja sangat nak belajar menulis dan mengenali. Kalau bahasa lain tu excited sebab sesuatu yang baru.
 
Sumber: Google. Bahasa Arab.
Rupa-rupanya bila kita belajar bahasa lain ni, kita boleh mengaplikasikannya pada bahasa lain dan mengingatinya. Belajar menulis bahasa Mandarin perlu tahu stroke iaitu berapa banyak garisan yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu character (perkataan) itu. Contoh:

Sumber: Google. Di kotak pertama kita tengok satu garisan dan begitulah kotak seterusnya yang menghasil character penuh di akhirnya. Memerlukan 8 strokes.Perkataan di atas "Peng" iaitu kawan.  Ingat tak? pang you  (Cantonese), peng you (Mandarin). "You" character lain pula.

 
Ini maksudnya awak. 7 strokes. Ni kira sikit. Ada yang sampai 19 strokes. Oh kalau belajar dulu, cikgunya menekannya kena ikut step by step strokes tu.  Macam yang ni, mulakan yang kiri dulu, atas, garisan menegak , strokes di kiri dan strokes di kanan. Ha bukan boleh caca marba je ikut garisan mana dulu. Seronok tau walaupun nampak menyeksakan. Haha.

Ok, mari kita tengok pula cara saya mengingati angka Arab ni.

Sila click untuk lebih jelas. Nombor 1-6

Sila click untuk lebih jelas. Nombor 7-10


Itu cara saya. Bagaimana pula cara anda mengingati nombor? Nanti kongsikan ya.

Bila dah kenal nombor. Mari kita buka Quran pula.

Kebiasaanya untuk menyenaraikan isi penting kita gunakan nombor 1,2 (dan seterusnya) kemudian barulah kita tulis isi penting tersebut. Berbeza dengan al-Quran, nombornya terletak di hujung ayat.  Contohnya jika kita mencari ayat nombor 7, kita cari nombor 7 dahulu dan ayat sebenarnya ialah yang sebelumnya dan bukan selepas nombor tersebut. Kelirukan. Bukan macam kebiasaan ayat yang bernombor. Susah nak betulkan tabiat tu. Tapi kena betulkan, kena lari daripada kebiasaan dan mungkin akan dapat hasil yang lebih baik. Cuma belum nampak lagi. 


Sesuatu yang di luar kebiasaan juga, kebiasaannya bila membaca quran terjemahan kita akan baca ayat dahulu dan kemudian baca terjemahannya. Cuba tukar baca ayat yang telah diterjemahkan itu terlebih dahulu kemudian baru baca ayat Qurannya, secara tidak sedar kita akan lebih memahami kerana ‘ternampak’ perkataan yang sama dengan Bahasa Melayu apabila membacanya. Cer cuba try test ya.


*Bacaan tambahan untuk asal usul nombor.

Tuesday, March 21, 2017

Majlis Ihya’ Ramadan 1438/2017 Semat Quran

Semat Quran K.Kangsar
No7 Persiaran Mutiara 1
Medan Mutiara, Jalan Taipung
33000 Kuala Kangsar, Perak
Ramadan 65 hari lagi. Apakah perancangan anda untuk menjalani Ramadan tahun ini supaya lebih bermakna berbanding tahun lepas?

Mula mengambil tempahan kuih-kuih raya untuk jualan?

Tutup tempahan untuk baju raya dan bertungkus lumus menyiapkan tempahan?

Berazam untuk mengikuti tadarus al-Quran?

Pulun buat overtime sebab nak kumpul duit raya?

Berazam untuk ikuti pengajian di masjid dan mula mencari-cari kelas agama berdekatan?

Ya semuanya kita dah rancang. Begitu juga pihak Semat Quran yang telah menguar-uarkan program Ihya’ Ramadannya. Program terjemahan al-Quran dan I’rab al –Quran akan diadakan pada 27 Mei hingga 22 Jun iaitu selama 27 hari. 8.30 pagi – 10 pagi. Bermula hari pertama puasa lagi. Bila dah diuar-uarkan dari awal ni, bermakna bolehlah kita merancang pula untuk yuran dan masanya. Semoga dapat menghadirkan diri. Ia merupakan lanjutan daripada Bengkel Terjemahan Modul 1 sebelum ini. Kena study semula apa yang dipelajari baru boleh buat keputusan huhuhu. Dah lupa.

Syarat penyertaan:
  1. Berumur 12 tahun ke atas
  2. Boleh membaca al-Quran
  3. Telah mengikuti Bengkel Terjemahan Modul 1

Info lanjut boleh lawat fb Semat Quran. SQ cawangan Kuala Kangsar dah senang pergi sekarang. Di bangunan baru bertentangan Hospital Kuala Kangsar.


Sematkan Quran di hatimu. Semoga bertemu Ramadan.

Saturday, March 18, 2017

Maktab Koperasi Malaysia Petaling Jaya (MKM)

Kampus Induk Maktab Koperasi Malaysia, 103 Jalan Templer 46700 Petaling Jaya

Jika anda menjadi anggota mana-mana koperasi di Malaysia tidak kiralah koperasi sekolah, koperasi kakitangan awam, koperasi kakitangan swasta, koperasi  masjid atau koperasi keluarga, anda layak untuk mengikuti kursus yang diadakan di MKM. Terdapat 5 zon MKM, Zon Tengah (HQ di JlnTempler,PJ), Zon Utara, Zon Selatan, Zon Sabah, Zon Sarawak dan Zon Timur. Boleh pilih mana-mana je yang nak pergi tapi kalau di Sabah dan Sarawak, tiket kena beli sendiri ya.


