Jom jalan jalan ... makan-makan ... buat sesuatu yang baru ... kembangkan minda ... macam-macam rupanya yang ada di sekeliling kita.
Sunday, December 29, 2019
Wednesday, December 25, 2019
Murung Si Kucing
Sekarang ni
sudah banyak kisah kemurungan atau depresi yang merupakan masalah kesihatan
mental. Malah melalui pembacaan saya, menjelang 2020, penyakit mental dijangka
menjadi masalah kesihatan kedua terbesar membahayakan rakyat Malaysia selepas
penyakit jantung. Tarikh 10 Oktober juga dipilih sebagai sambutan Hari Kesihatan
Mental Sedunia. Lagilah banyak pendedahan kita boleh baca. Sedangkan masa dulu
hanya tahu stress, tension bila banyak kerja di pejabat atau hadapi jalan sibuk
lebih-lebih lagi di KL.
Haish
melalut pulak, sebenarnya nak cerita pasal kucing pun ada murungnya.
![]() |
| Dia suka tidur dalam besen. Kiut,kan? |
Ini namanya
Si Kentang, nama kentang muncul sebab masa kecil dia duduk di bakul kentang dan
nampak bulat-bulat macam Kentang sebab gemuk. Maknya kucing pendatang. Duduk
rumah jiran. Bela di luar sahaja beri makan. Maknya memang mengandung aje
sepanjang tahun, dahlah tu banyak pulak kadang kadang 5, 6, 4 ekor sekali. Tak
pernahnya sikit. Jika nak diikutkan jumlah kalau dikumpul-kumpul mahu dekat 16
ekor dari satu ibu sahaja. Tapi kemudiannya banyak yang mati. Setiap kali mengandung tulah memang
jiran dah bagi amaran nak buang sebab tak larat nak jaga. Dan setiap kali tu juga
tak jadi buang sebab dah bersalin pulak.
Saya memang
tak boleh bela kucing lain sebab Si Kuntum ni idak beri kebenaran kucing lain
masuk ke rumah haha. Dia jenis berkawan dengan orang je tak geng dengan kucing.
![]() |
| Tuan Rumah Si Kuntum. |
Ketika Si
Kentang ni besar sikit, udah nampak emaknya mengandung lagi. Timbul lagi cerita
nak buang sebab ditambah pula ibu kucing yang lain datang bawa anak-anaknya
juga. Suami jiran ni pun bukanlah suka sangat kucing. Daripada dema bergaduh sebabkan
kucing ni, mak Si Kentang ni kenalah buang. Dari sehari ke sehari Si Kentang
nampak murung, duduk termenung. Tak berapa nak makan.Walaupun ada
abang-abangnya (dari generasi sebelum ni) tapi tidak dapat menggembirakannya.
Badan yang gemuk pun dah jadi kurus, kiranya tang tengkuk tu macam nampak kulit
je.
![]() |
| Kentang dan ibu, sama warna, kelabu dan putih. |
![]() |
| Kentang dah pulih dari kemurungan |
![]() |
| Ni kucing datang lagi, yang ni pun sekali beranak dah 4 ekor. Ni la kawan-kawan Kentang. |
Masa berlalu, dalam 4 bulan macam tu, Si Kentang kelihatan aktif semula sebab
ada anak kucing lain yang beranak kat situ dan dia macam ada geng bermain.
Sekarang semakin besar dan semakin nakal.
![]() |
| Dua-dua kucing ni kucing jiran. Sebab derang ni datang berdua tu saja panggil Kak Siam. Yang kuning tu dah mati. |
Dengan tak
semena-mena sempena bulan Muharam, pandai pulak dia bawak anak dia dua ekor
datang rumah saya berhijrah. Azam baru le tuh. Kecik-kecik lagi anaknya mungkin
dalam 3-4 bulan. Memang dalam ketakutan
je sebab suasana baru. Nampak orang sahaja cabut lari bawah kereta. Dalam
seminggu dia duduk, masa saya pergi KL entah macam mana anaknya dah tak ada,
tak dapat dikesan. Memang maknya lari dari pagar pergi ke rumah jiran sambil
mengiau mencari anak. Bila dah letih dia diam duduk termenung. Lepas tu mula
pergi balik sambil mengiau. Saya syak ada kucing jantan yang datang sebelum ni
bunuh. Tak tahu la mitos ke apanya, tapi kucing jantan memang bunuh anak kucing
jantan. Ha betui ke? Cuma teringat masa bela kucing dulu-dulu, yang anak kucing
betina idak dikacaunya tapi yang jantan mati.
