1.Dokumen yang diperlukan sebulan sebelum perjalanan.
a)Pasport – pastikan tarikh
tamatnya. Tempoh sah laku lebih daripada 6 bulan tarikh akhir kita balik.
Jangan dah nak hantar ke travel agency nanti baru check. Kelam kabut dibuatnya.
Tanggungjawab sendiri semak.
b)Gambar 4 keping 4 x
6 cm.
Selain daripada guna untuk visa, gambar ni juga untuk tag
nama di beg (2 beg) dan tag nama yang perlu dipakai sepanjang perjalanan.
Gambar untuk visa ni lain, muka nampak besar. Kena pakai tudung hitam/gelap.
Kalau nak nampak cun, pakai siap-siap di rumah, kalau pakai warna lain, redha
ajelah pinjam tudung yang ada kat kedai gambar tu. Alamak cam makcik-makcik je.
Hehe bukan mak cik bawang ya.
c)Sijil suntikan meningitis. Boleh cucuk di mana-mana klinik
tapi harga nampaknya berbeza-beza ikut negeri. Di Kuala Kangsar, RM130.
Pastikan buku yang kita dapat tu ada tanda tangan dan cop. Buku ni kena bagi
travel agency juga untuk mohon visa.
d)Salinan sijil lahir perlu disahkan di
Jabatan Pendaftaran Negara. Ya jangan lupa bawa yang original masa nak sahkan
ya. Haha pengalaman ni, dah depan pintu
JPN baru perasan bawa yang fotostat je. Cuba nasib kot kerani tu boleh
sahkan. Ikut prosedur ya. Tak boleh.
Hehe. Nasib baik JPN tu jaraknya hanya 10 minit sahaja daripada rumah. Oleh
kerana mahram saya pak cik iaitu adik kepada bapa saya, jadi perlu juga sijil
lahir pak cik dan sijil lahir bapa saya. Perlu pengesahan JPN juga. Kalau dulu sijil-sijil sekolah kena
pengesahan ketua kampung, atau pegawai gred A (? lupa) tapi untuk umrah ni
hanya JPN sahaja yang mempunyai kuasa
untuk megesahkan.
Dokumen yang diperlukan bagi wanita dan
kanak-kanak. (seperti yang diberitahu oleh travel agency)
i)Wanita berumur 45 tahun dan ke atas, pasport
sahaja tanpa mahram.
ii) Wanita berumur kurang daripada 45
tahun, pasport bersama mahram. Jika suami sebagai mahram perlu sertakan sijil
nikah sebagai bukti suami isteri. Jika anak atau ahli keluarga lain sebagai
mahram sertakan sijil lahir kedua-dua pihak sebagai bukti hubungan adik-beradik
atau keluarga. Harus dapatkan letter of consent daripada suami jika suami tidak
ikut serta atau jika yang bujang perlukan letter of consent daripada bapa jika
ikut bapa saudara.
iii) Anak perempuan 15 tahun dan ke atas,
pasport dan bermahramkan ayah. Sertakan sijil lahir anak perempuan sebagai
bukti hubungan anak-beranak. Jika adik-beradik lelaki yang menjadi mahram,
sertakan sijil lahir sebagai bukti hubungan adik- beradik. Dapatkan letter of
consent daripada ayah.
iv)Anak lelaki 18 tahun dan ke bawah,
pasport bersama mahram ibu/ayah. Sertakan sijil lahir anak lelaki sebagai
bukti.
v)Anak perempuan bawah 14 tahun dan anak
lelaki bawah 13 tahun, pasport dan mahram ibu bapa bersama sertakan sijil lahir
anak dan sijil nikah ibu bapa. Perlukan pengesahan pejabat agama untuk sijil
nikah.
vi) Lelaki berumur 18 tahun dan ke atas,
pasport sahaja. Walaubagaimanapun hanya anak lelaki yang berumur 18 tahun dan
ke atas sahaja boleh menjadi mahram.
e)Letter of consent (surat
keizinan ) perlu diisi dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Bayaran
RM4. Untuk contoh surat keizinian, boleh
google. Ada je yang boleh dimuat turun.
2. Kursus umrah. Travel agency memang ada menyediakan kursus
sebulan sebelum tarikh pergi secara percuma. Tapi tak salah jika kita nak pergi
ke tempat lain. Banyak travel agency
yang turut buat kursus percuma kerana derang pun nak promote agensi
sendiri.
3 comments:
Salam nk tnya..surat beranak bapa saudara perlu bawak yg original jugak ke utk sahkan di jpn?
Salam, ya apa sahaja yang perlu disahkan kena tunjuk yang original. Saya minta bapa saudara saya sendiri bawa ke JPN. Bukan saya yang uruskan.
Assalamualaikum..kuala kangsar dkt mana ya cucuk meningitis tu?
Post a Comment