Kursus pelbagai, boleh belajar kursus komputer, urutan tradisional, pelancongan, ternak ayam, kambing, lembu, asas akaun dan banyak lagi. Boleh tengok di web untuk sepanjang tahun 2017. Yuran kursus bagi anggota koperasi serendah RM50. Harga berbeza mengikut kursus kerana ada yang perlu dibuat di luar dan mungkin boleh menjangkau beratus tapi ia masih murah jika hendak dibandingkan dengan yang bukan anggota koperasi.  Oleh itu sebagai anggota koperasi bolehlah ambil peluang tersebut untuk meningkatkan diri dan seterusnya boleh digunakan untuk memajukan koperasi. 

Keutamaan penginapan diberikan kepada peserta yang tinggal melebihi 40km daripada tempat kediaman ke tempat kursus. Kalau di MKM PJ ni duduknya di asrama. 1 bilik 3 orang. Satu katil dua tingkat dan satu katil bujang. Ada tv, meja study, almari dan tuala disediakan. Bilik air berkongsi  memang macam duk asrama tu. Ada balkoni untuk jemur baju. Jadi orang jauh bolehlah bawa sabun basuh kalau nak membasuh baju. Ohh bawa plastik sekali untuk nak mengangkatnya. Ada kedai koperasi di situ kalau nak membeli baldi, paling lama kursus 5 hari tak rajin pula nak membeli baldi, kan. Seterika dan air panas/sejuk pun ada di pantry.

Check in asrama satu hari sebelum kursus, 4.30 petang hingga 8.30 malam. Kalau lambat, sorry  silalah bermalam di tempat lain dahulu. Esok pagi baru boleh masuk bilik.

Makan malam juga disediakan untuk yang dapat penginapan tapi untuk keesokan harinya. Hari check in kena cari dinner sendiri.  Kalau kena masuk hari Ahad, baik beli siap-siap di luar sebab kedai koperasi pun tutup.  Kedai makan kena keluar MKM ni, tak ada yang berdekatan.


Kupon makan malam untuk makan di kantin. Bermula 7.30 malam - 8.30 malam. Masa kursus pun ada sarapan.pagi 7.45pg. Makan pukul 10.30 pagi. Makan tengah hari dan makan petang. Kiranya bayar yuran RM50 tu termasuklah semua ni. 

Cara untuk pergi ke sini, yang bawa kereta boleh park dalam MKM ni tapi tak tahulah ada tempat tertentu atau tidak sebab saya biasa naik bas je. Bas boleh ambil di LRT Taman Jaya. Ada bas yang memang lalu depan MKM ni dan ada bas yang tak masuk tapi boleh naik juga, kena berjalanlah. Depan daripada balai polis tu ada bus stand dan sebelum bulatan (ohh ni pergi yang tahun lepas, kalau jalan tu tak ada apa-apa perubahanlah). Dari situ nak jalan ke MKM lebih kurang 1km lebih hmm rasanya..hehe sorry tak ingat tapi idak la jauh beno rasanya. Tambang RM1. Kalau naik teksi, tambang sekitar RM4.

Kebiasaanya kelas habis pukul 4.30 petang. Ada yang ambil kesempatan pergi jalan-jalan tapi saya lebih tertarik nak pergi perpustakaannya. Dah datang dari jauh, inilah masanya nak dapat maklumat tentang koperasi. Kalau library lain, keutamaannya pun lain. Hehe..macam bagus je kan..haha jangan kecam. Dah biasa kat KL ni so tak berapa nak heran sangat. Orang lain yang datang dari jauh memang time ni la nak berjalan-jalan. Bagi peserta kursus jangka pendek boleh pinjam 6 buah buku sepanjang kursus. Pukul 8 pagi dah buka hingga 6 petang.  Sebelum kelas start bolehlah baca paper di sini dulu.

Perpustakaan di block A. Asrama kena check in di blok B.
Pintu masuk ke MKM

Sempat pinjam 12 buah buku sepanjang 3 hari kursus. Bukan baca dari kulit ke kulit, cari isi penting je. Mana nak sempat kalau baca betul-betul. 
Saya pernah jumpa seorang peserta kursus dari Sarawak. Respek sangat dekat akak tu sanggup terbang untuk mencari ilmu. Kursus pendek je pun, 3 hari. Tambang bayar sendiri. Dan ini bukanlah pertama kali dia datang berkursus di sini, sejak sekian lama memang dah rajin datang. Merasa juga kek lapis Sarawak sebagai ole-ole. Jadi sesiapa yang duduk berdekatan apa lagi, boleh click di sini untuk tengok kursus yang diadakan. Bagi sesiapa yang sudah mendaftar boleh tengok di sini untuk tahu sama ada permohonan diluluskan.  Isi sahaja borang dan cop koperasi disertakan untuk pengesahan, scan borang  dan e-mel.   Bagi yang bekerja boleh tanda di borang tu cuti tanpa rekod nanti pihak MKM akan bagi surat pelepasan tapi bergantung jugalah kepada majikan sama ada nak lepaskan atau tidak, kan. Kalau macam tu, kenalah ambil cuti sendiri.

Selamat berkursus.