![]() |
| Kak Siam dengan anak-anaknya masa baru berhijrah. |
Ataupun
sebab kedua-duanya selalu lari bawah kereta dan masuk enjin lepas tu.. huhuhu.
Entahlah tapi memang tak dapat dikesan jejak. Maknya la kesian, kemurungan.
Kadang bila dia nampak kereta warna merah, dia akan masuk bawah tu dan mengiau.
Huwaa. Kesiannya. Perkara ini berlarutan dekat 3 bulan. Alhamdulillah masa berlalu,
keceriaan mula kelihatan bila nampak dia melompat-melompat mengejar tupai.
Hanya masa sahaja yang mengubatnya.
Itu kalau
kucing, tapi kalau manusia yang murung, jangan buat pasal nak tunggu lama, sila
dapatkan rawatan.
Dari catatan
fb Hafiza Razali (Medical Doctor & Pharmacology Lecturer)
Simptom
Depresi
- Perasaan sedih sepanjang hari dan hampir setiap hari dalam tempoh dua minggu.
- Tidak bersemangat atau tidak berminat melakukan aktiviti yang disukainya sebelumnya.
- Kurang selera makan atau berat badan merosot daripada asal dalam waktu yang singkat.
- Corak tidur berubah, kurang tidur atau lebih tidur.
- Selalu letih dan kurang tenaga
- Perasaan bersalah yang tidak setimpal dengan sesuatu perbuatan atau merasa diri tidak berguna.
- Tidak mampu memberikan perhatian. Konsentrasi yang terjejas.
- Berfikir tentang keinginan untuk mati atau bunuh diri dengan kerap, atau mempunyai rancangan untuk membunuh diri.
- Gejala ini menjejaskan fungsi seharian individu sama ada daripada aspek sosial atau pekerjaan.
Sila
dapatkan rawatan.
Monday, September 23, 2019
Demi Masa ...
Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan melakukan kebaikan, serta saling berpesan untuk kebenaran dan saling berpesan untuk kesabaran (Al-Asr: 1-3).
Semua orang tahu kepentingan masa. Dalam peribahasa Melayu juga, 'masa itu emas', tetapi adakah kita benar-benar memanfaatkan masa? Tambah-tambah lagi zaman sekarang ni kita dilekakan dengan gajet. Kalau yang memang kerja secara online tu tak apalah. Ni yang asyik melayari internet dari fb bertukar ke ig bertukar ke twitter, ke whatsapp ke telegram berjam-jam. Nak pulak, group chat tu banyak. Orang ni hantar video, balas pulak video ni. Berjam-jamlah kehidupan di alam maya ni. Kiranya telefon tak lekang di tangan.
Berapa ramai yang tertidur tapi tangan masih pegang telefon? Tu belum lagi yang ditimpa handphone bila baring. Dah mengantuk sangat tapi nak juga membaca .... opps pengalaman sendiri hihi.
Buku Pengurusan Masa ni saya beli second hand. Dalamnya ada satu bab, "Ketahui ke mana masa anda pergi". Sedar tak sedar dalam masa satu hari, persoalan yang timbul, "Eh apa yang aku dah buat hari ni? Macam tak ada apa yang bermanfaat pun."
Semua orang tahu kepentingan masa. Dalam peribahasa Melayu juga, 'masa itu emas', tetapi adakah kita benar-benar memanfaatkan masa? Tambah-tambah lagi zaman sekarang ni kita dilekakan dengan gajet. Kalau yang memang kerja secara online tu tak apalah. Ni yang asyik melayari internet dari fb bertukar ke ig bertukar ke twitter, ke whatsapp ke telegram berjam-jam. Nak pulak, group chat tu banyak. Orang ni hantar video, balas pulak video ni. Berjam-jamlah kehidupan di alam maya ni. Kiranya telefon tak lekang di tangan.
Berapa ramai yang tertidur tapi tangan masih pegang telefon? Tu belum lagi yang ditimpa handphone bila baring. Dah mengantuk sangat tapi nak juga membaca .... opps pengalaman sendiri hihi.
Buku Pengurusan Masa ni saya beli second hand. Dalamnya ada satu bab, "Ketahui ke mana masa anda pergi". Sedar tak sedar dalam masa satu hari, persoalan yang timbul, "Eh apa yang aku dah buat hari ni? Macam tak ada apa yang bermanfaat pun."
