Kanchanaburi terletak di barat Bangkok. Terkenal dengan
Bridge On The River Kwai dan dibuat filem pun. Rasanya tonton masa sekolah menengah
rendah. Masa tu tak berapa minat nak tengok. Bila dah datang sini rasa nak
tengok lagi la pulak. Filem epik Perang Dunia Kedua berdasarkan novel. Fiksyen
je tapi memang berdasarkan sejarah landasan kereta api maut. Filem ini dirakam
di Sri Lanka dan bukannya di sini.
Landasan kereta api maut, lebih banyak baca tentangnya dalam
novel berbanding fakta sejarah. Semasa zaman pemerintahan Jepun, ada yang
menyamar menjadi perempuan kerana askar Jepun akan mencari lelaki dari rumah ke
rumah untuk dijadikan buruh paksa bagi membuat landasan kereta api maut ini.
Landasan ini dibina kerana tentera Jepun ingin menakluki negara India melalui
Burma. Sesiapa yang sudah ditangkap oleh Jepun menjadi buruh paksa memang tipis
peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Antara pekerjaan yang dilakukan menebang
pokok-pokok besar, membersihkan kawasan laluan kereta api, pecahkan/tebuk
gunung, angkut rel kereta api, angkat batu-bata dan bina jambatan. Tanpa
bantuan teknologi canggih dan cuma tulang empat kerat, kerja menjadi lebih
berat. Manakala kebajikan juga tidak terjaga. Tempat tinggal yang sesak serta makanan dan ubatan yang tidak mencukupi
menunjukkan kehidupan mereka cukup daif.
Cara nak pergi:
- Pergi sendiri dan menginap di Kanchanaburi atau;
- Ambil tour package atau;
- Ikut kereta api khas yang disediakan (Sabtu dan Ahad sahaja)
Masa google tentang River Kwai, jumpa dengan maklumat ni.
Kereta api khas untuk pelancong. Nama je untuk pelancong, tapi ramai rakyat tempatan juga. Sepanjang
perjalanan memang ada bagi penerangan tentang tempat-tempat yang dilawat tapi
dalam bahasa Thai. Memang tak faham la, nasib baik juga ada itinerary dari
website tu.
Beli tiket di stesen kereta api Bangkok. Tiket pergi balik untuk kelas ketiga tanpa
air-cond THB 120 dan kelas kedua dengan air-cond THB 240. Boleh beli on the
spot tapi kami beli awal sehari takut habis. Betullah memang penuh gerabak
sebab sepanjang perjalanan ada je orang naik.
Gerabak kelas ketiga tanpa air cond. |
Bergerak pukul 6.30 pagi di stesen Bangkok. Panjang
gerabaknya dan ada dua gerabak dengan nama berbeza. Hentian pertama di Nakhon
Pathom dan berhenti dalam 40 minit untuk orang ramai melawat temple. Kitaorang
tak adalah melawat temple tapi melawat pasar pagi yang ada dekat situ. Seronok
tengok buah-buah yang segar dijual. Hon berbunyi tanda semua orang patut naik
dah. Perjalanan diteruskan. Di Non Pla Duk Junction, tanggalkan gerabak.
Patutlah ada dua nama berbeza masa awal naik tu.
Pasar pagi di sini. Memang jumpa kelapa sahajalah di Bangkok ni |
Sepanjang perjalanan dihiasi dengan pemandangan pokok pisang, ladang jagung, sawah padi |
Di Thailand sama juga macam di Malaysia tengah kemarau, cuaca panas |
Akhirnya pukul 9.30 pagi sampai di stesen River Kwai Bridge
berhenti dalam 30 minit. Semua orang turun ambil gambar di jambatan. Punyalah
ramai orang memang tak ada chance langsung nak dapat gambar yang cantik. Ada
yang bergambar di landasan, ada yang bergambar di jambatan. Memang tak cukup 30
minit nak baca penerangan tentang sejarah Bridge Over The River Kwai ni.
Tangkap gambar je, baca kemudian. Nak menyinggah kedai kat situ pun tak sempat.
Perjalanan diteruskan. Barulah clear dekat jambatan, orang lain semua ke tepi.
Dah macam vip pulak sebab orang yang kat jambatan tu lambai tangan dekat
kitaorang yang atas train ni. Haha.
Bagi yang menaiki kereta api khas ada 30 minit masa diberi untuk bergambar. Nak telentang, terduduk boleh kat sini ya sebab kereta api kami je jalan kat sini. |
Bridge On The River Kwai |
2 comments:
wahh menariknya.. mesti jambatan ini ada kisah tersendiri kan :))
Mesti, nantikan kisah seterusnya ya Lia :)
Post a Comment