Monday, May 14, 2012

Festival Hari Guru Kuala Kangsar,Perak 12Mei -16 Mei 2012


Berlangsung di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Kalau namanya kebangsaan, seluruh Malaysialah yang datang maknanya. Dengar cerita homestay, hotel, resort dan segala rumah tumpangan yang ada penuh.

 
Pelbagai gerai pameran dan jualan yang ada seperti Utusan, Dawama, Jabatan Kebudayaan (JKKN), AKPK, Ana Muslim, KPDN, Jabatan Kesihatan, UPSI, UM dan segala yang berkaitan dengan guru ada di sini. Aktiviti pun banyak yang ada. Boleh rujuk kat sini.



 
Walaupun dia buka 10 pagi – 10 malam tapi elok datang pukul 11.15 ke atas. Kalau datang tepat pukul 10 gerai baru nak buka. Nak makan ayam radix belum siap, nak merasa pau pun tak dapat. Hari Rabu ni last, kalau rajin rasanya akan datang lagi. Dah terpikat dengan cotton polka dot dekat gerai Jakel. Ada diskaun sekarang, harap-harap last day ada harga runtuh lagi.


Cerita pasal cikgu, sebelum ni dah 2,3 kali jugalah ada yang ingat saya cikgu. Macam manalah agaknya gaya seorang cikgu tu ya? Kawan saya kata saya ni jenis skema. Tak pun mungkin sebab nampak bijak kot..hehe masuk bakul sekejap.

Baru-baru ni dalam sebuah majlis, adalah seorang cikgu ni. Mula-mula tengok peramah orangnya rasanya boleh ‘klik’ dengan dia. Makin lama tengok, lebih-lebih pula cikgu ni. Macam zaman Aznil dalam Pop Kuiz dulu, dapat bayangkan tak betapa overnya dia. Umur lingkungan 35-40. Rasa tak kena je seorang cikgu berpenampilan sebegitu.  Tapi siapalah saya untuk menilai, kan. Manalah tau anak murid dia suka dapat cikgu macam tu, sporting je sebab sama macam derang gak. Apapun Selamat Hari Guru untuk cikgu-cikgu pada 16 Mei nanti.

4 comments:

IdaShazana said...

seover cikgu shida?
kalau aku jumpa dia, mesti aku akan bukak pentas ceramah

zarina said...

ada gaya ke arah itu :)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

teman sibuk bebenor dgn sukan kat opis teman nie..udah lama idok balik kg.

zarina said...

mike ni tak abis2 dengan sukannya