![]() |
| Terjemahan Panel Penterjemah Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Diterbitkan oleh Synergy Publishing Co. |
Cadangan daripada buku ini, cuba log masa anda. Tapi saya telah ubah sikit daripada apa yang dia sarankan supaya saya dapat tengok adakah masa saya lebih banyak dihabiskan kepada gajet?
Hanya ambil sehelai kertas A4, buat 2 bahagian. Satu bahagian untuk masa, satu bahagian untuk aktiviti. Di bahagian masa kita tulis di setiap baris tu masa selang 15 minit dan senaraikan aktiviti. Contoh:
Masa Aktiviti
5.30 pagi
5.45 pagi
6.00 pagi
6.15 pagi
6.30 pagi
6.45 pagi
7.00 pagi
dan seterusnya sehinggalah waktu kita tidur. Jadi, kita senaraikanlah apa yang kita buat dalam ruang masa 15 minit tu. KEPUTUSANNYA: Biar sendiri je tahu, haha. Setelah tahu adakah banyak atau tidak kita dilalaikan telefon, eloklah kita kurangkan. Tapi saya memang akan tutup data/wifi masa tidur sebab malas nak menjawab wasap dalam keadaan separuh sedar. Bila dalam keadaan macam ni kadang-kadang kita tak ingat pun apa yang kita dah jawab. Kalau ada kecemasan biasanya orang akan call. Tapi kalau pergi luar negara tak adalah macam tu, kena biar telefon online. Risau pulak kalau ada kecemasan dan susah nak call.
Masa dan usia berkaitan. Masa berlalu, usia meningkat. Mencari keberkatan usia. Semoga kita tidak dilalaikan dengan perkara yang tidak bermanfaat.
Sunday, September 22, 2019
Perpustakaan di Institut Koperasi Malaysia Petaling Jaya
Ni pergi Julai 2019, maaflah kalau ada perubahan pula.
Maktab Koperasi Malaysia (MKM) telah dinaik taraf kepada Institut Koperasi Malaysia pada Mei 2019. Sesuai dengan statusnya yang berubah tu memang banyak perubahan dapat dilihat. Yang paling ketara perpustakaannya dah jadi macam kafe. Kalau dulu memang macam perpustakaan biasa-biasa yang ada rak buku, kerusi meja, tempat surat khabar. Kagum masa pertama kali masuk. Tak sempat lepak lama pun sebab habis kursus pukul 4.30 petang daan tutup pukul 5.30. Buka seawal 7.30 pagi (rasanya, sebab tak pernah la masuk awal pagi.) Kalau waktu petang ramai je budak-budak sekolah dari kawasan sekitar datang ke sini.
Maktab Koperasi Malaysia (MKM) telah dinaik taraf kepada Institut Koperasi Malaysia pada Mei 2019. Sesuai dengan statusnya yang berubah tu memang banyak perubahan dapat dilihat. Yang paling ketara perpustakaannya dah jadi macam kafe. Kalau dulu memang macam perpustakaan biasa-biasa yang ada rak buku, kerusi meja, tempat surat khabar. Kagum masa pertama kali masuk. Tak sempat lepak lama pun sebab habis kursus pukul 4.30 petang daan tutup pukul 5.30. Buka seawal 7.30 pagi (rasanya, sebab tak pernah la masuk awal pagi.) Kalau waktu petang ramai je budak-budak sekolah dari kawasan sekitar datang ke sini.
![]() |
| Saya datang hari Isnin, mesin kopi tu tak ada lagi. Esoknya tiba-tiba ada. Wah!. Tapi tak sempat juga nak merasa minum kopi dalam perpustakaan sebab kejar dengan waktu kursus. |
![]() |
| Meja bulat tu baru. Kalau ikut asal, memang hanya ada rak-rak buku sahajalah. |
![]() |
| Ni nampak macam kafe |
![]() |
| Pentas kecil untuk acara khas. Ada sofa bean bag |
Tuesday, September 3, 2019
Tempe Kentang Goreng Sambal
Masakan ni memang kegemaran keluarga. Mak memang dah masak ni sejak 80-an lagi. Zaman tu rajin cuba-cuba resipi dengan dengar radio dan baca majalah. Kiranya makanan ni dah jadi signature dish. Kalau dihidang masa perjumpaan keluarga memang saudara-mara dah kenallah siapa yang buat.
