*tulisan ini ditulis berdasarkan pengajian di kelas tadabur
Semat Quran Kuala Kangsar.
Rujukan nota kaki merupakan ayat terjemahan al-Quran (Al
Quran Mu’jam terbitan Karya Bestari). Untuk tidak ‘mengganggu’ bacaan sebab
tengok atas bawah atas bawah, boleh je abaikan nombor-nombor nota kaki tu.
Saya suka dengar dan baca kisah orang bukan muslim yang
telah memeluk agama Islam. Terpancar kebahagiaan tatkala bercerita mengenai Islam. Mereka
mendapat semangat baru dan nampak jelas tujuan hidup setelah membuat bandingan
daripada anutan mereka selama ini. Bagaimana pula kita yang sedia muslim sejak
dari lahir ini? Jelas tak tujuan hidup kita?
Tengok semula seharian hidup kita, solat, makan, kerja, tengok tv,
tengok telefon- fb-whatsapp-ig-twitter-telegram, masak, tidur dan esok pun sama
je. Memang matlamat kita supaya dihindari
dari masuk ke neraka dan menuju syurga yang abadi tanpa dihisab. Tetapi adakah
amalan kita ini menuju ke sasarannya?
Tidakkah kita memerhatikan pada diri kita sendiri
tujuan hidup kita di bumi ini tidak lain untuk mengabdikan diri kepada Allah
.
Allah jadikan kita khalifah (pemimpin atau penguasa) di
muka bumi
untuk memakmurkan bumi ini.
Tidakkah kita pernah berfikir tentang diri kita semua
yang Allah ciptakan ada tujuannya, bukan saja-saja. Allah ciptakan langit dan
bumi untuk kita (manusia)
ambil manfaatnya. Perhatikan apa yang Allah ciptakan, bulan, matahari.
Burung yang terbang di langit dan haiwan lain
yang bertebaran di bumi juga ada manfaatnya. Kita fikirkan. Semuanya dari
rahmat Allah dan rezeki yang dikurniakan Allah
.
Allah kurniakan bukan hanya untuk orang Muslim sahaja tapi semua manusia.
Allah juga telah berikan ‘kelengkapan’ buat kita dengan
‘alat-alat’ makrifah seperti pendengaran (telinga), penglihatan (mata) untuk
kita belajar
dan
menerima ilmu. Adakah kita bersyukur?
Allah beri panduan hidup kepada kita dengan diturunkan
al-Quran pada bulan Ramadan
yakni bulan yang istimewa supaya dapat ‘membina jiwa’. Malah dihantarkan Rasul
sebagai ‘guru’ kita untuk memahami panduan hidup ini (al-Quran) supaya kita
dapat menjalani hidup dengan sempurna.
Analoginya, jika kita di sekolah hanya ada
buku teks tanpa guru sebagai tunjuk ajar, bolehkah kita memahami dengan jelas
apa yang hendak disampaikan?
Allah berikan kita semua ini untuk diuji. Manusia boleh
pilih untuk jadi hamba Tuhan sebaik-baiknya atau tidak. Bukannya bergantung
pada banyak amalan, tetapi yang baik amalannya
.
Ujian yang kita tempuhi ini
sebagai
persediaan untuk mati
.
Jangan takut mati, semua orang akan mati. Kita bersedia untuk mati dan
terselamat dari neraka dan masuk ke syurga Allah. Itulah orang yang berjaya.
Halangan yang kita akan tempuh; pertama, dunia. Dunia ini
akan memperdayakan sehingga kita seronok dengan dunia. Kedua, syaitan
yang akan menyuruh kita melakukan keburukan seperti syirik, perkara keji -
kedekut dan melanggar perintah Allah hingga boleh membuatkan kita terjerumus ke
dalam neraka.
‘Alat-alat’ makrifah yang telah dikurniakan
kepada kita seperti yang dinyatakan sebelum ini akan dipertanggungjawabkan. Ada
hati tapi tak gunakan untuk faham ayat-ayat Allah, ada mata tapi tak digunakan
untuk melihat tanda kekuasaan Allah, ada telinga tapi tidak digunakan untuk
mendengar ayat-ayat Allah. Jadi apa bezanya dengan haiwan ternakan yang lain,
malah lebih teruk lagi.
Macam mana syaitan ni menyesatkan kita? Syaitan jauhkan
kita daripada al-Quran
dengan jauhkan kita dari membacanya. Sedangkan kita Islam, al-quran tu panduan
kita. Ada yang boleh baca dan boleh pula mengalunkan bacaannya dengan sedap
tapi tak faham pula. Sekadar membaca dan melagukannya. Ada pula yang bila dah
faham, belajar dan belajar lagi tapi tak sanggup pula nak ikut seperti apa yang
dinyatakan dalam al-Quran. Ayuh kita pecahkan benteng-benteng yang syaitan buat
ni
.
Bagaimana caranya?
Kembali kepada
al-Quran dengan membacanya, memahaminya dan melaksanakannya.
Selagi masih hidup kita masih punya masa.
Jangan nanti bila ajal sudah datang kita gigit jari menyesal
.
Orang yang zalim
meninggalkan apa yang Allah beri
dan akhirnya akan diseksa.
Semoga kita terhindar dari golongan ini.
Wallahu a’lam
Semoga bermanfaat dan ingatan buat diri sendiri yang
sering lalai dan lupa.