Jika ada umur yang panjang dan dimurahkan rezeki, sampailah ke sini lagi untuk menunaikan haji. |
Pintu gerbang Abdullah Ibn Abbas |
Keadaan bandar Taif. |
Destinasi pertama ke Masjid Abdullah Ibn Abbas. Solat zohor
di sini. Sementara nak menunggu zohor tu semakin ramai juga rombongan dari
negara lain yang turut ziarah di sini. Mutawif bercerita terperinci kisah hidup
Sayidina Abdullah ibnu Abbas di ruang masjid tersebut sambil menghadap bandar
Taif. Beliau merupakan salah seorang
sahabat dan sepupu baginda Rasulullah SAW. Beliau dikurniakan kefahaman ilmu
yang luas dan menjadi salah seorang ahli tafsir berkat daripada doa baginda.
Menziarah Masjid Ku'u |
Orang dari negara lain pula mengambil giliran |
Seterusnya kami ke Masjid Ku’u atau Masjid Siku. Mutawif
bercerita tentang dakwah Nabi yang tidak diterima oleh orang Taif. Waktu itu
tahun ke-10 kerasulan Nabi SAW. Ketika itu bapa saudara baginda Abu Talib telah
meninggal dunia. Tidak lama kemudian Nabi SAW kehilangan Khadijah. Isteri
baginda wafat. Bertambahlah kesedihan baginda hingga dinamakan tahun itu tahun
dukacita. Quraisy semakin berani memusuhi Nabi. Nabi tidak mempunyai pelindung
lagi. Walaupun pelbagai kesulitan yang ditempuhi, Baginda tidak pernah mengeluh
dan masih terus berdakwah.
Pandai mutawif ni bercerita tentang kisah baginda Nabi berdakwah
di Taif hingga boleh mengalirkan air mata bila mendengarnya. Kalau saya nak ceritakan semula, mungkin tak
sampai pula emosi tu. Oleh itu saya rujuk buku Sirah Nabawiyah terbitan Yadim
untuk menceritakan kembali.
Nabi SAW bersama khadamnya Zayd bin Harithah menuju ke Taif
dengan berjalan kaki. Rasulullah SAW
tinggal di Taif selama sepuluh hari. Dalam tempoh itu semua orang kenamaan Taif
ditemui oleh baginda dan diajaknya kepada Islam. Tetapi mereka berkata,
“Keluarlah dari negeri kami.” Mereka menghasut orang-orang bodoh supaya
menyerang Nabi SAW.
Justeru, apabila Nabi SAW hendak keluar, baginda telah
dikejar oleh orang-orang bodoh dan khadam-khadam mereka sambil memaki hamun dan
menjerit-jerit ke arah Nabi. Akhirnya orang ramai mula berkumpul lalu membuat
dua barisan serta melontarkan batu ke arah baginda. Di samping itu mereka juga
turut melemparkan kata-kata keji. Mereka membaling batu ke arah tumit baginda
sehingga kasut baginda dibasahi darah. Zayd bin Harithah cuba melindungi Nabi
SAW dengan memperisaikan dirinya sehingga luka kepalanya.
Begitulah terus menerus orang-orang bodoh itu memperlakukan
terhadap baginda SAW sehingga memaksa baginda berlindung di sebuah kebun.
Baginda mengadu kepada Tuhan kerana merasa sedih dan gundah tidak ada yang mahu
beriman dengannya.
Ya Allah, kepadamu aku mengadu lemahnya aku ini, serta
kurangnya daya upayaku serta hinanya aku di kalangan manusia. Wahai Yang Maha
Pengasih di antara yang mengasihani, Engkau adalah Tuhan orang-orang yang
lemah, Engkau adalah Tuhanku, kepada siapa Engkau serahkan aku ini? Adakah
kepada orang jauh yang mencari kesempatan untuk menyerangku? Atau adakah kepada
musuh yang Engkau serahkan urusan kepadanya? Jika Engkau tidak memurkaiku maka
aku tidak akan mempedulikan, akan tetapi kesejahteraan daripada-Mu adalah lebih
luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menerangi segala
kegelapan serta menyebabkan urusan dunia dan akhirat ini menjadi baik, agar
janganlah kemurkaan-Mu menimpa kepadaku atau Engkau menjadi murka kepadaku.
Bagi-Mu keredhaan sehingga Engkau benar-benar meredhainya, tiada daya dan tiada
upaya melainkan dengan pertolongan-Mu jua.”
Dikatakan di tempat nabi duduk mengadu tu, batu pun tak
tahan dengar akan kesedihan nabi hingga lekuk batu tu. Secara keseluruhan
bandar Taif ni, memang nampak banyak batu-batu besar.
Sambung seterusnya dalam Jejak Rasul. Panjang lagi kalau
tulis.
Seterusnya ke Masjid Saidina Ali. Masuk dalam ni sejuk macam
ada aircond. Batu-batu dindingnya sejuk. Menara di situ boleh naik hingga atas.