Masakan ni tak pernahnya ada resipi tepat, kira bantai je cilinya, bawangnya dan lain-lain. Ada masanya tambah ikan bilis dan kacang. Walaupun beberapa kali dah buat tapi masih tak dapat cara nak bagi kentang tu tahan rangup. Kerangupan hanya sekitar 2-3 jam je. Macam-macam petua ikut, rendam dalam aislah, tabur garam di kentang tu dan tapis (air kentang akan keluar) dan goreng. Kira boleh jugalah rangupnya tapi kalau masak pagi tu, petang dah lemau kentangnya. Tapi sebab suka lauk ni, makan je dengan gembira. Banyak juga kajian dibuat, kentang yang macam ada tanah-tanah ni kadang rangup, yang bersih je tu selalu cepat lemau. Mungkin juga sambalnya tak cukup kering, tu yang lembik kentang tu. Ha gitu kajian demi kajian dibuat.
Akhirnya rahsia kerangupan kentang kekal lama telah ditemui ....
Pakai pemotong tupperware ni. Tak payah langsung ikut petua-petua yang saya sebut tadi. Dengan tupperware ni potong terus ke kuali. Tahan sampai esok hari. Sebelum ni pakai pemotong biasa tu tak berani terus ke kuali sebab tak sempat nak 'kejar' nanti hangit. Sebenarnya takut juga terhiris tangan kalau buat laju-laju. Jadi memang akan buat di pinggan lain dulu.
![]() |
| Comel je pemotong ni. Masukkan kentang dalam bekas petak yang putih tu, dan tutup dengan yang merah. Penutup merah tu akan 'menekan' kentang yang dalam bekas putih tu sehingga ke hirisan akhir. |
Istimewanya pemotong tupperware ni, dia ada pemegang khas. Buat laju-laju pun tak risau sebab jauh dari pisau. Hirisan kentang pun lebih nipis. Nak buat bawang goreng pun senang dengan pemotong ni.
Resipinya:
Tempe. 1 peket/ seringgit- potong nipis dan gaul dengan garam kunyit.
Kentang - dalam 4 biji saiz sederhana pun dah banyak
Bawang untuk buat bawang goreng. Ikut suka banyak mana nak.
Ikan bilis
Cili api ikut kepedasan yang diinginkan, tumbuk.
Bawang besar sesuaikan nisbahnya dengan cili api tadi
Bawang putih dalam 2/3 ulas
Gula putih/gula kabung
Asam limau / lemon
*Tumbuk cili, bawang besar dan bawang putih.
Mula-mula, goreng bawang dulu supaya minyak akan jadi bau wangi. Guna pemotong Tupperware untuk mudah kerja masuk terus ke kuali. Kedua, goreng tempe atau kentang. Akhirnya baru masuk ikan bilis. Masak akhir sebab selalunya minyaknya akan jadi kotor. Kalau dah nampak keruh minyaknya, tukarlah minyak lain untuk masak sambal.
Goreng campuran cili, bawang besar dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Biar sampai agak kering, masuk gula dan asam limau. Masukkan bahan-bahan yang dah goreng awal tadi dan tutup api, tapi pastikan masih dikacau-kacau rata. Angkat dan tus di atas tisu dapur. Bila dah sejuk, bolehlah masuk dalam bekas Tupperware. Dah siap.
Monday, September 2, 2019
Servis Valet di Hospital Selayang
Setakat ni kalau pergi mana-mana hospital pun, masalah besar yang dihadapi masalah nak letak kereta. Lebih-lebih lagi di awal pagi. Kalau sampai pukul 7.30 pun dah dikira lambat dan jangan harap dapat letak kereta dalam bangunan. Tawaf beberapa kali pun akhirnya park di tepi jalan utama. Berdepan pula kena saman daripada majlis bandaran. Jadi bila nampak adanya khidmat Valet di Hospital Selayang ni, bagus tindakan yang diambil oleh pihak hospital bagi mengurangkan stress pemandu. Baru sahaja diperkenalkan, 1 Ogos yang lalu. Saya tak pernah mencuba servis ni walaupun dah pernah nampak di KPJ Ipoh dan Damansara. Kurang percaya gamaknya sebab tak rasa nak cuba. Hahaha.
Perjalanan dari rumah ke Hospital Selayang biasanya dalam 20- 30 minit je dah sampai kalau trafik lancar, tapi masalah parkir di hospital ni la yang seksanya. Tempat saya biasa letak memang jauh dari bangunan utama, kawasan asrama jururawat. Senaman sikit. Tapi hari tu, terlewat sedikit keluar dan sampai di hospital 7.20 pagi. Memang tak ada parkir langsung sepanjang-panjang tepi jalan tu sampailah jalan utama jejambat tu. Tiada pilihan nampaknya, cuba sahajalah Valet Parking ni yang terletak di kawasan Hospital Pakar. Park di kawasan Valet tu dan beri kunci pada staff, dia akan beri resit yang tertulis nombor plat kereta kita. Bayar ketika ambil kereta. RM 12.
