Berlangsung di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford sempena
sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Kalau namanya kebangsaan, seluruh
Malaysialah yang datang maknanya. Dengar cerita homestay, hotel, resort dan
segala rumah tumpangan yang ada penuh.
Pelbagai gerai pameran dan jualan yang ada seperti Utusan,
Dawama, Jabatan Kebudayaan (JKKN), AKPK, Ana Muslim, KPDN, Jabatan Kesihatan,
UPSI, UM dan segala yang berkaitan dengan guru ada di sini. Aktiviti pun banyak
yang ada. Boleh rujuk kat sini.
Walaupun dia buka 10 pagi – 10 malam tapi elok datang pukul
11.15 ke atas. Kalau datang tepat pukul 10 gerai baru nak buka. Nak makan ayam
radix belum siap, nak merasa pau pun tak dapat. Hari Rabu ni last, kalau rajin
rasanya akan datang lagi. Dah terpikat dengan cotton polka dot dekat gerai Jakel.
Ada diskaun sekarang, harap-harap last day ada harga runtuh lagi.
Cerita pasal cikgu, sebelum ni dah 2,3 kali jugalah ada yang
ingat saya cikgu. Macam manalah agaknya gaya seorang cikgu tu ya? Kawan saya
kata saya ni jenis skema. Tak pun mungkin sebab nampak bijak kot..hehe masuk
bakul sekejap.
Baru-baru ni dalam sebuah majlis, adalah seorang cikgu ni.
Mula-mula tengok peramah orangnya rasanya boleh ‘klik’ dengan dia. Makin lama
tengok, lebih-lebih pula cikgu ni. Macam zaman Aznil dalam Pop Kuiz dulu, dapat
bayangkan tak betapa overnya dia. Umur lingkungan 35-40. Rasa tak kena je
seorang cikgu berpenampilan sebegitu.
Tapi siapalah saya untuk menilai, kan. Manalah tau anak murid dia suka
dapat cikgu macam tu, sporting je sebab sama macam derang gak. Apapun Selamat
Hari Guru untuk cikgu-cikgu pada 16 Mei nanti.
4 comments:
seover cikgu shida?
kalau aku jumpa dia, mesti aku akan bukak pentas ceramah
ada gaya ke arah itu :)
teman sibuk bebenor dgn sukan kat opis teman nie..udah lama idok balik kg.
mike ni tak abis2 dengan sukannya
Post a Comment