Di sini pula mutawif menceritakan tentang Perang Hunayn. Lanjutan daripada
perang tersebutlah Perang Taif. Berhadapan masjid inilah mutawif ini
menunjukkan tempat bandar yang dikepung. Sebahagian besar orang-orang Hawazin
dan Thaqif yang tewas lari ke Taif bersama panglima perang mereka iaitu Malik
bin Awf al-Nasriy. Mereka berkubu di Taif. Di situ baginda bermarkas dan
mengambil tindakan mengepung mereka yang berada dalam kubu itu. Pengepungan
tersebut mengambil masa yang agak lama, ada yang kata 40 hari, 20 hari, lebih
10 hari, 18 hari dan 15 hari.
Masjid Saidina Ali, kalau kita sandar di batu ni memang terasa sejuk, |
Ruang dalam telah dibentang sejadah. |
Kebiasaan tempat pelancongan ada diterangkan papan tanda
sejarah tempat tersebut, tapi di sini memang tiada penerangan. Hanya berharap kepada mutawif untuk
bercerita. Mutawif kata, kebanyakan tempat sejarah dijaga oleh orang luar dan
bukan kerajaan sendiri. Ini kerana kerajaan tak mahu ada berlaku perkara
khurafat di kalangan orang yang datang menziarah.
Nasi Arab, satu talam ni untuk 4 orang. Fu yoo, |
Lunch time hampir masuk waktu asar. Di restoran tu ada
dibahagikan bilik-bilik yang ditutup (tabir) dengan kain. Satu bilik 8 orang.
Dalam keadaan teruja nak makan nasi Arab, rupa-rupanya time tu dah masuk Asar,
pekerja-pekerjanya turun solat. Solat berjemaah diutamakan. Masuk waktu sahaja
semuanya turun. Nasi tak berhidang lagi. Melopong. Haha. Kami conquer tempat tu. Pergi ke sini, ke sana dalam waktu tu. Nak
pergi kedai yang terletak di bawah tu pun sama aje tutupnya. Semua pekerja
pergi solat. Kami dah solat jamak tadi. Akhirnya setelah setengah jam, baru
terhidang dua talam besar nasi dengan ayam dan kambing. Satu talam 4 orang.
Sedap, tapi idaklah boleh habis. Punyalah banyak. Kami bungkus bawa balik.
Sayang sungguh tak habis. Luar biasa portion tu. Sedangkan yang dicadangkan
Kementerian Kesihatan Malaysia suku suku separuh. Aik tiba-tiba teringat hehe
selalu bedal je.
Kemudiannya kami ke Pasar Buah. Dalam setengah jam sahaja.
Warna-warni buah cantik di dalam gambar. Bolehlah rasa dulu sebelum beli. Memang ramai yang menjual tapi kebanyakan
gerai jual benda yang sama jadi tidaklah kami berjalan hingga ke hujung kedai.
Di sini juga dijual pewangi ros. Dan Taif memang terkenal dengan ros.
Sepatutnya ada dua lawatan lagi selepas itu, kilang ros dan lupa dah lagi satu
tapi sebab kami pun dah sampai lewat, kilang tutup.
Miqat Qarn al-Manazil |
Perjalanan balik, kami singgah solat maghrib. Istimewa,
tempat miqat juga Qarn al-manazil. Sesiapa yang hendak buat umrah lagi, boleh
niat di sini. Ini merupakan tempat miqat jemaah Malaysia yang terus ke Mekah,
tapi derang niat dari dalam kapal terbang la. Istimewalah, kami dapat tengok
tempat ni dari jalan darat.
Esok merupakan hari akhir di Mekah, perlu melakukan Tawaf Wada iaitu tawaf selamat
tinggal.
Ya Allah, janganlah Engkau jadikan tawaf dan ziarah dari
hamba ini sebagai kali yang penghabisan di Baitullah. Jika ditakdirkan ziarah
ini adalah kali yang terakhir maka hamba pohonkan syurga sebagai gantinya
dengan segala kemurahan Engkau, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Terdapat beberapa larangan selepas Tawaf Wada dan tak boleh
lagi membeli – belah kecuali beli makan untuk lunch, tidak boleh tidur, tidak
boleh selfie dan tidak boleh sedekah. Kalau dilakukan juga dam seekor
kambing. Tawaf Wada merupakan langkah
terakhir bagi jemaah untuk meninggalkan Masjidilharam. Larangan itu hanya
selepas melepasi sempadan tanah haram.
Pusing-pusing di sekitar bandar Jeddah dulu sebelum ke
lapangan terbang Jeddah. Flight pukul 4.30 pagi. Alhamdulillah kami selamat
tiba waktu maghrib di KLIA.
3 comments:
Sebelum ke thaif, buat tawaf wida x?
soalan penting..tp tiada jawapan yg pasti.
Wajib tawaf wada
Post a Comment