Dilema antara VND dan RM
5 tahun lepas masa saya pergi HCM, memang dah boleh bayar
dalam RM tapi still label harga dalam VND atau ada juga dalam USD. Sekarang ni kalau
nak shopping telekung, kain, tudung
semuanya dah dilabel dengan RM. Adoi dah jadi satu hal pula mintak dia tukar
balik kepada VND.
Ada satu kedai tu bila dia buka cashier machine, "Wow! Banyaknya RM". Saya pernah tanya orang sana kenapa suka pakai RM (setelah dialih bahasa). Dia jawab, “Boleh pakai. Diterima di sini”. Tak menjawab soalan,
kan?.
Boleh beli sepasang dengan harga borong juga tapi bukan semua kedailah. |
Siap tulis 'selamat datang' tu. |
Jadi mai kita kira sat.
Contoh:
Air Mineral VND 5000 tapi dia letak RM1
Kalau ikutkan rate yang kita tukar
5000/1,000,000 = 0.005
0.005 x 174.3 (rate) = 0.872 sen. Kalau ikut duit Malaysia
patutnya bayar 0.87 sen tapi dia letak RM1.
Kopi Vietnam pula VND 15 000 tapi dia letak RM3
15 000/1,000,000 = 0.015
0.015 x174.3 = 2.612.(2.60)
Betul kut macam tu.. . hehe. Secara tersurat dia untung la sikit tapi tak tau la kot ada cerita tersirat lain yang kena kira-kiranya lagi.
Tapi bukan semua tempat yang pakai RM ni. RM beli kain, telekung, tudung ni je la.
Kalau pergi restoran, beli buah, atau air kat convenience store still pakai
VND.
Setiap orang yang pergi masanya lain tahunnya lain, rate tukaran wang pun turun naik jadi tak boleh pukul rata ikut orang lain punya. Kita kenalah kira ikut rate yang kita dapat,kan? Cuma kalau kita pakai RM ni memang senang la, sebab dah ‘nampak’ nilai duit tu sama ada berbaloi tak dengan barangnya.
Tukaran duit juga berbeza dengan setiap negeri. Antara Kuala
Kangsar (KK) dan Kuala Lumpur, KK lebih mahal RM3 dari KL. Kalau nak tukar
sikit sahaja memang tak kisahlah tapi bila tukar banyak ni memang terasa
sangatlah. Kalau di KL saya lebih suka
pergi di kawasan Jalan TAR ataupun di Mid Valley sebab saya dah biasa dengan kawasan tu dan kat situ
pun banyak money changer so boleh bandingkan harga bila tengok board di depan
kedai.
Saya matlmatnya tak shopping sangat so tukar 1 juta VND
sahaja sebab ada baki duit VND sebelum ni. Tapi saya bawa 27 USD (baki dari
pergi Turki) dan 3000 yen (baki pergi Jepun) untuk kecemasan. Jika perlu, tukar
di Vietnam sahaja. Kalau tukar di
Malaysia, kena tukar kepada RM dulu baru dia tukar VND.
Pada mulanya, berjaya tidak menggunakan duit kecemasan tapi
bila sampai di Tan Son Nhat Airport (dah nak balik sangat tu), berkenan pula
sling bag yang dijual. Di airport, tag harga dalam USD, jadi terus bayar dengan
USD. Aiseh, kalau tak belanja dah boleh jadi bajet berhemat ni. Dalam seronok
ada sikit menyesal tapi kalau tak beli
termimpi-mimpi pulak nanti. Heheh
Sesiapa yang nak
habiskan duit VND boleh habiskan di sini. So untuk congak harganya berapa dalam
VND :-
Contoh key chain USD 5. Nak senang kira anggaran rate RM (x 4) so RM20 lebih
kurang VND 100 000. Kat cashier nanti barulah tepat kiraannya.
1 comment:
Hello matte great blog post
Post a Comment