Ok, masalah mencari parkir dah selesai, tapi pendaftaran dalam hospital masih sesak ya. Sabar ajelah. Urusan dalam hospital dari pendaftaran-tunggu jumpa doktor-ambil ubat, dalam 4-5 jam. Mujurlah bayaran Valet tidak dikira masa, kalau tidak 'masaklah' nak membayarnya.
*selain dari servis valet, di Hospital Selayang ada menyediakan shuttle van
Perjalanan dari rumah ke Hospital Selayang biasanya dalam 20- 30 minit je dah sampai kalau trafik lancar, tapi masalah parkir di hospital ni la yang seksanya. Tempat saya biasa letak memang jauh dari bangunan utama, kawasan asrama jururawat. Senaman sikit. Tapi hari tu, terlewat sedikit keluar dan sampai di hospital 7.20 pagi. Memang tak ada parkir langsung sepanjang-panjang tepi jalan tu sampailah jalan utama jejambat tu. Tiada pilihan nampaknya, cuba sahajalah Valet Parking ni yang terletak di kawasan Hospital Pakar. Park di kawasan Valet tu dan beri kunci pada staff, dia akan beri resit yang tertulis nombor plat kereta kita. Bayar ketika ambil kereta. RM 12.
Ok, masalah mencari parkir dah selesai, tapi pendaftaran dalam hospital masih sesak ya. Sabar ajelah. Urusan dalam hospital dari pendaftaran-tunggu jumpa doktor-ambil ubat, dalam 4-5 jam. Mujurlah bayaran Valet tidak dikira masa, kalau tidak 'masaklah' nak membayarnya.
*selain dari servis valet, di Hospital Selayang ada menyediakan shuttle van
![]() |
| Menunggu nombor giliran pendaftaran dipanggil. Kesemua kerusi dipenuhi dengan pesakit, orang sihat/peneman bagi chance pada pesakit. |
Saturday, August 17, 2019
Cornflakes Telur Masin
Resipi ni versi leftovers ... lebihan makanan sedia ada. Ada cornflakes lebih buat kuih raya dan whipping cream yang memang tak tahan simpan lama bila dah dibuka. Jadinya resipi ni banyak derhaka daripada resipi orang lain. Telur masin pun ada di rumah. Biasanya ada sebab sedap makan dengan lauk pajeri. Jadi kita on je.
Bahan:
139 gm cornflakes - ni baki daripada buat biskut choc chip
2 tangkai daun kari (raut daunnya)
12 tangkai cili api - potong kecil
3 biji telur masin - kuning sahaja.
30 gm whipping cream - sebenarnya dalam resipi asal tiada tapi sebab dah tinggal sikit je, masukkan aje dalam ni sekali.
80 gm mentega
![]() |
| Cili api petik belakang rumah dan daun kari juga. |
Mula-mula proses dulu telur masin. Kalau ikut resipi asal dia rebus dulu baru ambil kuningnya. Memandangkan saya rasa rugi nanti bila tak makan bahagian putih, jadi saya tak rebus. Pecahkan je dan ambil kuningnya. Yang putih tu nanti campur dengan telur lain jadi telur dadar le pulak. Tapi pastikan tambah telur lain tu lebih banyak nanti masin benor rasa telur dadar tu. Lecek-lecek telur kuning tu gunalah garpu, ke sudu ke pelecek kentang ke. Jangan biar berbuku, nanti tak rata nak gaul cornflakes.
Ok dah boleh masak. Panaskan kuali dan cairkan mentega. Masuk kuning telur. Gaul-gaul dan masuk whip cream. Masuk daun kari dan cili api. Kacau sebati dan masukkan cornflakes. Tutup api. Pindah pula dalam dulang pembakar dan set oven 160 C. Bakar 10-15 minit.
![]() |
| Sedia untuk dibakar |
*sebenarnya masa buat ni malas nak bakar sebab macam dah sedap garing. Tapi rupanya esoknya dah lembik. Jangan bimbang. Kita bakor aje. Elok rangupnya. Krup! Krap!
Subscribe to:
Posts (Atom)




















